Friday, January 8, 2010

Najib hadapi krisis kewangan untuk berjoli


Tahun baru di Malaysia disambut dengan kenaikan harga roti dan gula. Sebelum itu kita dikejutkan dengan tindakan kerajaan akan mengenakan cukai barangan perkhidmatan (GST).Kad kredit pula dikenakan caj RM50. Kenapa semua ini amat tidak menyenangkan bagi rakyat Malaysia yang miskin sehingga kepada golongan sederhana.

Selepas ini harga petrol pula dijangka naik. Ia satu igauan ngeri rakyat Malaysia terutama pengalaman lalu pada Mei 2008 dimana berlaku kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus. Golongan kaya yang tidak seberapa kaya dan baru nak kaya pun bersungut dengan karenah kerajaan sejak akhir ini seolah turut memberi kesan kepada baget mereka.

Ini merupakan hadiah besar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat terutama mereka yang mempunyai hati tetap dan sentiasa sokong BN.Kerajaan Umno seolah menyatakan kepada kita bawah kerajaan tidak ada duit untuk rakyat tetapi bagi kesombongan dengan kemewahan serta perangai mereka berjoli sakan ada pulak duit.

Pertandingan piala monsun di Terengganu menghabiskan RM300 juta lebih bagi sekali penganjuran. Apa hasil untuk rakyat. Nasi dagang tetap tak habis untuk dimakan.Orang putih masih tak kenal nasi dagang pun. Kain batek dan songkek Terengganu tetap kena buat promosi sendiri tidak boleh bergantung dengan penganjuran piala monsun berjuta ringgit.

Tahun ini pula banyak wang mahu digunakan bukan untuk rakyat tetapi untuk lumba kereta F1.Sementara itu Bernama melaporkan:Dua harga petrol bermula Mei 1

PETALING JAYA, Jan 7 — Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan."Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol."Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

"Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih," katanya.Ismail berkata kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula, katanya.Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

"Tahun lepas kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lepas, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga," katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lepas.

Kenyataan lanjut sila layari nanbinjai@blogspot.com

No comments: