Saturday, January 30, 2010

Tak puashati keputusan Hasan...kenapa?


Ada saja yang tidak puashati dengan keputusan Jawatankuasa disiplin PAS terhadap Pesuruhjaya PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Rupa-rupanya selama dalam siasatan ramai yang mengharapkan Hasan dipecat. Setelah keputusan diumumkan semalam, ramai yang mempersoalkan kenapa Khalid saja yang digantung jawatan, kenapa Hasan hanya amaran bertulis.

Mungkin mereka tidak faham...Hasan mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor manakala Khalid mendedahkan imej PAS Selangor.

Apapun hukuman itu telah diumumkan diatas kebijaksanaan para hakim dalam Jawatankuasa Disiplin PAS.

Harap-harapnya selepas ini tiada lagi pimpinan PAS atau pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PAS) dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.

Jika ada yang tidak puashati selesaikan dalam mesyuarat parti atau kerajaan. Nak bergaduh biar dalam mesyuarat dan jangan keluarkan kenyataan kepada pihak media.

Nak menulis blog pun biarlah berpada-pada. Memang seronok melepaskan perasaan geram dan marah dalam blog tapi maklumat dalam internet ini tak sampai satu minit boleh sampai ke seluruh dunia.

Begitu juga mengkritik orang lain memang seronok tapi tak disedari yang dikritik itu pimpinan dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Memanglah terkena batang hidung sendiri.

Rumusannya berhati-hatilah dan jadikan lah pengajaran bukan saja kepada mereka tetapi seluruh pencinta keamanan dan ketenteraman.

Petikan daripada Harakahdaily:

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan."Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran."Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

Friday, January 29, 2010

Apa keputusan Dato' Hasan dan Khalid?


Petang ini seluruh ahli PAS akan mengetahui keputusan siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Selewat-lewatnya keputusan itu akan diketahui selepas jam 4 petang ini. Keputusan itu ditangguhkan minggu lalu disebabkan mereka tidak hadir.

. “Pada hari ini (22 Januari 2010) Jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut.“Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka.“Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu,” - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Apa saja keputusan hari ini diharap dapat dijadikan pengajaran bukan saja kepada mereka tetapi seluruh ahli gerakan Islam (PAS). Moga keputusan petang ini dapat manfaat kepada semua pihak.

Najib sekat royalti diberi kepada kapitalis


(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak) Rakyat Kelantan dinafikan royalti.

Kata Tengku Razaliegh Hamzah, royalti Kelantan sudah cecah 2 billion sejak minyak ditemui di Kelantan pada 2008.

Maknanya bukan susah pun untuk kayakan rakyat miskin di Kelantan, bagi sahaja royalti tetapi kalau Najib bagi wang ihsan bererti dia bagi sama sejenis dengannya maka duit tu boleh hangus macam tu je seperti di Terengganu rakyatnya sampai sekarang tetap miskin.

Kenapa Najib susah sangat belanja duit untuk rakyat sedangkan begitu mudah dilaburkan bagi projek Formula 1 (F1) Malaysia untuk kepentingan beberapa kerat orang.Lagi kata kerajaan Najib, Formula 1 (F1) Malaysia adalah pelaburan swasta bukan wang kerajaan.

Jangan auta Najib kalau tiada jaminan kerajaan siapa mahu labur. Lagipun yang banyak lebur duit Petronas. Syarikat lain macam Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain tu sampingan je.

Nak bagi rakyat kelabu kononnya wang kerajaan tidak terlibat apa susahnya beri peruntukan kerajaan banyak-banyak kepada syarikat terbabit. Untungnnya syarikat itu juga tetapi duit rakyat kering habis.

Rakyat pula tak boleh apa.Barangkali nanti duit royalti Kelantan yang sepatutnya diterima rakyatnya rupanya telah dilebur ke situ.Macam Terengganu sejak royalti ditukar wang ihsan, banyak duit hilang.

MB Terengganu nak tuntut tetapi Najib buat dono je.Berita berkaitan:Ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak

M Faqih

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Thursday, January 28, 2010

Ada ke padang Mohd Sabu...?


Alangkah bertuahnya bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu kerana mempunyai padang Mat Sabu. Ahli dan pimpinan PAS yang pernah meringkuk di penjara sebagai tahanan ISA.

Siapa yang tidak kenal Mohamad Sabu. Orangnya sederhana tak perlu protokol. Mesra dan tidak pilih `bulu'.

Ketika menjadi Ahli Parlimen, Naib Presiden dan sekarang AJK PAS Pusat dan bukan ahli Parlimen ketrampilan beliau sama saja. Tiada beza dulu, kini dan berharap selama-lamanya.

Susah hendak dapat pemimpin yang seperti Mohamad Sabu. Mesra rakyat di mana-mana saja jumpa gerenti tersenyum dan gelak...

Bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu walaupun tiada title Tok Guru, Datuk atau apa-apa pangkat tetapi orang Seksyen 27, Shah Alam menghormati beliau malah padang di sini diberikan nama beliau.

Setiausaha Kerja Exco, Hussein Ahmad berkata kawasan rumah saya berhampiran padang di seksyen tersebut dijadikan lokasi ceramah besar-besaran semasa isu reformasi tengah hangat.

"Mat Sabu ceramah sama malam itu dengan orang ramai memenuhi ruang padang. Daripada penganjuran ceramah pada malam itu padang tersebut mendapat nama tidak rasmi iaitu Padang Mat Sabu.

Kalau datang ke seksyen 27, tanya orang mana padang Mat Sabu dia orang tahu malah kat Shah Alam dan Kuala Lumpur ni pun orang yang ikuti reformasi tahu Padang Mat Sabu.

"Hussein, setiausaha kepada exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari, sebenarnya orang lama dalam arena politik terutama dengan parti pembangkang iaitu PRM, Semangat 46, PAS dan PKR.

Semalam saya bertemu beliau di pejabatnya di Bangunan SUK Sultan Salahuddin, Shah Alam, bersama wartawan Harakah.

Interviu penuh mungkin anda boleh baca dalam Harakah print keluaran nanti.Saya disambut Hussein dan menjemput makan nasi kunyit, kata saya: "Hai baru kena tangkap sekali dah buat doa selamat makan nasi kunyit."

Dengan cara bergurau.Sambut beliau: "Buat doa selamat sikit." Bagaimanapun dalam masa saya menuju ke meja yang menyediakan makanan terdengar kawan pejabat Hussein mengucapakan selamat hari jadi.

Bagaimana pun saya tidak pasti malah pada hari itu saya tidak sempat bertanya banyak kerana beliau nampak kesibukan untuk bertemu Menteri Besar Selangor selepas itu.Namun begitu bertambah sahabat saya hari itu.
Kata para ulama sahabat itu orang yang sempat bertemu dan berbual dengan Muhammad saw walaupun alam hidupnya sekali.Jadi Hussein sudah dikira sahabat saya.

Bagaimanapun selepas ini mungkin beliau lupa saya sebab saya hanya seorang marhean namun begitu ia sudah dikira sahabat apa lagi mempunyai fikrah yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan rakyat.

Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince, Haiti tidak runtuh


"Kami berehat sekejap, tidak lama kemudian kami terasa gegaran kuat. Semua orang menjerit dan mengucap syahadat serta keluar ke jalan raya. Segala puji bagi Allah, tidak ada yang mengerikan berlaku kepada masjid, ketika semua bangunan runtuh. Masjid berdiri kukuh dicelah runtuhan bangunan malah ketika itu masjid tidak bergoyang. Sekarang ia masih berdiri tegap tanpa senget," kata seorang jurucakap dan saksi terselamat dalam kejadian gempa di Haiti.

Cerita itu dilaporkan oleh pemimpin kumpulan muslim pada 26 Januari lalu. Mereka ini dari komuniti Islam di Karibia yang menghantar bantuan ke Port-au-Prince.

Menurut beliau, cerita itu diberitahu oleh seorang Muslim yang ditemui di Masjid at-Tawhid, pada pagi 20 Januari, sebaik selesai solat Subuh, bersama sekumpulan Muslim sedang berbaring di masjid itu.
Laporan tersebut ada kesamaan dengan bencana alam di seluruh dunia seperti tsunami di Aceh, Indonesia, dimana Masjid ar-Rahman masih berdiri tegap begitu juga yang berlaku gempa bumi di Haiti berukuran 7.3 pada skala Richter menunjukkan gegaran kuat sehingga meruntuh semua bangunan tetapi Masjid at-Tawhid tidak musnah.

