Tuesday, February 23, 2010

Jeng..jeng...esok ada berita baru untuk rakyat

Tarif Elektrik Dijangka Naik

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Menurut Bernama, Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik itu esok. Peter Chin berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."

Mudah ke dapat reda Allah?


"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah,apa lah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat keredaan Allah SWT, " peringatan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Merujuk kenyataan Tok Guru ni mungkin ramai pimpinan yang takut untuk memegang jawatan. Jawatan dalam parti, negeri dan negara.

Apa saja jawatan pastinya ia merupakan amanah yang mesti dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan keinsafan. Jawatan bukan satu perkara yang enteng. Ia tanggungjawab yang cukup besar dan akan dipersoal oleh Allah SWT.

Sedangkan manusia yang tidak berjawatan hanya menjadi hamba Allah pun akan dipersoalkan selepas dibangkitkan nanti. Kemana pergi kaki yang dipinjamkan oleh Allah, adanya telinga untuk mendengar kuliah agama atau mendengar umpatan, adanya mulut untuk memuji kebesaran Allah atau menabur fitnah.

Berat menjadi hamba Allah ni...lebih-lebih lagi mereka yang diamanahkan sebagai pimpinan gerakan Islam, pertubuhan, kelab begitu juga pemimpin rakyat iaitu wakil rakyat.

Dalam berat tanggungan itu pun ramai juga mereka yang berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan dalam mana-mana pemilihan pimpinan parti, sama ada Umno, MCA, MIC begitu juga PAS.

Apabila musim pemilihan bermulalah gerakan bawah tanah dengan menyusun pelbagai strategi untuk menjatuhkan, menendang dan meniarapkan mana-mana pimpinan yang tidak diminati.

Hanya mereka yang menginsafi betapa beratnya menjadi hamba Allah tidak akan berebut-rebut memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan dan parti.

Untuk mendapatkan keredaan Allah bukan setakat melaksanakan tugas menjaga kebajikan rakyat, tidak merompak harta rakyat tetapi lebih penting `mengikhlaskan' hati dalam apa juga tindakan dan perbuatan.

Senang ke hendak ikhlaskan hati? Macam mana hendak ikhlas kalau program tidak mendapat liputan media habis satu negara tahu kelemahan pihak media tersebut.

Pimpinan gerakan Islam ada macam ni ke? Tepuk dada tanya diri sendiri...

Macam-macam cerita orang politik

Penat rupanya nak melayan karenah pimpinan dalam parti. Tidak kira parti Umno, DAP, MCA, MIC, Gerakan mahupun PAS. Ada saja yang tidak kena.

Dahulu kita sering mendengar ahli Umno, DAP, MCA, MIC dan Gerakan khususnya di peringkat akar umbi sentiasa tertekan dengan karenah pimpinan mereka.

Media terus rancak menyiarkan berita begitu. Memang pihak media suka berita-berita kontroversi ni.

Apa yang dialami oleh ahli akar umbi parti BN tidak mustahil turut dialami oleh akar umbi dalam parti gerakan Islam (PAS).

Ramai yang tertekan dengan sikap berkepentingan pimpinan terutama selepas PAS banyak mendapat kerusi di beberapa buah negeri.

Jika sebelum menjadi YB mereka boleh minum di gerai, bertepuk tampar, tidur di markas satu bantal tetapi selepas bergelar YB sahabat yang sebantal setilam ditinggal begitu saja.

Tapi perkara itu tidak berlaku kepada semua pimpinan PAS. Ramai lagi yang baik akhlak dan memelihara moral jemaah. Akur dengan kehendak kepimpinan dan tidak bersikap `menentang arus'.

Apapun PAS lebih baik daripada Umno, tetapi ahli PAS yang bagaimana ya?

Sunday, February 21, 2010

Kerajaan adil pihak asing tidak berani campur tangan


Friday, 19 February 2010 20:46 EditorKUALA TERENGGANU -

Dalam satu sidang media di Kuala Ibai hari ini, Presiden PAS telah diajukan soalan tentang campurtangan asing dan kedudukan sistem kehakiman negara masakini.

