Thursday, December 31, 2009

Hadiah tahun baru gula naik....Najib oh Najib...

Tiba-tiba kerajaan naikkan harga gula sebanyak 20 sen dan sudah tentu makanan terutama kuih dan minuman akan naik harga.Apa sebenarnya tugas pemimpin Umno memerintah negara ni. Kenapa dia tidak boleh menjalankan tugas sebagai penyelamat `selamatkan gula daripada naik harga'. Tidak bolehkah wahai kerajaan?Rakyat mengharapkan kamu sebagai penyelamat daripada golongan konglomerat tetapi kamu serupa je dengan konglomerat. Mahu untung... mahu kaya... biar rakyat terseksa! Kamu isytihar naik harga secara mengejut macam isytihar naik minyak. Kenapa? Kamu takut pembelian panik. Kamu takut orang serbu kedai runcit. Kenapa la kamu yang terpilih jadi pemimpin kerajaan?Celaka hidup dapat pemimpin serupa ini. Langsung tidak pakai hati perut. Tidak fikir rakyat susah.Kamu tak tahu pemimpin... kami minum teh tarik ramai-ramai kat kedai mamak pun masing-masing keluar duit bayar seringgit segelas. Setengah kedai mamak sudah naik harga RM1.10 dan ada RM1.20 sejak minyak naik harga.Kamu langsung tidak fikir rakyat bawahan. Hak yang miskin ni. Jangan kamu banding duit kami dengan duit kamu. Bandingkan harga gula dengan berapa sen yang kami dapat sehari.Kalau banding harga gula naik RM1.65 dengan duit kamu memang la harga gula tu murah. Bengong... Bawah ni berita bernama yang tak sempat dia buat laporan penuh. Kamu kena ingat wahai kerajaan gula tu dekat kedai runcit nanti tidak dijual RM1.65 tetapi RM1.70. Harga Gula Naik 20 SenPUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Khamis.

Wednesday, December 30, 2009

Umno meroyan nak rampas Selangor



Oleh: SAIDAH HAIRAN
Baru seminggu Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertama di mana PAS, KeADILan dan DAP bersetuju untuk bergerak dalam satu landasan berkonsepkan ke arah membina rakyat untuk rakyat.
Memimpin perubahan, menjana kemenangan dengan logo yang melambangkan `Muafakat Rakyat' menambahkan kegusaran dan tekanan Umno/BN terhadap kesetiaan tiga parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Kesepakatan Pakatan Rakyat itu menjadi satu tamparan terhadap Umno yang selama ini melaungkan hanya Umno saja yang mampu memerintah negara ini. Pujian daripada Ketua Audit Negara terhadap empat negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor; Pulau Pinang; Kedah dan Kelantan menambahkan kegusaran dan tekanan kepada Umno/BN.
Konvensyen sulung Pakatan Rakyat pada 19 disember di oudatarium MBSA, Shah Alam mencatat sejarah apabila tiga parti dapat duduk bersama menyampaikan kata sepakat dan janji setia untuk membela rakyat dan negara.
Bertitik tolak daripada itu, ternyata rakyat bertambah yakin dan percaya dengan ketelusan, kewibawaan dan corak kepimpinan Pakatan Rakyat. Rakyat yakin hanya parti Pakatan Rakyat saja yang mampu membawa perubahan untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat.
Selangor merupakan satu-satu negeri yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh Umno, jatuh ke tangan PAS; keADILan dan DAP. Negeri yang dinobatkan sebagai negeri termaju dengan hasil yang melimpah menjadi idaman sesiapa saja Menteri Besar dan exco dari Umno/BN. Malangnya Umno/BN tidak dapat meneruskan gaya hidup mewah dengan merampas wang rakyat di negeri Selangor selepas kejatuhannya pada 8 Mac 2008.
Bermula tarikh itu, Umno/BN tidak putus asa untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Pelbagai usaha rakus telah dilakukan oleh Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Negara telah dikejutkan dengan kontroversi untuk memalukan Pakatan Rakyat dengan sebaran foto separuh bogel exco KeADILan iaitu Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Sebaran foto di internet telah mencetuskan sedikit kekecohan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Di atas kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat isu tersebut dapat diselesaikan.
Tindakan drastik Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peruntukkan wang Adun Pakatan Rakyat turut menimbulkan kontroversi. Bayangkan berapa banyak penyelewengan dan aduan rasuah yang dilakukan oleh Umno/BN tetapi sedikit pun tiada siasatan jauh sekali tindakan.
Penemuan mayat setiausaha exco, Teoh Beng Hock di tingkat lima Plaza Masalam mencalarkan imej buruk SPRM. Ini kerana mendiang berada dalam penyiasatan. Hanya kerana isu pembelian bendera yang berjumlah RM2,000 seorang nyawa melayang. Sehingga kini, kes itu masih dalam siasatan.
Segala dakyah daripada Umno dapat dicatas oleh Pakatan Rakyat. Umno tidak putus asa dan terus memfitnah PAS. Exco kanan PAS, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali dilaga-lagakan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu arak. Begitu juga Hasan turut dilaga-lagakan dengan Speaker Dun, Teng Chang Khim dalam isu kewibawaan Selcat. Semuanya ini adalah percaturan politik kotor Umno/BN semata-mata mahu meleraikan ikatan kukuh Pakatan Rakyat di Selangor.
Ahad lalu, PAS dikejutkan dengan perhimpunan aman seramai 20 orang yang menggelar mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor, telah berhimpun di hadapan pejabat PAS, bangunan Worldwide, Shah Alam. Mereka yang mendakwa sebagai ahli PAS itu tidak berjaya menyampaikan memorandum kepada Dato' Hasan kerana pejabat PAS tutup.
Ketua kumpulan, Wan Hilwan Abdul Rahim yang mengakui sebagai ahli PAS Gombak menyatakan penyerahan memorandum itu untuk mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
Ini kerana katanya, ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu di Selangor.
Pengarah Pilihan raya negeri Selangor, Mohd Razi Mohd Yusuf menyatakan setelah membuat semakan tiada tercatat nama Wan Hilwan sebagai ahli PAS Gombak.
Bagaimanapun katanya, dalam senarai daftar pemilih ada satu nama yang sama iaitu pengundi dari Machang tetapi tiada rekod dari mana-mana parti.
Sehubungan itu, PAS Selangor menegaskan perhimpunan haram atas nama Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor itu langsung tidak melibatkan PAS Selangor atau mana-mana ahli PAS di Selangor.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, PAS Selangor sudah mengenal pasti individu yang terlibat dalam himpunan tersebut iaitu mereka yang telah menyamar sebagai ahli PAS.
Katanya, PAS melalui Pemuda PAS Selangor akan segera membuat laporan polis atas insiden yang membabitkan nama baik parti.
"Kita memberi ingatan kepada ahli PAS di Selangor agar tidak terlibat dengan kumpulan tersebut atau kumpulan yang menyamainya. Tindakan tegas akan diambil jika ada kalangan ahli PAS yang terlibat dengan kumpulan ini," tegas beliau.
PAS Selangor akan menolak semua bentuk tindakan atau cadangan yang bertentangan dengan kepimpinan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta yang tidak selari dengan resolusi yang telah dipersetujui dalam konvensyen Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, pendirian PAS Selangor sangat jelas dan tidak seharusnya timbul lagi kekeliruan di kalangan ahli-ahli PAS khususnya di Selangor.
Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Selangor yakin mereka yang menyertai perhimpunan itu merupakan ahli Umno yang menyamar atau mereka yang diupah oleh pihak tertentu untuk merosakkan imej PAS Selangor yang kuat dan mantap di bawah kepimpinan Pesuruhjaya, Dato' Dr Hasan Mohd Ali.
Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid menegaskan, ahli PAS biasanya taat kepada keputusan pemimpin contohnya keputusan kepimpinan bekerjasama dengan KeADILan dan DAP.
Ini dapat dibuktikan dalam meletakkan calon pilihan raya, ahli PAS begitu setia bekerja dan berkempen untuk memenangkan calon KeADILan dan DAP, tegas beliau.
Beliau berkata, kemungkinan ada unsur-unsur sabotaj daripada pihak tertentu untuk mengucar kacirkan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mantap di semua peringkat.
Katanya, tidak ada sebab PAS mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sebab dasar yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti dalam konvensyen lalu adalah dasar yang melalui perbincangan yang teliti dengan mengambil kira kebajikan rakyat.
Selain itu tambah beliau, dasar itu juga akan menegakkan keadilan untuk semua yang juga persamaan matlamat dan tidak bercanggah dengan dasar ketiga-tiga parti yang mana dasar ini juga diterima oleh parti di semua peringkat.
Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya..namun Pakatan Rakyat di Selangor terus bergelora bukan disebabkan kelemahan pimpinan mereka, tetapi serangan dan fitnah daripada Umno/BN.
Seluruh jentera daripada media arus perdana hingga ke jabatan kerajaan digunakan khusus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Selangor. Persoalannya, apakah impian Pengerusi Umno Selangor, Dato' Seri Najib Razak mahu merampas Selangor pada 1 Januari nanti akan tercapai? Apakah beliau akan mengulangi tindakan mafia menjatuhkan Pakatan Rakyat di Perak untuk dilakukan di Selangor?
Mungkin Umno terlupa dengan firman Allah bermaksud; "Manusia merancang, Allah merancang tapi sebaik-baik perancangan, perancangan Allah paling baik."