Selain Masjid at-Tawhid, yang masih berdiri kukuh selepas gempa terdapat juga masjid lain yang selamat iaitu Masjid al-Fatihah juga di Port-au-Prince.

Pemimpin kumpulan dari komuniti Islam di Karibia itu menceritakan perjalanan mereka untuk tiba di Port-au-Prince dengan membawa bantuan, katanya: "Kami sampai ke Haiti dengan selamat.

Dan sekarang kami berada di Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince."Kami berada di jalan sepanjang malam.

Sekitar pukul dua pagi, kami menyeberangi sempadan ke Republik Dominika, sampai kami bertemu dengan saudara kami di Port-au-Prince.

“Sementara situasi masih berbahaya dan kami belum mengambil langkah apapun untuk melindungi mereka. Kami bergantung kepada Allah, Subhanallah. Kita tidak dapat berdiam diri ketika saudara kita tidak memiliki cukup makanan dan air."

Seluruh kota berada dalam kekacauan. Siang dan malam orang ramai mohon bantuan minyak tanah untuk memasak.Beliau turut menceritakan bagaimana sambutan orang muslim yang terselamat di Port-au-Prince menyambut kedatangan mereka:

"Saudara kita telah membantu kami memunggah barang dalam truk. Mereka, isteri mereka dan anak-anak mereka amat gembira melihat makanan dan minuman.

Melihat kami, mereka mengucapkan takbir ‘Allahu Akbar!’ Mereka menunggu kami. Setelah itu, kita melakukan shalat tahajjud berjamaah.

Semoga Allah membantu kita semua!”Ketika ini, Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince telah berubah menjadi tempat tumpangan sementara bagi umat Islam dan juga orang non-Islam.

Semasa kejadian gempa, orang yang didapati selamat mereka berlari ke masjid dan berkumpul di situ dalam keadaan menggigil dan menangis ketakutan.

Selepas gempa, kawasan persekitaran masjid didirikan kemah tempat perubatan dan bantuan makanan serta mereka yang tercedera.

Wednesday, January 27, 2010

Apa sudah jadi...kepala babi beserta duit di kawasan masjid


Pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada BOS saya, ada dua kepala babi ditemui di kawasan masjid di Jalan Klang Lama.

Sampai di masjid ramai pihak polis forensik dan para jemaah berada dalam kawasan masjid. Saya dapati dua kepala babi itu berada dalam plastik sampah hitam. Dua kepala babi itu berada bersebelahan dengan pondok keselamatan masjid (saya rasa).

Saya tidak boleh mengambil gambar secara dekat sebab pihak polis telah mengepung kawasan itu dengan tali berwarna kuning.

Bau kepala babi itu walaupun sudah dimasukkan dalam plastik sampah boleh tahan juga la hanyir...

Saya terus mencari imam satu masjid At-Tarmizi, Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. Beliau perasaan kepala babi setelah seorang jemaah memaklumkan kepadanya.

Sebelum itu seorang jemaah melihat dua bungkusan dengan surat khabar itu sudah berada di situ sebelum waktu subuh.

Jemaah tersebut menganggap bungkusan bayi yang dibuang. Beliau menggunakan kayu cuba menyelak bungkusan tersebut dan didapati ternampak muncung...rupa-rupanya kepala babi.

Beliau memaklumkan ada taburan duit RM10 dan RM1 berjumlah lebih kurang RM30.

Pihak polis telah membawa dua bungkusan kepala babi untuk disoal siasat. Siapakah orang yang tergamak meletakkan kepala babi itu?

Apa motif diletakkan di masjid, apakah mahu terus mencetuskan kemarahan umat Islam atau mahu menganggu gugat keamanan dan ketenangan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kita tunggu hasil siasatan polis. Untuk laporan lanjut ikuti Harakah print keluaran akan datang...

Tuesday, January 26, 2010

Roti naik harga...rakyat restu ke?


Selepas rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga gula putih sebanyak 20 sen pada awal tahun baru, kini harga roti pula naik.

Tapi tak ada pulak cerita rakyat yang membantah dengan kenaikan harga gula. Katanya rakyat ok je...tapi tak tahu la kalau bantahan itu tidak disiarkan dalam tv yang dikuasai Umno.

Perasaan tak...roti putih yang ditarik subsidi naik harga. Saya suka juga makan roti sapu jem atau planta selepas dibakar. Memang sedap...

Dulu roti yang bersaiz kecil harga RM1.90 dan yang besar RM2.90. Boleh la tahan dua tiga hari. Tapi sekarang roti saiz kecil sudah jadi RM2.30 dan yang besar jadi RM3.15.

Saya tengok rakyat Malaysia biasa je beli juga roti. Tak pa la...masing-masing makan gaji kan. Jadi mungkin tak ada masalah dengan kenaikan harga roti dan gula putih.

Dengar khabar subsidi minyak masak pun nak ditarik. Bulan Mei pula harga petrol akan naik. Ok ke?

Macam mana pulak dengan caj RM50 kepada pemegang-pemegang kad kredit, rela ke? Senyap je tak ada bunyi langsung. Macam mana nak berbunyi hutang masih belum selesai.

Nak potong ada hutang lagi jadi terpaksalah tahan dan sabar je...

Alangkah seronoknya kalau Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia, tentu dapat air percuma dan mungkin juga tidak ada pengangguran. Dalam pada itu sudah tentu harga petrol tidak akan naik.

Jadi...apa tunggu lagi rakyat Malaysia ubahlah minda dan jangan undi lagi Umno/BN. Menekan kehidupan kita. Dia kaya kita papa...

Monday, January 25, 2010

Pegawai daerah berdegap degup


Pendengaran Awam SELCAT Bermula Esok (26 Jan)Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor akan mengadakan sambungan pendengaran awam terhadap peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tahun 2008 dan 2009 pada 26, 27, 29 Januari dan 1 dan 2 Februari 2010 mulai jam 10 pagi di Bilikan Gerakan, Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.


Pendengaran awam tersebut adalah terbuka kepada orang ramai dan media. Antara saksi-saksi dalam Pendengaran Awam kali ini adalah Pegawai Daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Petaling yang akan hadir untuk memberi keterangan berhubung dengan kes peruntukan kawasan tahunan ADUN habis dibelanja dalam tempoh 3 bulan pertama sebelum Pilihanraya Umum tahun 2008.


Orang ramai boleh mengikuti Pendengaran Awam Kedua ini melalui TV Selangor yang menyiarkan secara langsung di http://www.tvselangor.com/

Berapa ramai rakyat di bawah Umno terima tanah?


Masyarakat di Kuala Selangor sudah tentu tidak sia-sia memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahm menjadi Menteri Besar Selangor.

Khalid yang didakwa oleh pihak tertentu tidak pandai berpolitik hanya pandai dalam bidang ekonomi tidak benar sama sekali.

Ini kerana belum sampai dua tahun mentadbir Selangor, berapa ramai rakyat Selangor yang dapat mengecapi nikmat hasil kemewahan negeri yang termaju itu.

Mula-mula pemberian air percuma, skim warga emas, bantuan kepada anak-anak Selangor yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan terini Khalid mengumumkan seramai 5000 hingga 6000 keluarga di Kuala Selangor bakal menerima geran tanah daripada Kerajaan Selangor.

Pemberian geran itu akan dibuat secara berperingkat bermula akhir bulan ini hingga hujung tahun 2010 sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan itu selesai.

Beliau memaklumkan Kuala Selangor merupakan lokasi pertama bagi projek pemberian geran kepada penduduk yang telah lama mendiami seseuatu kawasan sebelum langkah sama diaplikasikan di seluruh Selangor.

Bercakap dalam majlis sumbangan Mesra Usia Emas di Sungai Buluh 23 Januari lalu, satu program besar-besaran akan diadakan untuk memberi tanah kepada mereka yang telah lama duduk antara 20 hingga 30 tahun di satu-satu kawasan.

Inilah hebatnya kepimpinan Pakatan Rakyat yang ikhlas mahu membela nasib rakyat. Mereka mentadbir Selangor bukan mahu mengaut keuntungan sebaliknya mereka berhempas pulas mahu memulangkan semula wang rakyat yang dahulu dinafikan haknya.