Beliau telah menggesa supaya integriti badan kehakiman dipulihkan bagi menghilangkan krisis keyakinan rakyat terhadap badan tersebut

Beliau ditemui wartawan selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu di Markaz PAS Kuala Ibai, hari ini 19 Februari, 2010 (Gambar).

Berikut adalah transkrip Penuh Soal Jawab, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika di temui wartawan dari beberapa media utama;

S: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campurtangan tersebut?

J: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik. Khususnya, mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh.

Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat.

Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu Negara kita sebuah Negara yang berdaulat. Dan tidak perlu kepada campur tangan asing. Apa lagi dari Negara-negara barat, Negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur.

Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

S: Jadi, pada pandangan Dato’ Seri campur tangan asing itu tidak bolehlah?

J: Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah, kita ada kehebatan jika tidak hilang kehebatan kita.

S: Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

J: Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan.

Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

S: Maksud Dato’ Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

J: Ya, krisis…krisis..keyakinan yang berlaku.

S: Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?

J: Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.

: Dato’ Sri, Ekoran campur tangan Australia ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?

: Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nok bantah orang campur tangan jika kita sendiri tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki ‘diri’ (kelemahan) kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, Negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

S: Dato’ Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

J: Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhamad SAW sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini. Dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi SAW tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.Sumber Buletin Online

Pakatan Rakyat desak sidang Parlimen tergempar


Keengganan Datuk Seri Najib Razak mengadakan Sidang Parlimen Tergembar terus dikecam pimpinan Pakatan Rakyat dengan menganggap Perdana Menteri berdolak-dalik dengan memberi alasan rapuh.

Sedangkan, kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian serius pimpinan masyarakat antarabangsa baik dari negara Barat mahupun negara Islam.

Mengulas alasan Najib, kononnya sidang tergempar itu tidak perlu diadakan kerana ia bukan melibatkan dasar atau pentadbiran negara, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Najib sebagai penakut untuk berdepan realiti sebenar.

Sedangkan, Parlimen Malaysia juga campur tangan dalam beberapa isu dunia, sekali gus bermakna tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia dalam kes konspirasi kedua, bukan campur tangan dalam erti kata sebenar."Beberapa tahun lepas, Malaysia pernah mengadakan sidang parlimen tergempar berkenaan dengan isu Palestin.

Tapi, kali ini Najib tidak berani untuk berhadapan Anwar."Nyata, perbicaraan kes kosnpirasi kedua terhadap Anwar itu memang penuh dengan muslihat daripada Barisan Nasional," katanya kepada TV Selangor.

Teresa Kok juga menyelar kerajaan Umno-BN kerana membantah campur tangan kerajaan asing tapi pada masa sama, campur tangan dalam urusan institusi kehakiman.
Beliau menganggap pertemuan Najib dengan Saiful Bukhari Azlan sebelum ini adalah skrip awal konspirasi kedua dan Najib mesti memberi penjelasan di Parlimen mahupun mahkamah.

"Najib dan Rosmah perlu hadir mahkamah kerana memang terdapat bukti Saiful pernah berjumpa mereka. Faktor ini menyebabkan kes perbicaraan Anwar penuh campur tangan BN. Jadi, itu sebab la Najib tolak permintaan lah daripada Datuk Seri Anwar untuk mengadakan sidang tergempar.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan menyifatkan perbuatan Pemuda BN melakukan demontrasi ketika masih ada saluran lain termasuk mengadakan sidang tergempar Parlimen, sebagai terburu-buru.
Malah, mereka langsung tidak menunjukkan keberanian mahupun kebijaksanaan ketika berdepan masyarakat antarabangsa hingga akhirnya perbuatan mereka memalukan Malaysia.


Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar bukan isu peribadi lantaran kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

Malah, kebanyakan pimpinan dunia melihat kes konspirasi kedua itu semata-mata rekaan untuk menyekat kemaraan politik Anwar dan ia bertujuan memenjarakan beliau.

"Dunia memberi perhatian tidak semestinya dianggap campur tangan. Ini bukan macam mahu jajah Malaysia. Dengar dulu apa mereka kata, soal prinsip undang-undang, soal hak Anwar dalam perbicaraan.." katanya.

Shamsul juga mengingatkan semua pihak, dunia tidak lagi terkongkong dalam komuniti kecil, sebaliknya sesuatu isu di sesebuah negara memberi kesan kepada negara lain.

Tanpa mempertikai hak untuk mengadakan demontrasi, beliau meminta Pemuda BN tidak hanya bergantung kepada saluran demontrasi sahaja sebaliknya mengupas isu dengan lebih kritis.

"Apakah selepas ini Pemuda BN mahu melakukan demontarsid di kedutaan Qatar kerana ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaraqawi berasal dari negara itu. Dia mengeluar kenyataan keras dalam hal ini."

Adakah mereka akan berdemontrasi di kedutuaan Turki kerana mereka juga membantah konspirasi terhadao Anwar," katanya kepada TV Selangor

Wednesday, February 17, 2010

Malu jadi pimpinan dan ahli Umno, Guan Eng lebih mahir hal Islam


Perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul kini menjadi isu politik. Sedangkan ia satu perbuatan yang tidak wajib. Tetapi ahli dan pimpinan Umno berhempas pulas mempertahankan perarakan tersebut.

Umno mendakwa Guan Eng cuba membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada Jumaat 26 februari ini dibatalkan. Setiap hari media arus perdana RTM dan TV3 menyiarkan berita pembatalan perarakan tersebut.

Rasanya Umno sudah tidak ada idea nak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Setiap negeri Pakatan Rakyat diserang dengan pelbagai bangkitan isu.

Sedangkan isu-isu yang dibangkitkan hanya setakat persoalan remeh temeh. Disebabkan kerakusan Umno nak merampas semula negeri- negeri Pakatan Rakyat, jadi terpaksalah mereka mencari apa saja isu yang boleh dipolitikan.

Ikut suka hati mu la Umno...janji rakyat tahu cerita sebenar.

Perarakan sempena menyambut tarikh kelahiran Nabi saw bukan ibadah. Ia hanya amalan atau perbuatan harus. Persoalan sekarang Umno telah menjadikan umat Islam bercelaru mempertahankan amalan yang tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah saw sehingga rakyat menganggap perarakan Maulidur Rasul sebagai ibadah.

Dalam soal berselawat lain dengan perarakan. Ia adalah dua amalan atau perbuatan yang berbeza. Berselawat memang ada hadis yang menyuruh umatnya berselawat ke atas Nabi saw sebagaimana Allah SWT berselawat keatas Rasulnya.

Jika sekiranya amalan perarakan itu ibadah yang boleh mendatangkan pahala sudah tentu amalan dan perbuatan tersebut telah diamal atau dilakukan sejak zaman Nabi saw lagi. Ia akan diikuti oleh para sahabat.

Maka ada nas atau hadis bagai membolehkan rakyat kemudian mengamalkan perbuatan itu dengan adanya dalil tersebut tetapi tiada seorang ulama pun menemui hadis perarakan Maulidur Rasul.

Ini bermakna sekiranya Umno tetap mahu buat perarakan, ia hanya amalan harus. Kes perbuatan harus seumpama ini tidak boleh kita bergaduh dan menegakkan pendapat aku yang betul. Malah Umno tidak boleh memaksa orang lain melakukan perarakan kerana ia tidak ada sandaran langsung.

Bertambah teruk lagi Umno telah mengelirukan umat Islam dan orang awam terutama orang Melayu sehingga ada yang sifatkan perarakan mesti dilakukan setiap kali sampai tarikh 12 Rabiul Awal. Kita bimbang iktikad seumpama ini batil dan sengaja mengada-adakan dalam agama.