Sunday, December 27, 2009

Siapa salah kemalangan ngeri

Takziah diucapkan keluarga mangsa kemalangan ngeri di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara, Perak dua hari lalu. 10 orang maut dan dikatakan ada yang terputus kepala. Bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Pemandu bas tersebut mengakui terlelap. Disebabkan kelalaiannya 10 nyawa melayang dan satu keluarga kehilangan ibu bapa dan menjadikan anak yatim piatu.

Saya turut bersedih dan terlalu simpati dengan keluarga mangsa, moga keluarga mangsa bersabar dengan dugaan daripada Allah SWT.

Dalam masalah ini siapa yang perlu dipersalahkan? Pemandu bas, syarikat bas atau pihak kerajaan yang tidak pernah serius untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya yang melibatkan nyawa. Apakah kita mahu setiap kali musim perayaan ada saja nyawa yang melayang, bukan setakat seorang dua tetapi melibatkan lebih lima orang.

Satu siasatan terperinci perlu dilakukan segera. Pihak kerajaan pula jangan mengulangi tindakan menyiasat dan mengambil tindakan pihak terlibat seperti `hangat-hangat tahi ayam'. Apabila berlaku kemalangan ngeri kerajaan bersuara dengan lantang untuk menguatkuasakan tindakan. selang dua hingga tiga bulan senyap. Apa jenis kerajaan macam ni???

Saya yakin dan percaya kalau penumpang bas yang mati itu anak kepada timbalan menteri, Menteri-menteri kabinet sudah pasti satu penguatkuasaan akan tegas dilakukan. Atau sekurang-kurangnya syarikat bas tersebut digantung lesen...Malangnya anak-anak pak menteri tak standard naik bas.

Sepatutnya pihak kerajaan membuat peraturan kepada pemandu bas supaya tidak membawa bas lebih daripada dua kali dalam sehari. Beri gaji pemandu bas yang setimpal. Perkara ini perlu dibuat segera. Jangan ambil tindakan sambil lewa.

Mahukan kita setiap bulan, setiap hari mendengar berita kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa melayang.

Saturday, December 26, 2009

Kawan ku kenal baik rupanya ketua syaitan

"Malam tadi aku tidak kemana-mana hanya mencari tempat tenang dan terasing daripada orang ramai.Dalam aku tengah khayal menikmati malam datang dekat aku dua orang tapi rupa tidak seperti orang. Walaupun dia cuba menunjukkan kebaikan dan kewarakan tetapi yang jelas pada dua makhluk ini ialah kejahatan.Maka mengaku dua orang itu yang beliau bukan manusia tetapi syaitan.Kata syaitan itu kepada ku: "Malam ini aku malas nak kacau kau asyik berpeleseran tidak tentu arah. Jadi kau ni telah membuang masa aku sebagai tugas aku yang menggoda.""Baiklah untuk tidak buang masa aku, kau bagi aku nama orang yang paling baik yang kau kenal untuk aku goda," sambung syaitan itu lagi.Aku kemudiannya terfikir siapa kawan ku yang paling baik. Maka terlintas difikiranku salah seorang kawan memang dia terkenal cukup baik. Paling warak dan alim daripada yang aku kenal.Setelah aku berikan nama tersebut kepada syaitan tersebut, sebaliknya wajah syaitan tersebut berubah.Katanya: "Ini ketua aku!"* Peringatan: Cerita tersebut tiada kena mengena dengan siapa malah saya sekalipun. Ia diambil daripada telefon bimbit anak saya yang kemudian diolah untuk menarik semoga menjadi humor tauladan."

Friday, December 25, 2009

Qardhawi jauhi segala suatu yang berhubungan Natal

>> Jumaat, Disember 25, 2009
#fullpost {display:none;}
Inilah taujih yang disampaikan oleh Syeikh Yusuf Al Qardhawi di stesyen televisyen Qatar, baru-baru ini.Kandungan taujihnya dengan jelas dan tegas melarang umat Islam untuk terlibat dalam kegiatan Natal. Berikut petikannya."Saudara-saudara,Saya ingin berbicara tentang apa yang sedang terjadi di sekeliling kita sekarang ini.Saya ingin bertanya bagaimana bentuk rupa masyarakat kita hidup di negara dimana ada muslim dan Kristian. Apa yang terjadi di pusat perniagaan dan di jalan-jalan Doha (misalnya); semua perayaan yang disebut kelahiran Yesus atau Natal? Seolah-olah kita hidup di negara Eropah, Kristian.Bahkan kita tidak merayakan kelahiran ketika Nabi Muhammad saw tetapi kita merayakan Natal?Pokok Natal, 4 atau 5 meter, yang didirikan di pusat perniagaan. Dan tempat perniagaan itu dimiliki oleh keluarga muslim.Apa ini? Ini bererti bahawa umat ini meninggalkan identitinya yang muslim. Islam menginginkan kita untuk mempertahankan keunikan Islam.Orang Kristian mencegah kita membangun kubah masjid dan mereka melarang pembangunan masjid.Seramai 41 peratus yang disurvei di Perancis menyokong dihalang pembangunan masjid, sementara 47% menyokong larangan membina kubah serta masjid.Apakah umat Islam di Eropah dan Amerika serta jutaan mereka di beberapa negara dapat merayakan Ramadan dan hari raya Islam di pusat bandar, seperti beberapa orang Kristian di Arab dan negara muslim dan bandar di Jazirah Arab?Bolehkah dibayangkan apa yang terjadi dengan umat itu?Saya menyeru kepada para pemilik pusat perniagaan itu. Orang yang ingin membeli akan datang, mengapa anda berpura-pura untuk merayakan sebuah agama yang bukan milik anda, ketika mereka mencegah kita dari melakukan ritual kita?Mereka mencegah kita dari membangun kubah masjid yang indah, yang dianggap sebagai sebahagian daripada infrastruktur yang indah, terlepas dari aspek agama.Saudara-saudara,Saya ingin menyampaikan pesan, dan memperingatkan umat Islam bahawa hal ini— adalah dilarang, memalukan, dan tidak bagus.Ini menunjukkan kebodohan dan ketidaktahuan kita tentang Islam." (sa/memri tv)
Read More...
Summary only...

Monday, December 21, 2009

Budget 2010; Penyokong BN memalukan Najib



Oleh: SAIDAH HAIRAN
Mungkin ramai yang terkilan khususnya ahli Parlimen dan penyokong Pakatan Rakyat dengan peristiwa malam 14 disember (Isnin) lalu. Manakala ahli Parlimen BN menganggap ia merupakan peristiwa dan pengalaman yang amat mengerikan.
Detik yang amat memalukan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak kerana Bajet 2010 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat hanya mendapat majoriti tipis tiga undi saja.
Bajet sulung Najib hanya mendapat sokongan 66 manakala yang menolak 63. Kemana perginya 71 orang ahli Parlimen BN? Sedangkan BN mempunyai ahli Parlimen seramai 137 orang.
Satu kerugian bagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat seramai 82 orang yang tidak hadir sepenuhnya. Jika mereka hadir sudah pasti Bajet 2010 akan ditolak dan malam itu akan tercatat dalam sejarah politik negara, BN mengalami `malu besar' atau hidup dengan penuh cemuhan dan kedukaan.
Undi majoriti terlalu tipis terhadap Bajet Najib itu memberi impak yang buruk dan merundum keyakinan dan kepercayaan ahli Parlimen BN terhadap beliau. Belum pernah tercatat Perdana Menteri sebelum ini mengalami peristiwa sedemikian.
Apakah perlu Najib mengenakan tindakan disiplin atau tunjuk sebab terhadap 70 ahli Parlimennya yang tidak hadir? Begitu juga dengan Pakatan Rakyat dimana 63 orang saja yang hadir. Peluang keemasan malam itu terlepas begitu saja. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran untuk Pakatan Rakyat dan juga BN.
Bagi Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berharap rakyat boleh menilai dalam memilih wakil rakyat kerana jelas menunjukkan ahli Parlimen BN tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat.
Peristiwa itu juga katanya menggambarkan prestasi Najib bukan saja terhadap pembentangan Bajet 2010 tetapi penerimaan serta keyakinan ahli Parlimen BN terhadapnya telah hilang. Beliau menegaskan, majoriti tiga undi itu merupakan satu isyarat bukan daripada parti pembangkang tetapi parti komponen BN.
Tegas beliau, kemenangan tiga undi dengan satu gesaan mengejut di saat terakhir kepada ahli Parlimen BN memperlihatkan mereka sebenarnya tidak serius dalam berdepan dengan isu besar Bajet 2010 yang melibatkan berbilion ringgit.
Walaupun sebelum pembentangan Bajet itu, katanya, Najib telah mengeluarkan arahan supaya semua ahli Parlimen BN membatalkan urusan lain tetapi arahan itu tidak dipedulikan.
Bahkan tambah beliau terdapat Menteri dan Timbalan Menteria yang gagal menghadirkan diri di saat kritikal itu.
Dalam masa yang sama beliau bangga dengan kehadiran ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang istiqamah menghadiri sidang Dewan Rakyat, oleh itu rakyat harus membuat perbandingan secara tepat untuk memilih kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
"Kita mempunyai 82 ahli Parlimen dan yang hadir 63 orang. Ada yang tidak hadir dan kita tidak nafikan ada faktor lain yang menyebabkan tidak hadir, tetapi kehadiran 63 daripada 82 orang itu satu kedudukan yang membanggakan," tegasnya.
Katanya, jika Bajet ditolak maka Perdana Menteri telah hilang kepercayaan bukan sekadar belanjawan tidak boleh berbelanja tetapi Parlimen terpaksa dibubarkan dan satu mandat baru perlu diambil.
Beliau menegaskan, ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus melihat kegagalan mengambil peluang keemasan itu dan jadikan panduan di masa akan datang.
"Kita melihat wakil rakyat terikat dengan parti masing-masing dan setiap parti mesti bertanggungjawab terhadap ahli Parlimen mereka supaya sentiasa menghadiri sidang Parlimen," tegas beliau.
Bagi PAS katanya, PAS sentiasa memantau prestasi wakil rakyatnya di Parlimen sejuah mana komitmen bukan saja kehadiran bahkan perbahasan kerana itu merupakan amanah rakyat. Keputusan dengan perbezaan satu undi di peringkat jawatankuasa dan tiga undi di peringkat bacaan kali ketiga telah memberi satu keyakinan bahawa Pakatan Rakyat boleh melakukan suatu yang signifikan di Parlimen.
Apakah benar seramai 70 orang ahli Parlimen BN boikot atau tidak mahu menyokong Bajet Najib?
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad melihat komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka sebenarnya sudah tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.
Menurut beliau, Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat.
PAS berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

Sunday, December 20, 2009

Hapus PPSMI segera bukan naik yuran makanan asrama


Oleh: SAIDAH HAIRAN
KUALA LUMPUR: Slogan `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tidak mencerminkan slogan itu dihayati oleh pimpinan kerajaan BN memandangkan tindakan Kementerian Pendidikan yang telah menaikkan kos makanan asrama daripada RM1 menjadi RM3 sebulan.
Walaupun yuran makanan asrama itu dinaikan RM3 dikhaskan bagi ibu bapa yang berpendapatan RM5000 sebulan, namun ia tetap menggambarkan kerajaan BN tidak peka terhadap pendidikan generasi khususnya anak-anak bumiputera.
Kenaikan 200 peratus itu melibatkan pelajar di asrama penuh, asrama harian, sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara.
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap pimpinan kerajaan BN yang berbangga dengan slogan `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tetapi sebenarnya ia langsung tidak diterjemahkan dalam sektor pendidikan.
Menurut beliau, jika rakyat didahulukan sudah pasti di awal persekolahan ibu bapa tidak terbeban dengan begitu banyak perbelanjaan sekolah seperti yuran tambahan, buku-buku serta peralatan persekolahan.
Beliau kesal kerana sekolah biasa turut mengenakan yuran selain yuran PIBG bagi menggantikan yuran yang sudah dimansuhkan sebelum itu.
Alasan kerajaan kata beliau sebagai langkah penjimatan merupakan suatu perkara yang tidak wajar kerana ada benda lain yang patut dibuat bagi memastikan penjimatan.
Umpamanya tambah beliau projek harus dilakukan secara tender terbuka bukan secara runding terus, itu yang akan boleh menyebabkan penjimatan berlaku.
"Selama ini projek Kementerian Pelajaran khususnya dan kerajaan secara keseluruhan berlaku dalam bentuk runding terus sehingga harga itu terlalu tinggi berbanding dengan harga yang telah ditetapkan oleh JKR," tegasnya.
Menurut beliau, oleh kerana ia projek runding terus maka berlaku pembaziran tetapi dalam soal pendidikan Kementerian menaikkan yuran makanan RM3.
Beliau mempersoalkan apa salahnya bagi makanan kepada pelajar sekolah secara percuma begitu juga yuran sekolah seharusnya tidak ada apa-apa lagi yang dikenakan terhadap pelajar.
Dalam persoalan ini Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena melihat Menteri Pendidikan, Dato' Seri Hishamuddin Hussein menggunakan yuran sekolah dan asrama itu untuk kepentingan politik peribadi semata-mata.
Ini kerana katanya, ketika Hishamuddin bertanding Naib Presiden beliau telah menangguhkan pembayaran yuran tambahan tetapi selepas pemilihan yuran tersebut dikenakan semula.
Sementara itu, seorang guru di salah sebuah sekolah di Selatan, Azrin Abd Majid mempersoalkan mengapa kerajaan mengalihkan masalah besar yang ditanggung kepada anak-anak bumiputera dengan menaikkan yuran makanan asrama.
Sepatutnya kata beliau, kerajaan berasa malu mengambil tindakan menaikkan yuran asrama kepada ibu bapa pelajar yang berpendapatan lebih RM5000.
Menurut beliau, hasil tindakan kerajaan itu menunjukkan bahawa taraf pendidikan sekolah sudah berada dalam keadaan caca marba dan tidak berupaya hasil daripada pemborosan yang berlaku dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan belanja berjuta.
Walaupun katanya, berapa banyak kerajaan boleh kutip daripada kenaikan yuran makanan sebanyak RM3 jika dibandingkan kerajaan menghapuskan PPSMI sepenuhnya.
Ini kerana tambah beliau, guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris diberi elaun sebanyak 5peratus.
"Bayangkan jika 3000 guru yang mendapat 5 peratus berapa banyak kerajaan menanggung kerugian berbanding RM3 dengan pendapatan ibu bapa RM5000 ke atas," soalnya.
Beliau mendesak kerajaan BN supaya dapat menyelesaikan masalah PPSMI dengan segera supaya tidak berlaku bebanan kepada ibu bapa pelajar bumiputera.
Menurut beliau, kenaikan yuran makanan itu merupakan satu cara kerajaan hendak mengambil wang daripada kalangan orang berada untuk menampung kekurangan perbelanjaan kerajaan.
Katanya, rakyat mahu tahu apa agenda sebenar yang kerajaan selindungkan untuk menghapuskan PPSMI secara berperingkat-peringkat sehingga tamat 2023.
Sudah tentu tambah beliau, untuk melindungi projek yang telah diberikan kepada syarikat pembekalan yang mendapat kontrak PPSMI.
Ibu bapa yang mempunyai anak tinggal di asrama terpaksa menanggung kesan pemborosan kerajaan jadi itu merupakan penghakisan satu demi satu hak pelajar bumiputera selepas biasiswa dimansuhkan, tegas beliau.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah






Salam Maal Hijrah kepada pengunjung setia laman ini. Moga hijrah kali ini membawa seribu erti dalam kehidupan kita. Sering kali kita mendengar, orang mengucapkan selamat tahun baru. Ketika itu ramai yang bertanya apa azam tahun baru. Ada yang hendak mengumpul duit, beli kereta baru, kahwin, beli rumah dan sebagainya.
Kita terlupa hijrah daripada diulit dengan perbuatan maksiat ke perbuatan baik juga dituntut. Hijrah daripada tidak gemar bangun malam untuk solat tahajud itu juga keazaman. Hijrah menutup aurat juga keazaman. Peliknya kita terlupa untuk berhijrah melipatgandakan amalan baik.


Apapun, Salam Maal Hijrah moga amalan kita selama ini diterima oleh Allah SWT.

Wednesday, December 16, 2009

Lutfi antara maruah dan nyawa

Oleh Adnan Ibrahim

Sekiranya lambat cagaran duit, adat kira nyawa Ahmad Lutfi Othman boleh melayang. Walaupun begitu umur Lutfi masih panjang kerana berlaku asbab yang menolak berlakunya kematian. Sebab yang memungkinkan kematian sudah ada tetapi kuat lagi sebab untuk tidak mati. Barangkali juga malaikat maut masih belum mencintai beliau.

(Mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Lutfi, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim 162179670906)

Namun apa pun kita doakan beliau cepat sembuh untuk meneruskan rutin beliau tetapi dengar khabarnya belum dapat rehat sepenuhnya sudah terpaksa ke pejabat. Dalam masa beliau sakit pun ada yang masih licik nak perkenakan beliau. "Biasa la manusia nak menyelamat yang banyak sanggup buat apa saja supaya nama tidak membusuk ke usus."

Mungkin orang tertanya kenapa nyawa Lutfi panjang? Ini yang saya nak cerita. Kalau kisah Lutfi kena bedah tu dah banyak orang karang. Jadi saya nak citra lain sikit. Saya nak bagi tahu sepatutnya ramai kena belajar daripada Husam Musa, Exco kerajaan PAS Kelantan.

Ini kerana sikap memahami Husam telah jadi asbab nyawa Lutfi panjang lagi. Saya tidak kata dia bagi nyawa kat Lutfi tetapi beliau termasuk dalam sebab-sebab nyawa Lutfi panjang.Semalam saya menziarahi Lutfi, Ketua Pengarang Harakah di rumah beliau, di Ampang.

Saya sebenarnya tidak minat sangat ziarah golongan bourjois kerana kalau kita tak ziarah sekalipun, dah ramai orang lain yang zairah. Bourjois... katakan.Lain kalau marhaen. Saya sangat minat ziarah mereka ini kerana pada kebiasaan orang markaen tidak ada orang ziarah. Jadi kita tolonglah hibur hati mereka.

Rupanya bila berjumpa dengan beliau kalangan bourjois tidak ramai pun zairah beliau. Jadi beliau ini termasuk dalam marhean juga la. Satu lagi silap andaian. Barangkali dosa kita bertambah kerana fikiran melampau dan andaian yang bukan-bukan.

Cerita Lufi, doktor kata kepada beliau bahawa beliau dikira termasuk golongan bernasib baik. Ini kerana serangan jantung pada kebiasaannya tidak sempat sampai ke hospital, sudah meninggal.

Memang betul tu, sahabat saya, Ibrahim Mohd Nor orang kampung saya di Binjai, Kemaman dan berhijrah ke Besut, tak sempat dibawa ke hospital dah meninggal. Kawan seusia dan sekampung saya sama sekolah meninggal ketika berburu pun tidak sempat dibawa keluar. Semua serangan jantung.

Kita dengar Ahli Parlimen Kuala Terengganu dahulu pun mati kena serangan jantung ketika main badminton. Kira Lutfi bernasib baik ada tanda sakit dada.

Bertambah nasib baik Lutfi bila dia cerita sakit dada beliau kepada Husam, orang yang peka maka Lutfi mendapat rawatan dan bedah awal di hospital swasta, HSC Medical Center dekat hotel Niko. Dekat area KLCC juga.

Kalau dibawa ke IJN belum tentu lagi selamat kerana Qeu. Jadi jalan selamat dan tidak berlaku sebagaimana yang berlaku kepada kawan Husam iaitu meninggal sebelum sempat dibedah maka Husam usaha mendahulukan wang pembiayaan bedah beliau. Selamatlah Lutfi sampai sekarang.

Persoalannya, apakah daripada pengalaman seperti Husam menempuh liku hidup lampau maka dia dapat menebus kesilapan itu kepada Lutfi. Apakah ilmu yang kita pelajari tinggi-tinggi tidak mampu membentuk jiwa kita peka kepada persekitaran.

Jadi apakah dengan pengalaman baru kita menjadi manusia yang sensitif dan mudah terasa. Sepatutnya orang politik ada keilmuan prihatin dan sensitiviti tetapi apakah ilmu masih lagi tidak mencukupi maka perlu ditambah pengalaman baru sensitiviti dan prihatin itu hidup dijiwa kita.

Bagaimanapun apa yang jelas masih ramai orang politik tidak peka. Kenapa? Sebab ramai pemimpin tidak mahu belajar daripada pengalaman sebab itu pemipin atasan tidak turun tengok bawah atau jengok Lutfi.

Kita doakan semoga ramai orang berjiwa Husam selepas kejadian Lutfi itu. Sekurang kita selamat dan anda pun selamat kerana hidup saling kait mengait. Begitu juga dengan perjuangan. Saya tidak kisah pun kesedaran itu, bukan kerana tulisan ini. Ialah apa yang ada pada kita.

Dalam dok cerita ni maka mahu menambah lagi cita rasa kerana kononnya teriwayat kisah kalangan pemimpin PAS tidak setuju diiklankan derma Lutfi kerana memalukan PAS.

Saya fikir sekali betul juga, Minta derma ni jatuh imej PAS tetapi tiap kali ceramah dok kutip derma juga. Orang kata kes Lutfi lain. Kalau lain jadilah kita orang seperti Husam, sensitif dan peka maka tadok orang nak kutip derma dan jwa pun selamat.

Perasaan Lutfi ni tidak mahu satu orang sumbang nanti timbul isu kroni (ini saya tambah). Lebih baik orang ramai yang sumbang. Dalam Islam derma tangan kanan tangan kiri tak nampak. Tapi derma orang politik tak mahu macam tu.

Sebab itu kawan saya, Yaakob Subang kata, mereka ni gajah dok seberang nampak, kita dok depan mata dia boleh tak nampak. Nak tahu cerita sebenar kena tanya dia selalu ada pada Jumaat berniaga dekat Masjid Subang Airport.

Bagaimanapun kalau ikut hadis itu maka derma itu tidak menjatuhkan imej PAS dan nama tempat Lutfi kerja lagi. Kita kena ingat dalam musim jaga imej ni sebab itu kereta wakil rakyat kena tunjuk mewah. Jangan kereta buruk, busuk imej.

Saya pun teringat seorang kawan kata nak buat kolej kat Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar dengan bangunan macam tu tak nampak imej kolej. Betul lagi... betul ke? Tapi kalau nak jaga imej habis duit renovate dulu. Bila pula boleh anak-anak kita nak belajar? Ini semua imej.

Tetapi apakah kita sedar nak jaga imej akhirnya nanti nyawa Lutfi melayang. Orang kampung tidak tengok wakil rakyat imej kereta besar tetapi imej bersama mereka.

Dan lagi sepatutnya anak kita dapat belajar di Taman Melewar tahun depan terpaksa ditunda lagi konon kerana nak baiki imej dahulu.

Jadi bagus sangat ke nak jaga imej ni. Apakah nanti tak jadi hipokrit semata-mata. Kalau kita dah miskin tunjuk kita miskin jangan nak tunjuk kaya. Jadi fikirkanlah! http://nanbinjai.blogspot.com