Syabas...Pakatan Rakyat

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat; Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali


JOHOR BAHARU, 22 Jan — Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam 23 selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Friday, January 22, 2010

Aduhai!anak nak jadi si tanggang ke?

>> Jumaat, Januari 22, 2010

Tanggungjawab seorang pemerintah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama seumpama seorang ibu betapa kasih kepada anak sehingga sanggup terbang mencari walaupun tidak tahu alamat lengkap.

Ibu, Tumi Wongsorujo walaupun tidak dihormati anak sebagai haknya seorang ibu tetapi beliau tetap patuh terhadap haknya sebagai seorang ibu kepada seorang anak.

Najib.... Apakah kamu patuh dan menghormati hak rakyat Kelantan mahu royalti minyak sedangkan rakyat Kelantan sentiasa patuh membayar cukai persekutuan.

Ini maknanya hak yang tidak dihormati dan tidak ada keseimbangan. Ibu tadi tidak seimbang kerana tidak dapat kasih sayang anak. Najib tidak seimbang kerana tidak beri royalti minyak.

Namun jangan jadi macam ibu sebagai dalang seludup minyak. Apa yang pelik seludup minyak macam kuman kerajaan boleh nampak tetapi seludup pasir macam gajah kerajaan tak nampak.

Buat kerja seludup minyak baru dua tiga bulan sudah kena cekup tetapi seludup pasir hampir nak sama umur dengan Umno kerajaan tidak nampak. keh...keh...keh

Tengok berita berkaitan oleh Kosmo:

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

'Mak cik' jadi dalang - Wanita separuh umur guna 20 trak pikap seludup minyak

PENGKALAN KUBOR - Siasatan pihak berkuasa terhadap kegiatan menyeludup minyak ke negara jiran menggunakan laluan Zon Bebas Cukai di sini menemui petunjuk baru yang mengejutkan apabila ia didakwa didalangi seorang wanita asing separuh umur yang dipanggil 'mak cik'.

Dia dikatakan menyediakan 20 buah trak pikap nombor pendaftaran asing dengan tangki minyak telah diubah suai untuk komplot menyeludup minyak.

Setiap kenderaan itu pula akan memasuki Malaysia sebanyak tiga kali sehari untuk berhenti mengisi minyak sebanyak RM20 di setiap stesen dan kembali ke Thailand apabila tangki penuh.

Modus operandi kegiatan itu didedahkan oleh seorang pemandu salah sebuah trak pikap itu selepas dia ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supritenden Tan Cheng San berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengakui setiap trak hanya akan keluar dari sempadan Malaysia selepas muatan tangki 300 liter penuh.

Thursday, January 21, 2010

Memang benar Umno juara menipu rakyat

Dalam senario rakyat yang ditekan dengan kenaikan harga gula, subsidi pendidikan serta roti putih ditarik manakala harga minyak petrol dijangka akan naik harga pada 1 Mei nanti, apakah rakyat merestui program `Umno juara rakyat'?

Restu atau tidak program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pada 9 Januari lalu, di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, di bawah tadbir kerajaan Pakatan Rakyat.

Umno juara rakyat yang akan digerakkan ke seluruh negara bertujuan membuktikan kepada rakyat bahawa hanya Umno/BN saja parti yang selama ini menjuarai hasrat rakyat. Program yang penuh dengan kepura-puraan itu akan terus dilancarkan sehingga pilihan raya ke-13.

Sudah tentu Umno merancang dengan penuh teliti untuk merampas semula empat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sebab itu, Umno berhempas pulas melancarkan program `Umno juara rakyat', untuk menunjukkan kepada rakyat Umno saja yang prihatin dengan nasib rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak boleh pandang remeh perkara ini. Ahli dan pimpian PAS tidak boleh bergoyang kaki dan berasa selesa dengan kemenangan di empat buah negeri tanpa melakukan kerja untuk terus memikat hati rakyat.

Kehidupan rakyat semakin hari tertekan dengan pelbagai kenaikan. Terbaru kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Alasan kerajaan yang memotong subsidi gula dengan menaikan harga gula kerana mahu mendidik rakyat.
Persoalannya, mengapa mesti mendidik rakyat dengan membebankan kehidupan mereka?

Kerajaan turut menarik subsidi roti putih. Jika sebelum ini roti potong berukuran besar berharga RM2.90 sekarang menjadi RM3.15. Mana janji kerajaan yang menjamin kenaikan harga gula tidak mengakibatkan kenaikan harga barang-barang lain?

Suri rumah dan para suami perlu peka dan teliti sebelum membeli barang-barang keperluan asas sama ada barang basah atau kering. Ini kerana sabun basuh yang dahulu dua kilo telah dikurangkan menjadi sekilo setengah tetapi diletakkan harga dua kilo.

Jika pembeli tidak peka sudah pasti akan terpedaya dengan penipuan tersebut. Inilah bijaknya pemimpin Umno/BN menipu rakyat. Memang betul program `Umno juara rakyat' sebab mereka sememangnya menjadi juara menipu rakyat.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak tinggal di asrama bertambah terkejut apabila subsidi pendidikan untuk makanan di asrama telah dipotong. Pelajar yang tinggal di asrama pada hari Sabtu dan Ahad dikenakan bayaran makanan sekitar RM35 untuk dua hari.

Berapa banyak wang yang perlu ibu bapa tambah untuk membayar makanan selama setahun tinggal di asrama sekolah?

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiaterhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah pada tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Kementerian memaklumkan, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Jika kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar, kata wakil Kementerian.

Berikutan itu, Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan mendesak supaya Kementerian Pelajaran mengembalikan penarikan subsidi pendidikan dan ditambah memandangkan pelajar sekolah semakin bertambah.

Sebenarnya kata beliau, rakyat tidak sedar dengan penarikan subsidi tersebut kecuali ibu bapa yang mempunyai anak tinggal di asrama.

Beliau menegaskan, ekoran pemotongan subsidi makanan di asrama ditambah dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, Muslimat Selangor akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

"Kita terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang menggalakkan pelajar balik ke rumah setiap minggu bagi mengelak ibu bapa membayar yuran makanan sebanyak RM35 untuk dua hari," katanya.

Bayangkan tambah beliau, jika setiap minggu pelajar balik kampung berapa kos yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa untuk mengambil mereka dan kerugian masa pelajar yang sepatutnya diperuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Ternyata apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno memang menekan kehidupan rakyat. Jika program Umno Juara Rakyat bertujuan mendekati masalah rakyat, kenapa menarik subsidi gula, pendidikan dan roti putih?

Apa ertinya Umno juara rakyat jika hidup rakyat terus tertekan?

Sudah tiba masanya Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad mengarahkan seluruh jentera PAS di semua
peringkat menggerakkan kempen penerangan sehingga ke akar umbi.

Kempen Umno Pengkhianat Rakyat untuk membongkar segala pembohongan dan kezaliman Umno kepara rakyat perlu dilakukan segera.

PAS perlu bekerja keras memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno yang selama ini hidup mereka hanya menipu rakyat. Penerangan berkenaan hal penyelewengan dan pembongkaran salah laku Umno perlu ditujukan di kubu-kubu kuat Umno.

Jika PAS tidak berperanan mendedahkan segala penipuan yang dilakukan oleh Umno, rakyat mahu mengharapkan siapa? Umno akan terus menipu dan menipu.

Maka, sesuai benar la slogan `Umno Juara Rakyat'...kerana Umno sebenar-benarnya memang juara menipu rakyat.

Umno serius merampas Selangor sejak program Mesra Rakyat


Keseriusan Umno/BN mahu merampas kembali Selangor yang dikuasai 51 tahun tidak dapat disangkal memandangkan dakyah yang dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat terus dilaksanakan bermula program `People Centric' atau Mesra rakyat.

Program di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mencadangkan keahlian Task; Majlis Keselamatan Negara; Jabatan Belia dan Sukan; Jabatan Penerangan Malaysia (Jabatan Hal Ehwal Khas); Jabatan Kemajuan Masyarakat; Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sama ada rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat sedar atau tidak dengan jelas program Mesra rakyat itu memfokuskan untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat sekaligus memenangi pilihan raya ke-13 dengan majoriti dua pertiga di parlimen.