Sambutan kelahiran Nabi saw tidak ada nas yang khusus kecuali riwayat Imam Muslim dan kaum muslimin bersepakat bahawa kelahiran Nabi Muhammad saw adalah pada hari Isnin di bulan Rabiul Awal.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayat Imam Muslim dari Abu Qatadah al Anshoriy bahawa Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Isnin maka beliau saw bersabda,”Hari itu aku dilahirkan dan di hari itulah diturunkan (al Qur’an).”

Ini cara orang Islam sambut kelahiran Nabi saw. Apa sandaran Umno sampai mahu bergaduh pasal perarakan. Tidak ada dalil langsung. Tak payah la bergaduh wahai Umno sampai menuduh Guan Eng benci Islam. Saya ingat Guan Eng lebih tahu Islam daripada Pak Lah atau pemimpin Umno lain kerana Guan Eng baca juga buku tentang Islam.

Kalau kita bergaduh dalam soal itu tidak molek sangat sebab kalangan ulama pun tidak bergaduh pasal menentukan tarikh yang tepat tentang kelahiran Nabi saw. Kebanyakkan kita ikut pendapat yang mereka juga menyebutkan bahawa inilah yang masyhur iaitu Ibnu Ishaq yang lebih memilih pendapat menyebut bahawa kelahiran Nabi saw adalah pada 12 Rabiul Awal di tahun gajah.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan hal ini dari Jabir, ibnu Abbas dan yang lainnya.Sedangkan pendapat Syeikh Shafiyuurrahman al Mubarokhfury penulis kitab “ar Rahiq al Makhtum” yang memilih pendapat bahawa kelahiran Nabi saw adalah pada hari Isnin pada 9 Rabiul Awal pada permulaan tahun daripada peristiwa gajah yang bertepatan dengan 20 atau 22 April 571 M.

Buku yang ditulis al Mubarokhfiury ini adalah pemenang pertama dalam pertandingan penulisan “Siroh Nabawiyah” yang diselenggarakan oleh Robithoh al Alam al Islamiy yang berpusat di Mekah pada tahun 1399 H / 1978 M.Memang telah terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw.

Diantara mereka ada yang berdasarkan pendapat daripada riwayat yang sampai kepada mereka dan ada juga yang berdasarkan kepada perhitungan falak.

Pendapat al- Mubarokhfury berdasarkan kepada hasil penelitian seorang ulama terkenal yang bernama, Muhammad Sulaiman al-Manshurfury dan pengkaji astronomi, Muhammad Basya.

Berikut laporan berkaitan daripada Harakah:

Pemimpin Umno jahil fadilat hayati perjuangan Rasulullah

Salmah Mat Hussin & Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 17 Feb: Apakah pemimpin Umno masih enggan mengakui mereka jahil agama apabila gagal membezakan fadhilat perarakan Maulidur Rasul dengan program menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w.

Menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. boleh dilakukan dengan pengkisahan kehidupan baginda melalui ceramah atau kuliah dari lahir sehingga wafat sedangkan perarakan Mualidur Rasul di atas jalan tidak mampu menghayati sirah perjuangan baginda dalam erti kata sebenar.

Namun hairannya, pemimpin Umno masih mempertahankan perbuatan tersebut yang dianggap sudah menjadi budaya dan tanpa mengira manfaatnya.

Tidak ramai sedar perarakan Mauludir Rasul sempena 12 Rabiul Awal kalendar hijrah tiada di Kelantan sejak 20 tahun lalu.Majlis Maulidur Rasul hanya disambut di masjid-masjid atau surau dengan ceramah agama iaitu sendat dengan pengisian majlis ilmu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjelaskan perkara itu berkata, umat Islam jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa kadang-kadang tidak serupa dengan kehendak agama.