Ulama; Politik dan Mesra rakyat


Oleh: SAIDAH HAIRAN
SABAK BERNAM: Isu politik dan agama serta ulama hanya berperanan di masjid dan surau tidak berkesudahan sehingga seringkali menjadi faktor percanggahan pendapat antara pendukung fahaman politik sekular dan pengamal politik Islam khususnya para ulama.
Senario politik semasa yang diselubungi dengan fahaman sekularisma telah mencetuskan suara-suara sumbang yang jelas cuba memisahkan antara politik dan agama serta peranan ulama.
Justeru, amat dangkal hujah yang menyatakan agama terpisah daripada urusan politik atau dakwaan mengatakan bahawa ulama tidak layak untuk melibatkan diri dalam politik.
Mengulas dakwaan tersebut, Timbalan Ketua Ulama PAS Pusat, Dato' Ahmad Yaakob menegaskan, ulama memikul amanah menyebarkan ilmu serta membimbing manusia selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, kesempurnaan ilmu dan amalan para ulama menjadikan mereka sebagai jentera yang penting dalam tugas mengarah dan melibatkan diri dalam pembangunan insan dan material.
"Apakah tugas ini bukan salah satu kerja berpolitik," katanya ketika membentangkan kertas kerja, `Ulama; Politik dan Pilihan raya', dalam Tamrin Pimpinan di Hay Resort, Sabak Bernam, Ahad lalu.
Beliau berkata, dalam menghadapi suasana sekarang yang lebih mencabar dengan keperluan rakyat terhadap penyelesaian masalah berteraskan Islam golongan ulama mesti mempunyai pendirian dan ketrampilan yang hebat.
Katanya, usaha serta tanggungjawab membangunkan akidah, pemikiran, akhlak, kerohanian dan kebendaan perlu dilipatgandakan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mempersoalkan siapakah yang layak dan mampu melaksanakan tugas itu jika bukan ulama, oleh itu menjadi satu kewajiban ulama terlibat dalam kancah masyarakat dan politik dan ia bukan sekadar kerja sukarela.
Menyentuh penyertaan pilihan raya katanya, ulama bertanggungjawab melibatkan diri dalam pilihan raya dan tidak wajar membiarkan kezaliman dan penyelewengan melanda rakyat.
"Ulama perlu bangkit melawan kemungkaran dan persendaan hukum-hukum Allah yang dibuat oleh Umno," tegasnya.
Beliau berharap ulama perlu berada di barisan hadapan menentang kezaliman apabila kerajaan bertindak mengancam keselesaan kehidupan rakyat.
Sementara itu, Naib Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed mengingatkan seluruh ulama PAS perlu mengubah pendekatan mesra rakyat dengan mendekati mereka supaya para ulama lebih disayangi dan dihormati.
Ini kerana katanya, selama ini ulama hanya dilihat berperanan dalam masjid, surau dan madrasah sehingga masyarakat melebelkan ulama sebagai pemimpin agama saja.
Menurut beliau, ulama mesti turun padang bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan, sosial dan politik supaya masyarakat lebih mengenali golongan ulama sebagai pemimpin politik, masyarakat seterusnya pemimpin negara.
Katanya, ulama merupakan pengganti para nabi bertanggungjawab menegakkan agama dan menguruskan dunia berdasarkan ajaran Islam dan ternyata tugas memimpin ummah dan negara terletak di bahu ulama.
Bagi menggalas peranan itu, katanya, ulama perlu mempunyai kekuatan fizikal, mental dan material kerana ketiga-tiga kekuatan itu amat penting bagi setiap individu.
Selain itu katanya, untuk memperkasakan ulama pengetahuan ilmu tentang internet, pengurusan, pentadbiran serta dapat menguasai bahasa Arab, Inggeris, Cina dan sebagainya.
"Kemahiran yang dimiliki oleh ulama ini boleh membantu mereka dalam menyampaikan tarbiah serta mudah difahami dan diterima oleh masyarakat pelbagai kaum," katanya.
Menurut beliau, ulama jahat atau ulama dunia yang mencari makan dengan memperalatkan agama dan memperniagakan syariat mereka bukan dikalangan ulama sebenar.
"Ulama yang tidak takut Allah, tidak boleh digelar ulama begitu juga ulama yang tidak beramal dengan ilmunya juga tidak boleh digelar ulama," tegas beliau.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ulama supaya berusaha meramaikan pemimpin di peringkat kawasan dan cawangan kerana perkara itu menimbulkan masalah sehingga ulama dilebelkan sebagai lesu.
Mengulas tentang modul tarbiah yang didakwa sudah ketinggalan zaman katanya, PAS lahir pada tahun 1951 jadi tidak mustahil jika modul tarbiah itu sudah tidak relevan dengan era ini.
Justeru beliau mencadangkan supaya ulama membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula modul tarbiah yang sedia ada dan melakukan perubahan serta pembaruan sehingga ia revelan semula.
"Ulama juga perlu mengadakan talian tarbiah rohani supaya orang ramai lebih memahami dan menyokong perjuangan PAS," katanya.

Monday, December 14, 2009

Tanngungjawab besar PAS memecahkan fikiran rakyat


Oleh: SAIDAH HAIRAN
SUBANG: PAS bukan saja berperanan menyertai pertandingan dalam pilihan raya tetapi kewajiban lebih besar memecahkan fikiran manusia yang selama ini dibelenggu dengan fahaman karut sehingga dilanda dengan pelbagai masalah sosial.
Demikian penegasan daripada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah, Markas Tarbiyah Islam Subang (Putis) di kampung Melayu Subang, Shah Alam, Ahad lalu.
Beliau berharap PAS perlu mengembalikan ajaran Islam yang betul kepada masyarakat khususnya dalam bidang ekonomi, politik dan kemasyarakatan.
Dalam majlis pecah tanah itu beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS Subang supaya berusaha memecahkan fikiran masyarakat yang selama ini dijajah dengan fahaman karut.
Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, IR Mesni Dahalan; Ketua Muslimat Kawasan Subang, Ustazah Mariam Abd Rashid; isteri Presiden; Toh' Puan Zainab Awang serta AJK Kawasan.
Beliau berkata, fahaman karut itu telah menyebabkan umat Islam terlibat dengan gejala sosial, politik dan ekonomi sehingga tokoh politik mengatakan Umno parti yang telah mengalami penyakit sampai ke usus.
Katanya, usaha PAS Kawasan Subang mendirikan markas Tarbiyah itu merupakan tunggak Islam dengan membawa makna menyeluruh.
Ini kerana tambah beliau, permulaan bagi membangunkan negara bangsa serta kemajuan ekonomi mesti dengan membangunkan manusia dengan ilmu yang bermanfaat.
Beliau berkata, membangunan negara bangsa itu bukan dengan kekuatan tentera tetapi kelahiran generasi Islam dengan mempunyai akhlak mulia, ilmu bermanfaat serta dapat menjalankan pemerintahan yang baik.
Disamping itu PAS berkewajipan memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam tanpa memaksa mereka memelok agama Islam tetapi mengingati mereka supaya menyokong Islam mentadbir negara, tegasnya.
"Projek mendirikan markas Tarbiyah ini amat penting bukan saja untuk menyebarkan ilmu tetapi menyebarkan kerja-kerja kebajikan, sehingga ia menjadi contoh yang dipercayai oleh kawan-kawan dalam Pakatan," katanya.
Segala usaha itu akhirnya tambah beliau PAS dapat membuktikan Islam boleh menang dan berjaya.
Selepas berucap Dato' Presiden diiringi Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali melancarkan dana Putis seterusnya memecah tanah dengan menggunakan jentolak dan menanam pokok jambu air.

Friday, December 11, 2009

Jangan meramaikan `pengampu' dalam PAS


Oleh: SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh pimpinan PAS negeri Selangor supaya menjadi pemimpin berjiwa besar serta bersikap terbuka dan tidak meramaikan pengampu kerana ia akan menjahanamkan masa depan parti.
Beliau menegaskan, menjadi pemimpin mesti rela dikritik jangan takut dikritik dan jangan berdegil untuk mempertahankan diri setelah dikritik kerana itu akan menjatuhkan maruah seorang pemimpin.
Katanya, menjadi pemimpin bukan saja untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya tetapi lebih penting bertanggngjawab terhadap Allah SWT.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar Memperkasa Parti Memperkukuh Pakatan PAS Selangor di dewan MBSA, Shah Alam, Sabtu lalu.
Tambah beliau, apabila sudah menjadi pemimpin jangan memutuskan hubungan dengan parti (PAS) memelihara hubungan dengan masyarakat begitu juga dengan raja kerana raja merupakan sebahagian daripada perlembagaan.
"Pemimpin perlu menjaga hubungan dengan pegawai kerajaan kerana jika hubungan tidak baik apa saja perancangan akan tergendala kerana tidak mendapat sokongan daripada mereka," tegasnya.
Walaupun PAS mengalami `pasang surut' dalam pilihan raya katanya tetapi ahli PAS mencecah satu juta orang dan keistemewaan PAS kerana mempunyai ketahanan yang hebat.
Beliau berkata, PAS berjaya memecah tembok pemisah dengan pengundi bukan Islam apabila ditubuhkan Kelab Penyokong PAS disamping mengadakan tahaluf Siyasi (persefahaman politik) dengan parti dan kumpulan bukan Islam.
Katanya sokongan daripada orang bukan Islam kepada PAS disebabkan pimpinan PAS mempunyai harga diri serta prinsip dan diatas keistemewaan itu mereka menilai keberkesanan PAS.
Menurut beliau, PAS perlu membina dan memperkukuhkan kekuatan diatas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar kekuatan Islam, dalam masa yang sama hendaklah mendapat undi bukan Islam sebaik mungkin itu reatliti politik dalam negara bermasyarakat majmuk.
Beliau turut mengingatkan peserta seminar dengan petikan hadis bermaksud; "Barang siapa yang mencari keredaan Allah walaupun dimarah oleh manusia, Allah meredai dan Allah menjadikan semua makhlum meredainya, ..."
"Keredaan ini sangat penting dan perlu bagi kita sebagai pejuang parti Islam. Kita perlu mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah," tegasnya dihadapan pimpinan PAS Kawasan dan negeri.
Menurut beliau,PAS menjadi parti paling berpengalaman pernah menjadi pembangkang bersendirian di peringkat negeri dan pusat begitu juga memerintah kerajaan negeri secara bersendirian.
PAS juga pernah menyertai kerajaan campuran dan pernah menyertai BN di semua peringkat dan kembali bersendirian, seterusnya bekerjasama dalam bentuk angkatan perpaduan ummah dan pakatan dengan parti lain.
Justeru, ahli-ahli PAS boleh menerima keputusan pilihan raya dengan sabar dan istiqamah walaupun memakan masa dan generasi maka PAS hendaklah belajar dairpada pengalaman itu secara positif.
Beliau menekankan sekarang PAS mengambil pendekatan `Tahaluf Siyasi' iaitu persefahaman politik melalui proses yang teguh di atas prinsip dan batas kebijaksanaan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah al-Ijmak Ulamak dan Qiyas yang nyata dengan pengamatan siyasah syari'yyah mengikut Perlembagaan PAS.
"Alhamdulillah strategi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi itu berjaya merombak kesombongan yang wujud dalam BN sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan dalam BN,"tegasnya.
Selain itu beliau turut menekankan PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki dengan memainkan peranan yang lebih aktif.
Di akhir ucapan itu beliau berharap semua pencapaian yang diperolehi PAS perlu dimuhasabah kejayaan dan kelemahan di semua peringkat sama ada kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen serta memperkasakan Kelab Penyokong PAS secara aktif bagi meningkatkan kejayaan sehingga ke tahap mencapai kemenangan yang lebih besar.