Program Mesra rakyat dilaksanakan untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan Persekutuan dengan meningkatkan imej dan kredibiliti pemimpin Umno/BN.

Menetapkan hala tuju dan matlamat keseluruhan bagi mengekalkan dan mengukuhkan persepsi atau tanggapan positif rakyat terhadap kerajaan Pusat.

Program terbaru `Umno Juara Rakyat' yang dilancarkan pada 9 Januari lalu di Bukit Sentosa, Hulu Selangor mempunyai tujuan yang sama dan jelas bahawa Umno mahu merampas Selangor.

Umno Juara rakyat itu akan terus digerakkan ke seluruh negara bertujuan membuktikan kepada rakyat bahawa hanya Umno/BN saja parti yang dulu, kini dan selama-lamanya menjuarai hasrat rakyat.

Program yang penuh dengan kepura-puraan itu akan terus dilancarkan sehingga pilihan raya ke-13.
Sudah tentu Umno merancang dengan penuh teliti untuk merampas semula Selangor negeri termaju dan kaya.


Apa saja kerajaan yang mentadbir Selangor akan senang dan tidak perlu memikir bagaimana mahu mencari duit untuk membela nasih rakyat.

Sebab itu, Umno/BN berhempas pulas melancarkan program `Umno juara rakyat', untuk menunjukkan kepada rakyat Umno saja yang prihatin dengan nasib rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak boleh pandang remeh perkara ini. Ahli dan pimpian PAS tidak boleh bergoyang kaki dan berasa selesa dengan kemenangan yang dikecapi di Selangor tanpa melakukan kerja untuk terus memikat hati rakyat.

Apakah PAS, DAP dan KeADILan sudah menyelesaikan masalah daftar pemilih baru? Apakah jentera parti sentiasa berkempen dari rumah ke rumah atau kempen itu hanya dijalankan menjelang pilihan raya?

Pimpinan Umno/BN mengakui kekalahan di Selangor tidak pernah terfikir di minda pimpinan Umno begitu juga kemenangan yang tidak terduga di fikiran pimpinan PAS, DAP dan KeADILan.

Umno sememangnya menjadikan pengajaran dan mereka mengakui selama mentadbir Selangor tidak menghiraukan kebajikan rakyat miskin.

Sebab itu di era pimpinan Pakatan Rakyat, Umno berhempas pulas mahu menggembalikan keyakinan dan sokongan rakyat. Jika dulu Umno/BN kurang prihatin dengan nasib rakyat, sekarang Umno sudah mula menghulur bantuan.

Apakah program `Mesra rakyat dan Umno Juara rakyat' itu benar-benar datang daripada keikhlasan pimpinan Umno/BN untuk membantu rakyat? Mungkin juga Umno/BN hanya mahu bersandiwara mengaburi mata rakyat supaya sokongan dikembalikan kepada Umno, selepas berkuasa semula hak rakyat dinafikan kembali.

Mengulas senario itu, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus memandang serius program `Juara Rakyat' yang dilaksanakan oleh Umno kerana ia merupakan dakyah Umno/BN mahu merampas Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kesungguhan Umno mahu merampas Selangor telah dilakukan sejak tahun 2009 di mana parti itu menggunakan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor untuk melaksanakan program `Mesra Rakyat'.

Dalam program mesra rakyat katanya, Umno bertujuan mengembalikan sokongan kepada kerajaan Persekutuan dengan meningkatkan imej dan kreadibiliti pemimpin sekaligus menjatuhkan imej dan kreadibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau mempersoalkan jika benar Umno jujur mahu membantu rakyat Selangor kenapa program juara rakyat itu tidak dilaksanakan di kawasan bandar.

"Kenapa dimulakan di kawasan kampung, Hulu Selangor itu kawasan kubu Umno majoriti orang Melayu dan ditumpukan di Bukit Sentosa," tegasnya.

Berhubung dengan masalah pangsapuri Bukit Sentosa katanya, kerosakan itu sudah lapan tahun dan Umno hanya membaiki tiga rumah saja sedangkan Pakatan Rakyat baru setahun mentadbir sudah baiki sebahagian rumah.

Menurut beliau, Umno yang mengakui rumah di Bukit Sentosa ibarat pangsapuri hantu melaksanakan program juara rakyat hanya untuk mengaburi mata rakyat semata-mata.

Umno sebenarnya kata beliau sudah berada dalam keadaan terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat khususnya golongan muda sebab itu di setiap siri program Juara Rakyat Umno membuka kaunter daftar pemilih.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Langat mengingatkan ahli PAS supaya jangan pandang ringan dengan segala tindakan dan dakyah yang dilaksanakan Umno.

"Kita kena kesan kehadiran pengundi hantu yang didaftar di bawah Umno sebab Umno memang serius mahu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat," tegasnya.

Di Kuala Langat jelas beliau, kaunter daftar memang dibuka di setiap pasar malam dan sehingga kini ramai golongan muda yang mendaftar dan mereka sudah berani untuk menyatakan sokongan kepada PAS.

Beliau melihat program Pakatan Rakyat terutama Memasyarakatkan Ekonomi Selangor (MES) itu lebih hebat jika dibandingkan dengan Juara rakyat.

Malangnya kata beliau rakyat Selangor tidak nampak kehebatan MES yang sudah memberi air percuma kepada rakyat, memberi bantuan kepada warga emas, bantuan pelajaran dan sebagainya.

Ini semua katanya disebabkan promosi terhad kehebatan Pakatan Rakyat membantu rakyat tidak diketahui oleh seluruh rakyat berbanding dengan Umno yang menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dan media.

Wednesday, January 20, 2010

Sah! BN takut kalah pilihan raya


Saya percaya dan yakin tahun ini akan ada lagi demonstrasi lebih 100,000 rakyat anjuran Bersih turun ke jalan raya. Jika dahulu Bersih menuntut SPR menjalankan pilihan raya secara telus tetapi kali ini lain pula ceritanya.

Bertuah betul jadi BN. Dengan senang boleh mendapat undi percuma daripada Jururawat, doktor dan wartawan.

Kalau ada pun wartawan arus perdana yang berpihak kepada PAS, DAP dan KeADILan sudah pasti mereka dicantas awal-awal.
Sampai bila pilihan raya akan dilaksanakan di padang yang sama rata? Susah berlawan dengan puak yang kemaruk harta, kekayaan dan kuasa...sapa lagi kalau bukan pimpinan Umno/BN. Daripada peringkat bahagian sampai tertinggi semuanya jenis kemaruk kuasa dan harta.

Jika SPR meluluskan hak doktor, jururawat dan wartawan mengundi pos jawabnya BN akan berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang lebih 100,000 turun ke jalan raya.

Tak percaya tunggu dan lihat. Kita akan melihat kelantangan dan keberanian Mohamad Sabu.
Lihat laporan UM di bawah:

SPR kaji perluaskan hak undi pos

PUTRAJAYA 19 Jan. – Doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.
“Kita sedang teliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

“Pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

‘‘Jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut cadangan berkaitan pengundian pos, Abd. Aziz berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan satu tempat pengundian yang sesuai kepada anggota tentera yang berkhidmat di perbatasan sekiranya jumlah yang terlibat ramai.

“Mengikut sistem pengundian pos sedia ada, pengundi kalangan anggota tentera dan polis ini boleh membawa pulang kertas undi itu ke rumah sebelum mengeposnya,” katanya.

Menurutnya, SPR juga sedang memikirkan untuk mengubah nama pengundi pos kepada pengundi awal.

“Mengikut perjalanan mengundi secara pos sekarang ini pun, mereka yang mengundi akan memasukkan kertas undi ke dalam sampul sebelum karungnya dibawa untuk penjumlahan undi.

‘‘Ini dilakukan semasa penjumlahan undi oleh pengundi berdaftar lain. Konsep pengundian pun kini bukan lagi secara pos, justeru eloklah diubah kepada pengundi awal,” katanya

Tuesday, January 19, 2010

`Cah Keting' dalam PAS, sejuahmana kebenarannya?


Apakah benar berlaku `Cah keting' atau cantas mencantas dalam PAS. Jika benar alangkah malangnya. Dalam sebuah parti gerakan Islam di mana pimpinannya memahami dan menghayati Islam tapi boleh berlaku cantas mencantas untuk naik.