“Sebagai contoh Maulidur Nabi Muhammad s.a.w. yang disambut secara besar-besaran khususnya di negeri-negeri lain sebenarnya tidak ada sebarang fadhilat, tidak sebagaimana bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya, tetapi bulan Maulud tidak ada apa,” ujarnya kepada pemberita di sini.

Ekoran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kompromi demi politik.

Menurutnya, tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara sebenarnya sudah dianggap maulud.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, upacara perarakan yang diadakan ketika menyambut Maulidur Rasul bukan perkara wajib bahkan sebaliknya boleh menjurus kepada perbuatan bidaah.

“Tuduhan pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti-Islam itu saya tidak tahu, apa yang menarik di sebalik haru-biru di Pulau Pinang dalam persoalan ini ialah Umno seolah-olah dilihat cuba mengutamakan perarakan.

“Besarnya sambutan hari Maulidur Rasul bukan pada perarakan. Nabi s.a.w. sendiri tidak pernah menuntut umatnya supaya berbuat begitu,” katanya.

Menurutnya tiada sebarang manfaat upacara perarakan melainkan penghayatan di sebalik sejarah Maulidur Rasul menjadi tuntutan Islam.

“Malangnya Umno hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan, ini menunjukkan betapa cetek fahaman Umno tentang ilmu agama,” katanya.

Presiden PAS yang ku kagumi

Terharu saya membaca berita Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi turun ke laut menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di pantai Rusila.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Beliau tidak menjadikan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan gelaran `Dato' untuk tidak bersama dan mesra rakyat. Ternyata beliau seorang yang penyayang dan tidak mementingkan diri.

Dalam usia 63 tahun beliau mampu bersama-sama membantu anak-anak dan menantunya menyelamatkan mangsa lemas.

Inilah pemimpin negara yang perlu dijadikan contoh teladan dan disegani oleh seluruh rakyat. Malangnya ada juga insan-insan yang memperlekeh kewibawaan beliau.

Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas

Harakahdaily

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."

Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Berita fitnah...Adun Sekinchan saman portal pro Umno

Bagus tindakan yang akan diambil oleh Adun Sekinchan. Bagi amaran supaya jangan mudah membuat fitnah.

Pilihan rakyat perlu dihormati jangan main kotor pula. Kalau berani lawan secara `anak jantan' di medan pilihan raya yang bersih dan telus. Baru tahu siapa gagah siapa pengecut.

ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-Umno
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.

Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.

Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.

Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.

"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.

Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.

Pemimpin perlu akui kesilapan


Jarang kita mendengar pemimpin mengakui kesilapan di hadapan rakyat. Pengakuan Dato' Seri Anwar ini perlu dijadikan teladan supaya tidak berulang.

PKR masih baru ketika pilihan raya 2008. Sudah tentu sukar untuk mencari calon yang berwibawa dan setia pada perjuangan partinya.

Moga dalam pemilihan calon pilihan raya ke-13 nanti, Anwar lebih berhati-hati dan mengenali lebih mendalam calon yang disenaraikan oleh negeri-negeri.

Anwar Akui Salah Pilih CalonBy: Ramjit-->

PULAU PINANG, 16 Feb (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang.-- BERNAMA

Saturday, February 13, 2010

Hajah Aishah Awang dalam kenangan

Al-fatehah untuk Hajah Aishah Awang adik kepada Presiden PAS yang meninggal dunia di hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Saya mengenali beliau pada tahun 1997. Ketika itu saya tinggal di kampung Padang Balang dan berdekatan dengan rumah Al-marhumah.

Almarhumah bersama suami dan anaknya menyewa rumah berhampiran dengan rumah saya. Beliau seorang yang lemah lembut ketika bercakap dan sangat sabar.

Seingat saya, beliau sakit dan sering berulang alik ke hospital. Pada tahun 1988-1999 (saya tidak ingat) saya menziarahi beliau di hospital Sultanah Nur Zahirah. Kebetulan saya balik ke rumah mertua, saya bersama suami menziarahi beliau.