Thursday, December 10, 2009

Betulkah Dato' Mahfuz Sayangkan Tok Guru Nik Abdul Aziz...


Oleh : Anak Panah
Sungguh lawak apabila Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas membuat penegasannya (perlu dibaca desakannya) supaya Abdul Ariffahmi Ab Rahman segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) kerana rasa sayang kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Pada hal sebelum ini Ahli Parlimen ini berkata kedudukan Abdul Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta bagi memelihara etika korporat PMBK.
Nampaknya Datuk Mahfuz masih keliru tentang usaha penyelesaian tentang isu ini. Di mana kesediaan Ab Ariffahmi berundur pada bulan Mac akan datang dirasakan tidak wajar dan terlalu lama buatnya.
Walaupun Datuk Mahfuz menjelaskan bahawa dia tidak berniat mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya lahir di atas rasa kasih dan sayangnya kepada Mursyidul Am Pas, saya kira kenyataan kepada media adalah tidak wajar dan memperlihatkan ketidakmatangannya dalam berpolitik kerana ia boleh dilakukan cara lain yang lebih terhormat.
Sesungguhnya, kenyataan melalui media adalah menggunakan pihak ketiga untuk menyatakan sesuatu tanpa berani berdepan dengan pihak yang sebenarnya, di samping bertujuan untuk mendapat sesuatu yang lain. Adalah lebih baik selaku Naib Presiden Pas, dia menghubungi langsung Ariffahmi dan Tok Guru Menteri Besar menyatakan pandangannya itu daripada guna media untuk sampikan kehendaknya. Inilah yang dikatakan tidak matang dalam tindakan politik yang akhirnya seluruh organisasi terpaksa menanggung beban akibat dari tindakan yang dilakukan.
Saya merasakan inilah masalah baru yang sedang melanda sebahagian pimpinan Pas yang telah menghidap sindrom ‘ketagihan media’. Pantang media ajukan soalan, cepat-cepat nak berikan pandangan, walaupun pandangan yang nak diberikan bukan dalam pengetahuan mereka.
Dalam kes ini, saya kira Datuk Mahfuz masih belum memahami apakah yang dimaksudkan ‘persepsi’ dan kesan persepsi seperti yang dinyatakan oleh Profesor Abu Hassan ketika memberikan pandangannya dalam seminar politik Pas dua bulan lalu. Melalui kenyataan media seseorang pemimpin juga mencetuskan persepsi.
Oleh itu, sikap tidak berhati-hati Datuk Mahfuz memberi komen tentang Ab Ariffahmi bukan sahaja meningkatkan rasa kasih dan sayangnya kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, sebaliknya membebankan mental dan mengeruhkan lagi suasana. Hanya yang tidak faham apa yang Datuk Mahfzu kata sahaja yang bersetuju bahawa kenyataannya adalah sebagai tanda sayangnya kepada Tok Guru Mursidul Am. Tetapi bagi yang waras dan memahami permainan duni politik, pastinya beranggapan bahawa Datuk Mahfuz cuba menjadi ‘hero’ di akhir pertandingan. Dalam erti kata yang mudah Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan cuba mengambil posisi di saat-saat akhir pertandingan dalam kemelut pentadbiran Kelantan atas kapisiti sebagai Naib Presiden Pas untuk mendapatkan ‘millage politic’ dirinya sendiri.
Akhirnya, saya secara ikhlas menasihatkan Datuk Mahfuz Omar supaya lebih matang dan belajar bagaimana nak berdepan dengan media dari Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah.
Wallahulam


Post by PakTam

Muslimat perlu agresif mendekati masyarakat


Oleh: SAIDAH HAIRAN
SABAK BERNAM: Muslimat PAS kawasan Sabak Bernam dan Sungai Besar diingatkan supaya tidak menjauhkan diri daripada masyarakat tetapi perlu lebih agresif dengan menghadiri program mesra rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Menurut Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan Muslimat perlu membawa pendekatan ramah mesra kerana ia akan mengukuhkan penerimaan masyarakat terhadap PAS secara keseluruhan.
Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat sudah mentadbir negeri Selangor katanya, Muslimat PAS jangan leka dengan kemenangan tanpa melakukan kerja mendekati pengundi.
Ini kerana katanya, jentera Umno terus giat membuat kerja mendekati masyarakat dengan tujuan menarik balik sokongan pengundi yang telah lari dalam pilihanraya umum 2008.
Beliau berkata demikian dalam majlis `back to school' kepada 36 pelajar sekolah rendah di dewan JKKK Parit 13, Sungai Panjang di DUN Sungai Besar dan Markas PAS Tarbiyah, Parit 1, Sabak Bernam, Sabtu lalu.
Turut hadir dalam program itu, Ketua Muslimat Kawasan Sungai Besar, Mesripah Hj Sirat; Setiausaha Muslimat Selangor, Norazlin Shamsudin serta wakil Nisa' Nor Wani.
Wan Hasrina yang juga ahli Majlis (PBT) Ampang Jaya mengingatkan Muslimat serta penduduk kampung yang hadir supaya jangan mudah percaya dengan laporan akhbar arus perdana yang cuba mengucar kacirkan perpaduan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Umno cuba mencetuskan perbalahan atau menimbulkan curiga dikalangan parti dalam Pakatan Rakyat. Mereka cuba membesarkan isu supaya PAS marah dengan DAP begitu juga keADILan seperti isu arak dan kuil," tegasnya.
Beliau yakin, Umno cuba mengulangi kerakusannya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak malangnya majoriti Pakatan Rakyat di Selangor besar menyebabkan sukar untuk Umno merampas Selangor secara kejam.
Disebabkan mereka tidak berjaya di Selangor tambah beliau, Umno telah menyerang Kelantan dengan melaga-lagakan pimpinan dan exco kerajaan negeri supaya timbul kecelaruan sehingga hendak buat rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, Muslimat Sabak Bernam dan Sungai Besar perlu peka dengan masalah masyarakat dan kerja mendekati mereka mesti dilakukan tanpa menunggu pilihan raya.
Katanya, jika mengikut keputusan pilihan raya umum lalu Sungai Air Tawar hanya kalau 123 undi manakala Dun Sabak 117 saja.
Ini bermakna kata beliau, Muslimat perlu bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pengundi sebanyak 60 undi dalam pilihan raya akan datang.
"Muslimat PAS mesti menanamkan cita-cita untuk memimpin ummah dan tidak boleh harap lagi kepada wanita Umno, mereka sudah memimpin 50 tahun dan telah merosakkan ummah," tegasnya.
Ini kerana kata beliau, cara Umno memerintah bukan mendidik rakyat tetapi mereka memberi dan melatih rakyat supaya melihat kepada kebendaan.
Beliau turut bangga kerana majlis penyampaian beg sekolah itu dapat diadakan di dewan JKKK Parit 13, Sungai Panjang kerana ketika Umno memerintah PAS tidak dibenarkan menggunakan dewan tersebut.
"Ini merupakan hasil kemenangan rakyat dapat menikmati kemenangan dengan menggunakan dewan JKKK begitu juga penggunaan surau dan masjid," katanya.
Beliau berharap masyarakat di Sabak dan Sungai Besar dapat memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk meneruskan pentadbiran bagi membasmi kemiskinan di Selangor.