Sudah pasti ahli dan pimpinan PAS mahu pemimpin yang benar-benar ikhlas dalan perjuangan. Bukan berjuang hanya mahu mengejar nama atau mencari publisiti. Pemimpin dan ahli yang berjuang kerana Allah langsung tidak mementingkan `glamor'.

Jika benar ada cantas mencantas sudah pasti ia akan merosakkan imej parti. PAS bukan seperti parti Umno. Kalau seorang pimpinan itu hendak naik biarlah perwakilan yang memilihnya dalam muktamar tahunan.

Jangan ada pimpinan yang menyekat nama orang lain semata-mata mahu menjaga diri supaya terus berada di peringkat atasan. Jika ada perwakilan mencalonkan nama orang baru untuk menjadi pimpinan kanan, biarkan jangan diberi kata dua kepada calon tersebut.

Tak molek rasanya saya hendak mengulas panjang lebar tentang `cah keting' ni...tapi dah pimpinan Mursyidul Am dan disokong oleh pimpinan kanan PAS pula...jadi saya sentuh sikit je la

Ikuti laporan berita berikut dari Utusan Malaysia:

Pemimpin tamak punca 'cah keting'

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kewujudan pemimpin yang tamak dengan pangkat, pengaruh serta kedudukan menjadi punca budaya 'cah keting' mula menular dalam Pas sekali gus mencemarkan imej parti itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun beliau tidak mengetahui sejauh mana seriusnya masalah tersebut, tetapi jika itu yang berlaku, sudah tentu ia memberi tamparan hebat kepada Pas sebagai sebuah parti berteraskan Islam.

Kata beliau, selama ini semua pemimpin serta ahli parti telah dididik supaya menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan.

Justeru, menurutnya, budaya 'cah keting' atau cantas-mencantas sepatutnya tidak berlaku di dalam Pas.

"Perbuatan cantas-mencantas, , jatuh-menjatuhkan pemimpin lain bukan cara Pas. Kita tidak pernah diajar untuk berbuat demikian, sebaliknya kita diajar untuk ikhlas dalam perjuangan dengan menjadikan Islam sebagai matlamat utama.

"Budaya ini sebenarnya berpunca daripada wujudnya pemimpin yang mempunyai agenda peribadi serta kepentingan sendiri. Cita-cita mereka cuma untuk mendapatkan pangkat, pengaruh serta kedudukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan terbuka Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa wujud budaya 'cah keting' dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ketika memberi reaksi berhubung isu tersebut turut mengesahkan kewujudan amalan itu di dalam Pas.

Menurut Salahuddin, perbuatan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ahli-ahli Pas juga merupakan manusia biasa yang mempunyai kekurangan.

Sementara itu, Nasrudin berkata, dalam konteks kepimpinan, Islam mahu umatnya taat kepada pemimpin yang berjuang atas landasan agama dan bukannya keduniaan.

"Pemimpin seperti ini yang wajib kita berikan ikrar taat setia dan wajib kita berikan peluang untuk terus menerajui Pas. Kita mahu pemimpin yang benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam," katanya.

Nasrudin mengakui amalan tersebut boleh merosakkan sesebuah parti sekiranya dibiarkan berlarutan apatah lagi ia membabitkan sebuah parti Islam.

"Dewan Pemuda Pas amat berharap semua pemimpin dan anggota sedar terhadap tanggungjawab melaksanakan cita-cita Islam. Hanya Islam matlamat kita.

"Hentikanlah perbuatan 'cah keting' ini kerana ia hanya mencemar dan merosakkan parti kita," ujarnya.

Sunday, January 17, 2010

Apakah PAS lupa isu bahasa Melayu?


Apakah tumpuan PAS dalam isu lain hingga lupa isu bahasa Melayu yang patut jadi agenda perjuangan?

Walaupun kerajaan memutuskan pengantar matematik dan sains akan ditukar kepada bahasa Melayu pada 1012 tetapi ia bukan isu yang patut kita lupa.

Sikap berdiam pihak PAS yang bertanggungjawab menangani isu tersebut menjadikan isu bahasa lesu tidak sebagaimana ia panas menjelang pilihan raya umum 2008.

Patutnya kita perlu jadi batu api supaya kita selalu dapat bakar Umno sebaliknya sikap kita mudah lupa terhadap isu dan perjuangan seseorang kita akhirnya mati kutu.

Berikut laporan berkaitan:

Gapena Dakwa Wujud Pemimpin Melayu Tidak Cintakan Bangsa Sendiri

KANGAR, 17 Jan (Bernama) -- Gabungan Penulis Nasional (Gapena) melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri.

Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri.

"Sebagai contoh, ada pemimpin Melayu yang bersikap anti sastera Melayu," katanya semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri di sini hari ini.

Selain itu, beliau berharap bangsa Melayu terus dimartabatkan sewajarnya dalam gagasan 1Malaysia.

Menurutnya Gapena telah mengadakan hubungan dengan hampir semua kelompok Melayu di seluruh dunia dan ini menunjukkan kaum Melayu begitu besar dan bangsa itu perlu dimartabatkan.
Seminar anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Gapena dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) itu dihadiri kira-kira 100 peserta daripada pelbagai pertubuhan budaya dan sastera di Perlis.
Layari nanbinjai.blogspot.com

Friday, January 15, 2010

Pemangku Raja jadi Imam solat hajat


Seronok dengar cerita di Kelantan. Pemangku Raja, Rengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat.

Petikan Harakahdaily

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

Thursday, January 14, 2010

Harga gula tak turun Muslimat demonstrasi


Hebat... Dewan Muslimat PAS negeri Selangor mengajak rakyat seluruh Selangor supaya berdemonstrasi jika tuntutan menurunkan harga gula pada harga asal tidak dilayan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.

Barulah puas hati rakyat tengok pimpinan Muslimat PAS berani dan bersungguh-sungguh mahu membela dan menjaga kebajikan rakyat. Bukan setakat seronok menjadi pemimpin, selepas dipilih menjadi pemimpin tenggelam, buat hal sendiri. Mana boleh macam tu.


Ekoran harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen bermula malam 1 Januari lalu, Muslimat PAS Selangor diketuai Wan Hasrina Wan Hassan telah menghantar memorandum menuntut harga gula dikembalikan pada harga asal RM1.45, di pejabat Ismail Sabri, Putrajaya, petang Rabu lalu.

Ini yang tak seronok setiap kali PAS menghantar memorandum tak pernah dapat berjumpa dengan Menteri berkenaan. Seingat saya, ada beberapa kali saja PAS dapat menyerahkan sendiri memo kepada Menteri berkenaan.


Seperti Dato' Seri Nazri Abdul Aziz dan Dato' Seri Noh Omar. Muslimat PAS Selangor hanya berpeluang menyerahkan memo kepada Setiausaha Politiknya, Azizan Che Omar dengan mengadakan sesi perbincangan.

Dalam sesi perbincangan itu, Azizan berjanji akan menyerahkan memo tersebut kepada Ismail Sabri dan akan membuat kajian semula berpandukan tuntutan Muslimat PAS Selangor.

Dalam perbincangan tersebut, berkali-kali Azizan menegaskan kerajaan menaikkan harga gula untuk mengawal penyakit diabetis yang kritikal dihadapi rakyat. Saya mengajukan soalan kepada Azizan, apa rasionalnya diabetis dengan kenaikkan harga gula.


Gula bukan hanya dibancuh dalam air tetapi gula juga dibubuh dalam semua jenis masakan terutama bagi mereka yang tidak gemar menggunakan perasa makanan. Alasan saya itu dipersetujui oleh Azizan melalui anggukan kepalanya dan beliau berkata..`ya la...'


Mungkin kerajaan tidak nampak kesan akibat kenaikan harga gula tetapi yang paling terkesan adalah rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Kita tengok tahap mana kesungguhan dan keprihatinan kerajaan BN yang mengagungkan `Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'....

Tuesday, January 12, 2010

Mesti cerdik: Pelajar pakai topeng


Pelajar wanita Mesir pakai topeng muka ganti purdah

KAHERAH - Beberapa pelajar perempuan di Universiti Kaherah memakai topeng muka sebagai ganti purdah berikutan arahan terbaru kerajaan yang mengharamkan pemakaian tudung menutup wajah dalam dewan peperiksaan.


Mesir melarang pemakaian purdah semasa peperiksaan universiti selepas segelintir pelajar menyamar mengambil kertas ujian bagi pihak pelajar lain.Dekan Fakulti Sains di Universiti Kaherah, Mohamed Saleh adalah antara pegawai yang bertanggungjawab memantau keadaan di dewan peperiksaan bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi.


Bagaimanapun, beliau membenarkan beberapa pelajar memakai topeng muka untuk menutup wajah mereka.

Muslimat Selangor hantar memo kenaikan harga gula


Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan
memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok.

Mewakili suara wanita Selangor beliau menyeru penglibatan semua wanita khususnya suri rumah supaya turun bersama-sama ke Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga gula.

Berhubung kenyataan Sabri yang tidak memberi jaminan tentang harga gula akan kekal pada RM1.65, beliau menegaskan Muslimat Selangor akan mengadakan demo bagi membantah kenaikan tersebut.

Beliau menyelar sikap pimpinan Umno/BN yang ingin menjuarai suara rakyat tetapi dalam masa yang sama kehidupan rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga barang-barang asas.

"Saya berharap semua wanita Selangor dan seluruh negara akan turun membantah kenaikan harga gula esok petang di Putrajaya," tegasnya.

Monday, January 11, 2010

Tuan Ibrahim merasai denyut nadi rakyat


Akhlak mulia Khalifah Umar al-Kattab dizaman kemelesetan ekonomi ialah sering utamakan rakyat dahulu makan sebelum dirinya. Rakyatnya enak makan daging unta sedangkan dirinya hanya makan buah tin.

Apabila ada orang yang memberi makanan daging bahagian yang enak kepadanya, beliau berkata: "Celaka pemimpin yang makan sedap sedangkan rakyatnya kelaparan."Kalau akhlak seumpama ini ada pada orang PAS rasanya dah lama PAS menang.

Kelihatan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dibelakang tetamu berbaju kuning sedang beratur bersama rakyat untuk mengambil makanan di program hi-tea anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paya Jaras, Sungai Buluh, petang semalam. (Ahad - 10 Jan). layari nanbinjai.blogspot.com

Sunday, January 10, 2010

Bakar gereja provokasi pihak tertentu wujud ketegangan


Oleh: SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kontroversi penggunaan kalimah `Allah' negara dikejutkan dengan insiden tiga buah gereja di Selangor yang dibaling dengan bom petrol oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengutuk keras tindakan melampau pihak-pihak yang terbabit dengan insiden malam Jumaat lalu.

Menurut beliau, dalam Islam adalah haram memusnahkan atau merosakkan rumah ibadat agama lain.
Gereja terlibat, gereja Assumption bersebelahan hospital Assunta; gereja di Seksyen 17, Petaling Jaya dan gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati.

Beliau tidak menolak mungkin insiden tersebut dirancang oleh pihak tertentu untuk mewujudkan suasana ketakutan dan tidak selamat serta ketegangan kaum dan agama.

"Saya tidak menolak kemungkinan besar di belakang peristiwa-peristiwa begini ialah orang-orang politik tertentu dalam Umno," tegasnya.

Ini kerana tambah beliau, Umno sudah tidak mendapat sokongan rakyat dan mereka telah beberapa kali mengingatkan rakyat akan berulang peristiwa 13 Mei.

Cara itu katanya, merupakan satu ugutan supaya rakyat kembali menyokong Umno.

Beliau berkata,insiden perarakan kepala lembu di hadapan pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu antara perancangan mereka yang gagal untuk membangkitkan kemarahan umat Islam dan Hindu.

"Saya mengingatkan rakyat supaya jangan terperangkap dengan agenda politik Umno/BN yang sudah tidak mampu memikat rakyatnya dengan agenda `1Malaysia'," tegasnya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya jangan melampau dalam mengambil tindakan terhadap agama lain kerana akhirnya akan menimbulkan kebencian penganut agama lain terhadap mesej keadilan yang dibawa oleh Islam.

Katanya, insiden tiga gereja itu bukan satu tindakan jihad tetapi keganasan jika hendak berjihad lengkapkan diri dengan ilmu Islam dan sedia untuk berdakwah di mana saja dengan menjadi mubaligh Islam.

Beliau sedih dengan insiden itu dan mohon supaya rakyat beragama katolik bersabar serta tenang dan tidak melatah dengan provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab.

Gula-gula...guna-guna...gula-gula

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa akan bagi gula-gula memujuk anak-anak mereka. Anak menangis ditawarkan gula-gula boleh senyap. Selepas itu hilang merajuk malah boleh bertenggek manja dekat atas peha ibu bapa. Anak bapak....

Namun ada juga anak yang cerdik. Dia tahu mak bapak dia rasuah untuk hilang rajuk dia maka dipulang paku buah keras kat mak bapak dia katanya: "Gula-gula tak bagus la mak... tidak baik untuk kesihatan... gigi rosak makan gula-gula."

Mak bapak yang nak perkena anak malu tersipu sama ada dia kurang cerdik atau nak cerdik daripada dia hingga tidak termakan rasuah.

Bagaimanapun ada orang kata makin tua jadi macam budak. Berbalik dengan kisah tadi budak pulak jadi cerdik daripada orang tua.

Ini kisah selingan kalau tidak faham mungkin mudah diguna-guna untuk digula-gulakan BN tengok berita dibawah:

Geran Bantuan Setengah Juta Tempatkan Semula Gereja - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bagi membolehkan pihak pengurusan gereja terbabit membangunkan tapak gereja yang lain agar dapat menjalankan urusan pentadbiran dan para penganut Kristian beribadat.

Menurutnya, peruntukan itu juga sebagai tanda simpati dan keikhlasan kerajaan untuk membantu pihak gereja berkenaan.

“Saya harap semua pihak akan bersikap tenang dan komited untuk menjaga keadaan harmoni dan hubungan baik antara kaum dan agama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Najib melawat gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini.

Awal pagi semalam, tiga buah gereja dibaling dengan bom buatan sendiri.

Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Najib berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden gereja dibakar tersebut.

“Perbuatan seperti membakar tempat beribadat orang lain yang beragama lain ialah perbuatan yang sangat terkutuk bukan saja di sisi undang-undang negara tetapi dari segi agama islam, kita dilarang lakukan perkara seperti ini.

“Dalam Al-Quran, Allah menegah perbuatan seperti ini, 'jangan kamu cerca benda-benda yang mereka sembah lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan'.

“Maksud ayat ini bahawa apa-apa tindakan seperti maki hamun, rosak apa benda berkaitan kepercayaan dan anutan agama lain adalah ditegah dan dilarang oleh agama kita,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak tidak lakukan perkara-perkara seperti membakar gereja.

Ditanya mengenai wujudnya tuduhan walaupun kerajaan belum melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes-kes tersebut, Najib berkata, pihak berkenaan suka menuding jari kerana mempunyai agenda politik.

“Saya kutuk cara seperti ini sebab kita tidak boleh mempolitikkan insiden-insiden atau perkara-perkara sedemikian.

“Kita mesti mengambil sikap tanggungjawab untuk menenangkan keadaaan dan mencari penyelesaian terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan menyediakan peruntukan lain, Najib berkata: “Inilah tempat yang paling berat sekali berlaku.”

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa apa yang berlaku adalah ekoran kes kalimah Allah dibincangkan secara terlalu terbuka , Najib berkata: “Tak apalah..itulah pendapat mana mana pihak, ada macam-macam pendapat.”

Sementara itu, ketua paderi gereja terbabit, Reverend Ong Sek Leang berkata, pihaknya dan seramai 1,700 para penganut Kristian di gereja itu menyambut baik peruntukan tersebut.

“Saya rasa ia amat menggalakkan, dan sangat membantu. Kami memerlukan pejabat baru, barangkali di tempat baru ekoran kemudahan di sini telah musnah sama sekali,” katanya.

Summary only...

Friday, January 8, 2010

PAS Selangor kutuk serangan `bacul' gereja


Oleh: SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa simpati dan sedih dengan tindakan pihak yang membaling koktel molotov ke dalam dua buah gereja sehingga menyebabkan sebahagian gereja tersebut rosak dan tidak boleh digunakan.