Alhamdulillah, walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi beliau masih mengenali saya dan suami. Cuma saya tidak ada gambar kenangan bersamanya.

Semoga roh Almarhumah berada dalam golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah SWT.

Petikan daripada Harakahdaily:

Adik Presiden PAS, Hajah Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 7.28 malam ini.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang-alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di sisi adindanya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah allahyarhamuha akan dibawa pulang ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi malam ini juga.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Rusila sekitar jam 9.00 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila.

Semasa hayat, allahyarhamuha pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Umno sibuk menawan hati rakyat...PAS?


Sejak akhir-akhir ini banyak betul pendedahan yang berlaku dalam PAS. Saya tidak bertujuan mengulas perkara tersebut, cuma terfikir kenapa perkara itu berlaku?

Saya hanya mampu mendengar, meneliti dan memikir mungkin semua perkara itu ada hikmah yang kita tidak tahu. Hendak menegakkan daulah Islamiyah bukan satu perkara yang mudah.

Tentu kena melalui tapisan demi tapisan...baru memperolehi kemenangan. Begitu juga bagi para pejuang Islam sudah tentu orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sahaja yang akan merasai kenikmatan kemenangan dalam perjuangan Islam.

Pelbagai dugaan, cabaran dan cacian bukan saja daripada orang luar Umno tetapi paling sedih daripada kalangan ahli parti sendiri. Inilah dugaan paling kuat untuk ditempuh.

Membaca luahan Ustaz Mishbah terasa kesal kenapa lah ada pihak yang tergamak melontarkan tuduhan begitu kepada Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sedarkah... beliau merupakan Ulama yang dihormati dan diikhtiraf oleh gerakan Islam dunia. Amat malang jika kita tidak menyedari.

Ikuti penjelasan Ustaz Misbah yang dimuatkan dalam blognya.

JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam.

Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam.

Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain.

Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam. Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu.

Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai.

Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan. Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden.

Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program. Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain.

Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini.

Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden. Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai.

Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

Datuk Presiden berkecimpung dalam PAS sudah terlalu lalu lama, sudah bermacam ragam berdepan dengan ahli-ahli PAS, Presiden pernah menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS, dan sudah ramai ahli PAS yang diambil tindakan disiplin oleh Lembaga Tetertib PAS yang beliau sebagai pengerusinya termasuk dipecat bukan sahaja digantung.

Antara ahli PAS yang teramai dipecat ialah di Perak kerana isu Syiah dan isu di Pasir Salak. Namun Presiden sering turun ke Perak dalam program-program yang dianjurkan oleh PAS kawasan dan negeri termasuk dialog berhubung isu-isu berkenaan.

Para bloggers PAS meletakkan kredebiliti Presiden terlalu rendah rupanya, pemimpin yang bertaraf dunia dari sudut kepimpinan dalam gerakan Islam, diiktiraf ilmu dan kepimpinannya oleh gerakan Islam sedunia dan juga para ulama sedunia, tiba-tiba ada blogger ahli PAS meletakkan Presiden PAS sama taraf macam pemimpin UMNO yang tidak berani berdepan dengan masyarakat bila berlaku isu-isu seumpama itu.

Para blogger PAS yang memberi komen sedemikian kepada Presiden sebagai tanda sayang, seumpama seekor beruk yang sangat sayang pada tuannya yang sedang tidur tetapi diganggu oleh seekor lalat.

Bermacam cara digunakan untuk menghalau lalat, dek kerana geram kepada lalat yang sering terbang dan hinggap di badan tuannya, akhirnya dia mengambil batu yang besar untuk dihempap ke atas lalat yang sedang hinggap dihidung tuannya, apa jadi seterusnya,

lu para blogger PAS fikirlah sendiri.... itu beruk yang bangang, tak kan kita serendah beruk yang bangang itu.......

ttp://misabah.blogspot.com/2010/02/jangan-tuduh-presiden-pas-dengan-melulu.html

Selangor juara lahir anak luar nikah...apa sudah jadi?