Tuesday, December 8, 2009

Sahabat sukar dicari ganti


Ramai manusia keliru dengan erti persahabatan sebenar. Mereka menganggap persahabatan itu cukup mengetahui nama, no telefon, umur, pekerjaan, berapa anak, dah kahwin ke belum. Sedangkan erti persahabatan itu cukup bermakna serta berbeza dengan kawan dan teman.

Dari segi sebutan dan ejaan sudah jelas berbeza. Teman, ramai orang mempunyai teman. Teman hidup, teman bermain, teman makan, teman berenang dan sebagainya. Begitu juga dengan kawan. Peranannya sama dengan teman tetapi kawan ini macam longgar sikit jika dibandingkan dengan teman.

Kita sering mendengar istilah `kawan makan kawan' tapi kita jarang mendengar `teman makan teman' begitu juga `sahabat makan sahabat'. Istilah `tikam kawan dari belakang' kawan juga yang digunakan bukan teman atau sahabat.

Ini menunjukkan bahawa kawan itu boleh didapati di mana-mana saja. Di pasar malam, di kompleks beli belah, di panggung wayang, di kelab malam.

Bagi saya makna sahabat cukup besar ertinya dalam kehidupan. Sahabat boleh berada di setiap situasi. Sahabat boleh berada di masjid, surau, kelas-kelas agama. Peranan sahabat lebih istemewa jika dibandingkan kawan dan teman. Sahabat merupakan manusia yang paling rapat dalam kehidupan kita. Biasanya mereka mengetahui apa masalah yang kita hadapi. Mereka berusaha menjadi seorang pendengar yang setia.

Dalam diri seorang sahabat dia boleh berperanan sebagai kawan dan teman. Tetapi dalam diri seorang kawan atau teman, mereka tidak mampu untuk berperanan sebagai sahabat. Inilah uniknya sahabat. Namun, dewasan ini sukar untuk kita temui seorang sahabat.

Kebanyakan kita temui kawan dan teman. Apabila kita senang terutama banyak duit dan sihat ramai kawan dan teman mengelilingi kita. Apabila kita ditimpa kesusahan, tiada wang dan sakit mulalah kawan dan teman melarikan diri. Bunyi telefon pun mereka tidak akan angkat, takut jika diminta bantuan. Inilah kawan atau teman yang senang dicari di waktu kita mewah dan sihat.

Sahabat bersedia mengkritik kita dan mereka juga sedia dikritik. Saya mempunyai ramai sahabat tetapi sahabat saya yang seorang ini cukup istemewa. Beliau merupakan seorang pendengar yang setia. Apa saja masalah sahabat ini cuba menyelesaikan.

Saya juga gembira bersahabat dengan beliau. Beliau seorang yang penyabar dan tenang. Saya suka bersahabat dengannya namun...ada ketikanya beliau sukar dihubungi. Bagaimanapun, saya tetap memahami situasi beliau yang sibuk dengan tugasan.

Sabtu 5 disember lalu, kunjungan saya ke Markas PAS Sabak Bernam telah menemukan saya dengan sahabat serumah yang telah berpisah selama lebih 10 tahun. Beliau mempunyai 4 cahaya mata dan bekerja sebagai seorang pendidik.

Terharu saya ketika kami berpelukan. Sahabat serumah ketika saya bekerja di Pejabat Agama Islam Gombak Barat, Kuang. Cikgu Rosnah...tak sangka dapat jumpa ya. Ya Allah!betapa kecilnya dunia ini.

Monday, December 7, 2009

Kurus, pucat dan cengkung-Ketua Pengarang Harakah


Saya bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Selangor, Ustazah Mariam Abd Rashid sempat menziarahi Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang baru saja menjalani pembedahan jantung di HSC medical center, Ampang.

Beliau memaklumkan pembedahan kali kedua akan dilakukan pada hari Jumaat ini. Beliau akan menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.

Pembedahan pertama berjumlah RM13,887.20 dan sudah dijelaskan. Bagaimanapun pembedahan kedua memang memerlukan kewangan yang lebih besar.
Sayu hati saya melihat keadaan (bos) saya. Rupa-rupanya perasaan sayu itu turut dikongsi oleh sahabat saya kak yam (Ustazah Maryam). Tubuhnya yang agak berisi kurus, pucat dan cengkung. Saya bersama kak Yam berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi meringankan tanggungan kos rawatan dan pembedahan jantung beliau.

Hanya kata-kata sabar saya titipkan kepada isteri beliau dan doa supaya e lutfi cepat sembuh. Saya memeluk isteri beliau supaya bersabar kerana suaminya bukan saja ada masalah jantung tetapi turut mempunyai penyakit lain.
Saya faham emosi isterinya ketika ini. Saya insaf...kerana saya pernah mengutuk dan mencaci bos saya. Dalam keadaan e lutfi yang akan menjalani pembedahan sekali lagi, saya mohon kepada Allah moga dipermudahkan dan diselamatkan.

Lajnah Kebajikan PAS Selangor turut memberi sumbangan dan kutipan derma akan dilakukan.

Friday, December 4, 2009

Tamrin apakah masih rasional di era kemenangan Islam?