Ketua Penerangan, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir menegaskan, serangan seumpama itu tidak pernah berlaku dalam negara dan tindakan itu langsung tidak mencerminkan adat, budaya dan kepercayaan mana-mana rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan, PAS Selangor mengingatkan dan memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak yang mahu mewujudkan keadaan huru hara dan mengekspolitasi suasana yang tenang dan bertamadun di negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Kita rasa simpat kepada pihak gereja yang terbabit dan mohon supaya ahli PAS Selangor bersabar dan mendoakan keselamatan negeri ini," katanya.

Ditanya kemungkinan tindakan itu ada kaitan dengan bantahan pihak Umno terhadap penggunaan kalimah Allah katanya, mungkin akibat isu itu dipanaskan lagi dengan tindakan membakar gereja.
Menurut beliau, PAS Selangor akan membuat lawatan ke gereja-gereja yang terbabit dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Selangor kecewa dengan insiden tersebut kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama sepatutnya wujud perpaduan dan keharmonian serta masing-masing menghormati antara satu sama lain.

Menurut Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan, serangan itu satu tindakan yang mencemarkan dan kemungkinan ia bukan perbuatan orang Islam tetapi provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ia bertujuan menimbulkan kekecohan dan melaga-lagakan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara kita khsususnya di Selangor," tegas beliau.

Sehubungan itu, Muslimat PAS Selangor mendesak pihak polis mengambil satu tindakan agresif dan tegas serta segera dalam menyiasat kes itu demi menjaga krediabiliti institusi keselamatan.

Beliau tidak menafikan insiden itu ada kaitan dengan agenda politik sebab suasana sekarang pihak yang bersungguh-sungguh dan mempolitikkan isu agama adalah Umno.

Menurut beliau, dibimbangi jika diteruskan generasi muda yang tidak dikawal akan terus melakukan insiden lebih teruk lagi di Selangor dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Kita yakin insiden itu tidak melibatkan ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat Selangor sebab dalam Pakatan Rakyat kita sentiasa menghormati antara satu sama lain," katanya.

Insiden membaling koktel-koktel molotov berlaku jam 12.30 pagi Jumaat lau apabila sekumpulan pemuda membaling bahan mudah terbakar ke arah tingkat bawah gereja The Metro Tabernacle yang terletak pada sebuah lot kedai.

Akibatnya, dua buah geraja iaitu Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.

Kemudian, pada pukul 4 pagi, koktel-koktel molotov dilontarkan ke gereja The Assumption tetapi difahankan tidak mendatangkan kerosakan.

Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila sekumpulan pemuda menunggang motosikal ke gereja itu, memecahkan panel gelas di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu dan seterusnya membaling bahan-bahan tertentu ke dalam premis sebelum terbakar.

Najib hadapi krisis kewangan untuk berjoli


Tahun baru di Malaysia disambut dengan kenaikan harga roti dan gula. Sebelum itu kita dikejutkan dengan tindakan kerajaan akan mengenakan cukai barangan perkhidmatan (GST).Kad kredit pula dikenakan caj RM50. Kenapa semua ini amat tidak menyenangkan bagi rakyat Malaysia yang miskin sehingga kepada golongan sederhana.

Selepas ini harga petrol pula dijangka naik. Ia satu igauan ngeri rakyat Malaysia terutama pengalaman lalu pada Mei 2008 dimana berlaku kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus. Golongan kaya yang tidak seberapa kaya dan baru nak kaya pun bersungut dengan karenah kerajaan sejak akhir ini seolah turut memberi kesan kepada baget mereka.

Ini merupakan hadiah besar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat terutama mereka yang mempunyai hati tetap dan sentiasa sokong BN.Kerajaan Umno seolah menyatakan kepada kita bawah kerajaan tidak ada duit untuk rakyat tetapi bagi kesombongan dengan kemewahan serta perangai mereka berjoli sakan ada pulak duit.

Pertandingan piala monsun di Terengganu menghabiskan RM300 juta lebih bagi sekali penganjuran. Apa hasil untuk rakyat. Nasi dagang tetap tak habis untuk dimakan.Orang putih masih tak kenal nasi dagang pun. Kain batek dan songkek Terengganu tetap kena buat promosi sendiri tidak boleh bergantung dengan penganjuran piala monsun berjuta ringgit.

Tahun ini pula banyak wang mahu digunakan bukan untuk rakyat tetapi untuk lumba kereta F1.Sementara itu Bernama melaporkan:Dua harga petrol bermula Mei 1

PETALING JAYA, Jan 7 — Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan."Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol."Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

"Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih," katanya.Ismail berkata kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula, katanya.Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

"Tahun lepas kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lepas, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga," katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lepas.

Kenyataan lanjut sila layari nanbinjai@blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

Sukar mencari sahabat dalam politik


Sahabat mempunyai erti kata yang cukup mendalam untuk ditafsirkan. Dalam dunia politik yang sentiasa bergolak, sahabat amat diperlukan untuk memberi pandangan, kritikan dan semangat. Bagaimanapun, sukar untuk mencari sahabat dalam dunia politik.

Gambar: (Ustaz Idris Ahmad, Shamsul Iskandar dihadapan Kompleks FRU, Cheras menunggu peserta demonstrasi ISA dibebaskan. Salahuddin Adnan (sebelah wartawan) antara peserta kecil yang turut ditahan) Apakah ini yang dinamakan sahabat.

Wartawan dan ahli politik sering memerlukan. Wartawan mengejar ahli politik untuk mendapatkan berita-berita terkini.

Manakala ahli politik mencari wartawan mahu `publisiti'. Jika ahli politik tidak mesra wartawan, sering menyalahkan wartawan dan `kedekut' senyuman serta kemesraan; bagaimana wartawan hendak rapat dengan ahli politik tersebut.

Seorang ahli politik yang ingin berjaya dalam dunia politik, mereka perlu mempunyai daya ketahanan, kesungguhan dan paling mustahak `mesra wartawan'. Menyantuni wartawan. Barulah wartawan dengan lapang dada dapat menjejaki segala aktiviti ahli politik untuk diketengahkan.

Jika wartawan dikhianati dimusuhi macam mana hendak berjaya dalam politik. Apa pun media amat penting dan berperanan menaikkan dan menjatuhkan seseorang ahli politik, pegawai kerajaan, pengurus besar dalam syarikat atau apa saja.

Bagi saya bukan saja ahli politik perlu `mesra wartawan' tetapi semua pihak. Tidak kira seseorang itu sebagai pengurus besar ke ahli perniagaan ke, kerani ke...atau apa saja jawatan; yang penting menghormati hak wartawan.

Kepada mereka yang berkedudukan dalam politik dan berjawatan dalam syarikat jangan asyik hendak mencari kesalahan wartawan tanpa muhasabah diri sendiri. Jangan hanya nampak kuman di seberang laut, tapi gajah di depan mata pura-pura tak nampak.

Jangan cari pasal dengan wartawan. Bukan hendak sombong dengan jawatan tersebut tetapi jika diri dikhianati wartawan pun ada hak untuk menggunakan kuasa menjatuhkan dan menaikkan seseorang, tak kira mereka itu ahli politik atau pegawai tinggi Jabatan dan syarikat.

Justeru, jangan kerana ada kuasa kita boleh menggunakan `kuasa veto' itu dengan memperlekeh orang lain. Kita suruh orang lain bermuhasabah tetapi kita sebagai pemimpin langsung tidak bersedia untuk bermuhasabah.

Sedar dan insaflah...dugaan Allah bukan saja ketika manusia itu berada dalam kesusahan, kemiskinan tetapi kakayaan, jawatan tinggi, dihormati dan disanjung itu juga merupakan dugaan Allah yang paling berat. Jangan fikir Allah bagi kita kesenangan dan penghormatan, kita sudah terlepas daripada dugaan Allah.

Fikir-fikirkan lah!

Anjing serang orang laung `Allah hu Akhbar'


Di Malaysia sedang sibuk membicarakan penggunaan nama Allah dengan masing-masing pihak mengemukakan hujah serta pendapat.Bagaimanapun di Israel hak bersuara disekat.
Jika anda berteriak atau berdemontrasi menyebut kalimah `Allahu akbar' anda boleh diserang anjing penyerang tentera Israel.Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Israel, Ahmed Tibi.Menurut laporan tentera Israel didakwa melatih anjing untuk menyerang orang yang berteriak kalimah "Allahu Akbar."

Informasi ini pertama kali disiar radio tentera Israel oleh korespondennya, Carmela Menashe. Kecurigaan itu dikuatkan lagi laporan Ahmed Tibi, warga Arab berkata dalam sidang Parlimen bahawa kalangan orang tua dalam tentara Israel menyaksikan sendiri bagaimana anjing tentera itu dilatih untuk menyerang orang yang meneriak kalimah "Allahu Akbar".

Ia ditunjuk dalam satu demontrasi unit anjing penyerang tentera Israel."Anjing tentera Israel dilatih untuk menyerang dan menerkam orang-orang Arab yang meneriak kalimah "Allahu Akbar," kata Tibi di hadapan anggota parlimen.Walaupun radio tentera Israel sendiri yang pertama kali melaporkan informasi tersebut, namun pihak tentera Israel menafikannya."

Salah satu dari kemampuan yang dimiliki unit anjing kami adalah melatih anjing itu untuk mengenal musuh yang mengenakan seragam atau yang berpakaian awam," demikian kenyataan IDF. (ln/hrz)

Tuesday, January 5, 2010

Bersediakan wanita berdemo kerana gula naik harga


Perasa masakan biasanya wanita dan sudah tentu golongan ini paling terasa apabila kerajaan menaikkan harga gula kepada RM1.65 tetapi kedai runcit jual RM1.70.Orang lelaki biasa main pakai mudah, beli sahaja kuih kat kedai habis cerita tetapi kalau anak ramai tidak mampu juga beli kuih hari-hari.

Jadi buat kuih kat rumah. Soalnya harga gula sudah naik maka bertambah baget buat kuih. Ini yang memening kepala orang ramai kesan daripada kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen.

Apakah rakyat terpaksa menerima hakikat semua barang naik harga dan tidak akan menemui lagi harga yang dinikmati sebelum ini. Namun begitu orang perempuan cukup marah dengan kerajaan sekarang. Apakah mereka sedia berdemo.

Muslimat wajar anjur demo bantah kenaikan gula


Ekoran harga gula dinaikan 20 sen menjadi RM1.65 sen sekilo, ramai suri rumah yang merungut. Sebab dah lah gula naik harga, kebetulan pula buka persekolahan. Baru habis duit beli peralatan sekolah, baju sekolah, beg, kasut. Di tambah pula dengan yuran tambahan persekolahan, aduh kalau satu anak peruntukan sekitar RM500 berapa ribu untuk mereka yang mempunyai anak lebih lima orang.

Itu belum duit belanja setiap hari. Tambang bas dan lain-lain. Botak juga kepala ibu bapa hendak fikir dan mencari duit belanja anak-anak. Dalam suasana tekanan begini sudah tentu rakyat mengharapkan ada satu badan atau persatuan yang membantah tindakan kerajaan menaikkan harga gula. Sudah tentu...

Macam bantahan terhadap kenaikan harga minyak petrol. Ramai rakyat yang turun. Sebab mereka menggunakan petrol kalau ada bantahan terhadap kenaikan gula sudah tentu Putra jaya dipenuhi dengan golongan wanita. Sebab golongan wanita yang paling terasa dengan kenaikan harga gula.

Apa taknya...minum pagi sebelum suami dan anak-anak pergi ke sekolah tentu air bergula disediakan. Nak minum sirap, oren kalau tak bubuh gula tentu anak-anak tak hendak minum. Petang minum teh mesti bubuh gula.

Nak buat cekedok manis tentu gula. Nak buat kuih lagi la...mana ada kuih yang tidak bergula. Cuba Rosmah senaraikan kuih-kuih yang tidak bergula...

Dengar cerita Muslimat PAS Selangor hendak buat demo dan menghantar memorandum kepada pak menteri yang berkaitan. Baguslah kita memang menanti saat keberanian dan kelantangan Muslimat PAS.

Bila lagi hendak berani menentang kezaliman Umno/BN. Tak usah mengharap muslimin sebab muslimin pun tak berminat hendak menganjurkan demonstasi menentang kenaikan harga gula.

Mungkin Putrajaya sekali lagi akan bergema dengan laungan `Turun BN, undur Najib...Umno zalim dan sebagainya...'

Saya teringat ketika Dewan Muslimat PAS Pusat diera kepimpinan Toh Puan Fatimah Ibrahim, AJKnya Wan Hasrina Wan Hassan mengadakan demonstasi di Dataran Putrajaya.

Punyalah penuh dataran Putrajaya dengan trak polis. Terkejut sebab yang hantar memorandum muslimat tak ada pun muslimin. Kalau ada pun Unit Amal...Saya sebagai wartawan, tergelak sebab yang hantar memorandum kecik je orangnya. Tubuh Wan Hasrina halus je tapi yang mengepung dan mengawal (pak-pak polis) lebih 500 orang.
Walaupun mempunyai tubuh yang kecil namun beliau mempunyai semangat yang gigih dan berjiwa besar. Dengan senyuman beliau menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak polis. Tabik spring saya ketika itu dengan keberanian dan kelantangan Wan Hasrina Wan Hassan yang kini diamanahkan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor merangkap AJK DMPP.

Mungkin kalau Muslimat Selangor buat demonstasi dengan menghantar memorandum tentu jalan sesak dan Putrajaya tak ada ruang untuk muslimat masuk...kita tunggu ya.

Kenyataan Rasmi PAS

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11Perlembagaan Persekutuan.Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Posted by nanbinjai.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

Apakah kelantangan Pemuda PAS sudah tenggelam?


Seingat saya sejak lima buah negeri dikuasai Pakatan Rakyat belum ada lagi perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat. Sebaliknya, bantahan atau `demo' Pemuda PAS ketika di era kepimpinan Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ibarat `irama dengan lagu'.

Sikit-sikit demo...malam ini kerajaan BN mengumumkan kenaikan petrol, esok sudah ada kenyataan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan demo membantah tindakan tersebut. Begitu juga kenaikan harga barangan atau apa sahaja isu yang menyentuh kebajikan rakyat serta umat Islam.

Demo sudah bertukar tangan. Sejak Umno/BN banyak kalah di lima buah negeri, mereka menguasai demo. Sehingga ada yang sanggup menyamar sebagai ahli PAS (Bahagian) Gombak. Kelakar..nak tipu tak teliti PAS guna bahagian ke Kawasan.

Menyambut tahun 2010 rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Sebelum itu pemegang kad kredit dikenakan caj RM50. Kenaikan yuran makanan asrama daripada RM1 sehari pada RM3 sehari. Roti putih tiada subsidi lagi. Yuran tambahan sekolah dikenakan semula. Banyak la isu yang menekan kehidupan rakyat.

Belum menyentuh hal luar negara lagi. Tapi kenapa kelantangan suara Pemuda PAS yang suatu ketika dahulu pantang dicabar, seolah-olah senyap. Baguslah Ketuanya, Ustaz Nasharuddin Tantawi mengeluarkan kenyataan, tetapi sejauh mana kepekeaan Najib dan pimpinan Umno mahu mendengar desakan daripada kenyataan tersebut.

Sekarang ini pimpinan Umno sedang memujuk rakyat supaya kembali menyokong mereka. Sebab itu Najib berazam mahu bersama rakyat. Mahu melihat penderitaan rakyat, kesusahan rakyat. Kenapa Pemuda PAS tidak menggunakan peluang ini untuk menekan Najib dan kerajaan Umno/BN?

Suara rakyat adalah suara keramat. Jika bantahan dilakukan setiap minggu atau setiap bulan dan mendapat liputan media daripada luar negara, sudah tentu pimpinan Umno kecut perut. Apa erti `mahu bersama rakyat' jika barang-barang asas semua naik?

Apakah Pemuda PAS sudah tidak ada kelantangan atau keberanian untuk mengetuai bantahan? Mungkin cara pendekatan setiap Ketua berbeza. Betul...tetapi bukankah Pemuda itu mesti berjiwa berani, pantas, cekal, tangkas...

Dah lama ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat tidak merasai semburan gas pemedih mata, siraman air berkimia serta hentakan cota FRU.