Apa sudah jadi? Selangor menjadi juara kelahiran anak luar nikah. Berdasarkan statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh empat tahun bermula 1999-2003, Selangor mempunyai 12,836 bayi.

Wow! ramai tu. Tapi sayangnya tidak tahu siapa bapa sebenar bayi-bayi tersebut.

(Sebelah kiri, Noraini Hussein Pengerusi Bekawanis)

Selangor merupakan negeri termaju dan kaya jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Pusat pengajian tinggi (IPT) pun paling banyak di Selangor.

Perindustrian pun banyak di Selangor. Pusat hiburan begitu juga tempat-tempat peranginan tak kurang juga banyaknya di Selangor.

Siapa yang seharusnya dipersalahkan apabila ramai anak luar nikah dilahirkan. Bayi itu ke, ibu kepada bayi itu ke, kerajaan ke...nak salahkan lelaki yang mengandungkan si ibu tu tak tahu pula siapa lelaki tu...manalah tahu ada tiga atau lebih yang mengandungkan si ibu tu. Itu lagi parah...

Sebenarnya kita kena kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Jika umat Islam hari ini dibekalkan dengan ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, saya rasa tidak akan lahir anak luar nikah.

Siapa berani nak melahirkan anak luar nikah jika hukuman kepada pezina berpandukan al-Quran? Disebabkan egonya pimpinan kerajaan untuk tidak menggunakan hukuman Allah, maka lahirkan anak luar nikah.

Ikuti pandangan daripada Pengerusi Bekawanis:

Persatuan Kebajikan Wanita Selangor (Bakewanis) mengingatkan rakyat negeri Selangor supaya menolak kepimpinan Umno/BN dalam pilihan raya ke-13 kerana parti itu mendatangkan banyak penyakit sosial dalam masyarakat.

Menurut Pengerusinya, Noraini Hussein penolakan itu berikutan statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh empat tahun bermula 1999-2003 Selangor saja mempunyai 12,836 bayi.

Antara sebab mengundang kelahiran luar nikah katanya wujudnya pusat membeli belah serta pusat hiburan yang dijadikan tempat sesuai untuk para remaja berpeleseran.

Beliau berharap Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat perlu berusaha lebih tegas untuk mendekati golongan remaja dan belia ke arah pembangunan diri.

Menurut beliau, bukan setakat memberi kesedaran kepada remaja ibu bapa juga turut diberi motivasi supaya menjalankan peranan untuk mengawal anak-anak mereka supaya tidak telibat dengan gejala sosial.

Ekoran Selangor menjuarai kes anak luar nikah katanya, Bekawanis kerap mengunjungi remaja yang berada di rumah perlindungan wanita di Sabak Bernam kerana mereka tiada perhatian daripada ibu bapa.

"Bayangkan bagaimana remaja berumur 16 tahun sudah melahirkan anak, inilah akibat daripada pergaulan bebas," katanya.

Menurut beliau, Bekawanis bukan saja berperanan menyampaikan dakwah kepada semua lapisan masyarakat tetapi turut mengadakan program remaja di surau, masjid serta pusat membeli belah.

"Kami buat program kecantikan di pusat membeli belah dengan tujuan menarik remaja, Alhamdulillah ramai remaja yang datang dan mereka tidak sangka ada wanita bertudung boleh bersembang dengan mereka," katanya.

Bekawanis tambah beliau telah membuka ruang untuk terus mendekati remaja dan berkongsi masalah dengan mereka.

Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja katanya kerana tiada perhatian daripada ibu bapa sehingga mereka mengalami tekanan kehidupan.

Ekoran kenaikan harga barang menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja keras sehingga ada yang bekerja siang malam sehingga mereka melupakan tanggungjawab utama kepada keluarga.

Zaharin!apa yang kau hendak sebenarnya


Anwar kata Zahrain khianat. Saya rasa memang patut Anwar kata Zahrain khianat pasal rakyat pilih dia kerana dia orang PKR. Cuba dia calon Bebas bertanding masa pilihan raya umum 2008, Mac dahulu.