Oleh: SAIDAH HAIRAN
TAWAU: Runtuhan tanah yang berlaku di kampung Pertanian, batu 25, Sandakan tidak menghalang Muslimat PAS Kawasan Sandakan mengikuti Tamrin tahunan peringkat negeri yang diadakan di Sungai Imam, Tawau selama tiga hari dua malam.
Ekoran kejadian tersebut, lapan AJK Muslimat Sandakan terpaksa bermalam di Pasti Lahad Datu sementara menunggu kerja-kerja membersihkan jalan akibat tanah runtuh.
Berbekalkan semangat perjuangan Islam yang mantap serta bebanan amanah memikul jawatan, mereka meneruskan perjalanan ke Tawau untuk mengikuti tamrin bagi menyeleraskan fikrah perjuangan di semua peringkat.
Lebih kurang 90 pimpinan Muslimat Kawasan Sandakan, Tawau, Keningau, Sepanggar, Putatat dan Kota Belud mengikuti Tamrin bertema `Cabaran dan Persiapan Serikandi masa kini'.
Di era kemenangan gerakan Islam, PAS yang sudah diterima oleh masyarakat bukan Islam, tamrin tidak lagi menjadi program wajib bagi sebilangan besar pimpinan Kawasan, Negeri mahupun Pusat.
Jika mereka mengikuti tamrin sudah tentu program bermalam itu akan dibuat di tempat yang berhawa dingin, selesa dan bukan seperti di Tawau iaitu di madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam.
Apakah suasana tamrin di Tawau itu boleh dilakukan oleh Muslimat Semanjung? Makan masih menggunakan dulang, lauk telor dadar; ikan masin dan sayur kobis goreng? Tidur di sekolah manakala penggunaan bilik air dilakukan secara bergilir-gilir.
Mungkin sebelum menang Muslimat PAS bersedia dan redha mengikuti tamrin yang diadakan di Markas PAS dan di sekolah-sekolah agama. Selepas PAS mengecapi kemenangan apakah tamrin masih boleh dilakukan di Markas dan sekolah-sekolah agama yang dhaif dengan keselesaan?
Walaupun tamrin merupakan program dalaman tetapi tanpa disedari ia menjadi program yang menguatkan hati, jiwa dan semangat perjuangan ahli dan pimpinan gerakan Islam.
Program yang boleh memberi kesan mendalam jika pengisian tersebut diaplikaskan dalam kehidupan seharian. Bukankah kemenangan umat Islam itu berasaskan kepada keteguhan hati dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT?
AJK Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Pusat, Wan Hasrina Wan Hassan dalam ucapan pembukaan mengingatkan peserta supaya meneruskan program tamrin dan usrah bagi mengekang berlakunya kepincangan akhlak di kalangan ahli dan pimpinan Muslimat PAS.
"Akhlak berjamaah perlu ditekankan dalam diri kita. Ia tidak cukup hanya menyatakan kita menyanjung al-Quran dan sunnah tetapi kita perlu membina akhlak dengan mengadakan sesi muhasabah dan perbincangan," katanya.
Walaupun katanya, menghadiri tamrin itu merupakan perkara asas dalam jamaah tetapi disebabkan sikap `acuh tidak acuh' dengan tamrin dan usrah maka berlakulah kepincangan akhlak dalam jamaah.
Beliau mengingatkan Muslimat PAS Sabah supaya terus mengekalkan istilah seperti usrah dan tamrin kerana ia membawa satu perubahan dari generasi ke generasi.
Katanya ia bukan istilah ketinggalan zaman sebaliknya ia merupakan istilah yang boleh membangkitkan semangat jihad.
Dalam mengharungi cabaran berjamaah beliau berharap supaya pimpinan tidak berasa tinggi diri dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah sehingga tidak mahu mendengar teguran dan pandangan ahli.
"Pemimpin umpama padi makin berisi makin tunduk merendah diri bukan seperti lalang makin tinggi bertambah ego atau sombongi diri," tegasnya.
Beliau mengingatkan Muslimat Sabah supaya elakkan perselisihan faham dalam jamaah sehingga mengakibatkan pertelingkahan yang berpanjangan.
Katanya, jika ramai pemimpin Muslimat yang bersikap seperti itu bagaimana hendak berhadapan dengan karenah dan masalah masyarakat yang berbilang bangsa.
Selain itu beliau mengingatkan supaya Muslimat Sabah yakin akan memperolehi kemenangan sebagaimana yang dikecapi oleh PAS Selangor dan jangan berundur untuk meneruskan perjuangan Islam.
Pembentang kertaskerja, Ustazah Mariam Abd Rashid berharap Muslimat Sabah dapat meneruskan perjuangan Islam kerana ia menjadi fardu ain memandangkan gejala sosial dan maksiat berleluasa di bumi kenyalang itu.
Menurut beliau, pemimpin PAS perlu berusaha menampilkan diri supaya dicontohi oleh masyarakat disamping mempunyai sikap ketegasan dalam menjaga imej Islam.
"Kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang takut untuk menyebut nama Islam di hadapan masyarakat sekaligus sanggup menggadai prinsip perjuangan," tegas beliau.
Beliau menekankan dalam PAS tidak perlu pemimpin yang takut untuk menyanjung Islam dan bertegas dengan prinsip perjuangan apabila berhadapan dengan masyarakat luar.
"Kita mesti bijak memilih pemimpin untuk memimpin sebuah gerakan Islam bukan saja memimpin dalam politik," tegas beliau.
Menurut beliau, senario hari ini ramai dikalangan pemimpin yang terlalu berpolitik sehingga melupakan ciri-ciri kepimpinan dalam sebuah parti gerakan Islam.
"Hari ini sukar untuk kita mendapatkan pemimpin yang berpangkat, berjawatan tetapi masih kekal dengan ciri-ciri kepimpinan Islam dan sentiasa mengikuti usrah serta tamrin," tambah beliau.
Beliau berpandangan bagi mendapatkan pemimpin yang teguh dengan prinsip gerakan Islam mereka perlu mempunyai ilmu supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja dilakukan oleh Umno/BN bagi mengucar kacirkan PAS.
Tambah beliau, pemimpin tidak boleh mempunyai sifat cemburu takabur kerana itu akan menurunkan martabatnya sebagai seorang yang dihormati masyarakat.
Tamrin selama tiga hari dua malam itu menggariskan Muslimat PAS Sabah sentiasa berusaha untuk membawa perubahan kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

Ketegasan Selangor haram BTN membuka `mata' BN


Oleh: SAIDAH HAIRAN
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengharamkan pejawat awam dan pelajar IPT mengikuti kursus ekstrem BTN telah membuka `mata' Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz untuk merombak semula sukatan program yang menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN.
Di lobi parlimen Nazri Aziz turut mengakui untuk menjayakan kursus BTN itu telah membelanjakan terlalu banyak wang.
Sehubungan itu, exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali menegaskan walaupun BTN diwujudkan tahun 1982 tetapi kursus itu masih menggunakan modal lapuk dengan menanam rasa kebencian peserta terhadap parti pembangkang supaya terus memberi sokongan kepada Umno-BN.
Menurut beliau, peserta kursus digambarkan seolah-olah negara tidak akan selamat jika rakyat tidak menyokong Umno/BN dan itu merupakan pengisian yang amat membimbangkan kerana ia boleh mencetuskan perkauman.
Di Selangor katanya, kerajaan negeri mahu perpaduan yang sebenar di mana rakyat Selangor yang hidup dalam masyarakat majmuk mesti mempunyai sikap memahami dan menghormati orang lain.
Malangnya tambah beliau, dalam kursus BTN peserta telah dihasut seolah-olah ada satu bangsa yang lebih baik daripada bangsa lain sehingga menimbulkan kebencian terhadap bangsa tersebut.
"Kursus begini langsung tidak memberi kesan positif dalam model pembangunan negara bertamadun," tegasnya.
BTN juga tambah beliau telah gagal membendung gejala rasuah walaupun diwujudkan BPR dan ditukar pada SPRM namun rasuah terus berleluasa dilakukan oleh pejawat awam.
Disebabkan kegagalan BTN yang wujud selama 27 tahun beliau telah memperkenalkan konsep SPIES yang menekankan tentang model pembangunan modal insan Selangor iaitu (Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social).
Kataya, pembangunan spiritual perlu dibangunkan apabila masalah rasuah tidak mampu diatasi oleh BN bahkan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri beliau turut tidak mampu memerangi rasuah.
"Disebabkan pembangunan insan yang tidak bersepadu ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berusaha menyelesaikan masalah besar ini dengan kembali ke akar umbi," tegas beliau.
Sebenarnya tambah beliau, SPIES adalah konsep modul pembangunan modal insan yang perlu dihayati oleh setiap rakyat Selangor kerana ia mengandungi aspek sosial yang boleh mencetuskan keharmonian diantara kaum.
Menurut beliau, SPIES membangunkan spritual yang menjadi teras utama dalam membangunkan daya tahan dan kekuatan dalaman seseorang khususnya pejawat awam.
"Kekuatan dalaman ini yang akan menghalang pejawat awam daripada melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak jujur dan ia akan membina keyakinan jati diri," tegasnya.
Tambah beliau kerajaan negeri mahu pejawat awam dapat menguasai emosi supaya lebih rasional bukan emosianal serta tidak mempunyai perasaan hasad dengki.
Konsep SPIES yang dilaksanakan bukan hanya gimik politik tetapi kerajaan berusaha membangukan rakyat negeri Selangor serta mewujudkan tamadun negeri itu, jelasnya.
Menyentuh tentang pembangunan sosial yang terkandung dalam SPIES katanya, ia merupakan komunikas secara berkesan untuk memupuk cinta kepada negeri dan negara.
"Pembangunan sosial bukan saja menyanyi lagu negaraku atau mengibarkan jalur gemilang tetapi mereka cintakan tanah air seperti sungai, bukit, hutan, jaga kebersihan alam sekitar serta menjaga keselamatan haiwan," katanya.
Beliau menegaskan kerajaan negeri akan mewajibkan model SPIES diwajibkan kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri Selangor dan kursus itu akan dilakukan secara berperingkat.
"Mungkin selama ini mereka beranggapan SPIES seperti BTN tetapi SPIES sebenarnya mahu mencungkil potensi mereka, kita mahu mereka membangun bukan menakutkan mereka seperti kursus BTN," tegasnya.
Beliau berkata, pimpinan Umno/BN tidak perlu melatah dengan tindakan tegas kerajaan Selangor tetapi sepatutnya kerajaan Pusat mengkaji lebih mendalam pengisian BTN yang dilakukan selama ini.
Kerajaan BN perlu membentangkan kepada rakyat apa masalah yang telah mereka lakukan selama ini dan bagaimana wang rakyat digunakan semata-mata untuk menjayakan kursus BTN.

Thursday, December 3, 2009

Moga Ahmad Lutfi selamat


Marilah kita sama-sama berdoa semoga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman selamat menjalani pembedahan triple-bypas. Selama saya menjadi stafnya, beliau merupakan seorang yang tabah dan cekal dalam menempuh segala dugaan dan cabaran hidup. Lebih-lebih lagi memegang jawatan atau amanah sebagai Ketua Pengarang Harakah. Sering kali dikritik dan tak terlepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak.


Walaupun beliau sakit dan diberi cuti rehat, namun idea dan fikirannya tetap bergerak. Beliau sering mengingatkan saya tentang isu-isu di Selangor, walaupun ketika itu beliau sakit. Inilah yang dinamakan pejuang dan pemikir. Badan tak sihat tapi hati dan fikiran tetap sihat. Sukar untuk mencari orang sekuat dan setabah Ahmad Lutfi Othman.


InsyAllah saya akan menziarahi beliau secepat mungkin.