Boleh ke dia menang nak lawan BN? Malah mungkin tiga penjuru, mampu ke beliau lawan?Jadi dia kena faham, rakyat dia tak nak orang Bebas. Mereka nak PKR juga. Kalau tak percaya cuba letak jawatan ahli parlimen, tengok.

Berani ke Zahrain?Kita nasihatkan Zahrain sekali sekala pergilah menadah kitab. Itu kata-kata orang kampung, ada yang kata "pergi mengaji kitab" kerana ilmu tinggi dalam bidang lain tidak jamin membentuk jiwa kita selagi tidak ada ilmu yang membentuk diri kita bersifat amanah.

Kalau kita tahu orang beri Zahrain pegang amanah Allah secara tidak langsung bertangungjawab dengan rakyatnya maka Zahrain mungkin fikir dua kali nak jadi Bebas.

Ramai ustaz yang mengajar kat surau dan masjid. Pilih sahaja ustaz yang rasa sesuai (jangan ustaz Umno). Sekali sekala kita kena sufikan hati. Tasaufkan hati. Ihsankan hati kita. Jika tidak payah naluri kita nak lembut lawan kepada lembut ialah hati kita sentiasa keras dan gelap.

Bila sampai tahap ni payah kita nak menilai mana yang baik dan mana yang buruk.Berikut kata Anwar ulas Zahrain di Malaysiakini:

Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'Feb 12, 10 6:44pm

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu."Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang."Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.

Masy Allah..inilah kebesaran Allah hanya orang yang ego sahaja menafikan


Keindahan mu yang sukar terucap. Mata melekat terpaku. Hati berdetap kelu. Wowww! indahnya hanya itu keluar daripada mulut. Masya Allah...

Sungai Nil yang menjadi legenda akhirnya berjaya dialirkan ke kawasan pergunungan Sinai atau Sant Catherine, tempat Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah.

Air Nil berjaya mengairi kawasan pergunungan batu yang tandus itu selepas projek pembuatan cawangan sungai dan terusan air Nil berjaya diampungkan.

Duta Besar Kesatuan Eropah di Mesir, Mark Franco, mengumumkan kejayaan menyelesaikan proses pembinaan projek pengaliran air sungai Nil ke bandar Sant Catherine yang terletak di kaki gunung Sinai (Jabal Thur atau Jabal Musa).

Dalam kunjungannya ke wilayah Sinai Selatan pada Khamis (10 Feb) lalu, Franco berkata, projek tersebut merupakan salah satu projek besar dan penting Kesatuan Eropah untuk membangunkan wilayah Sinai Selatan.

Kos projek pembuatan saluran air Nil menuju wilayah tersebut membelanjakan keseluruhan dana sebanyak 150 Juta Pound Mesir. Jumlah kos yang dianggarkan Kesatuan Eropah untuk membangunkan kawasan Sinai Selatan dianggarkan 64 bilion Euro.

Terletak sekitar 600 KM dari Kaherah (bandar yang dilalui sempadan Sungai Nil), kawasan Sinai Selatan terkenal sebagai kawasan penting. Di kawasan tersebut terdapat tempat suci dan bersejarah bagi tiga agama: Yahudi, Kristian, dan Islam.

Selain Gunung Thursina atau Jabal Musa, terdapat juga perkampungan Nabi Syuaib, Makam Nabi Harun, Kisah Lembu Samiri, dan juga Biara Kristian Sant Catherine yang berdiri di awal abad Masihi.

Selain meliputi tapak bersejarah dan suci, kawasan Sinai Selatan juga mempunyai banyak kawasan wisata alam antarabangsa lain, terutamanya di sepanjang persisiran Laut Merah, seperti pantai Sharm Sheikh, Dahab, Taba, dan lain-lain

Thursday, February 11, 2010

Payah kalau wakil rakyat lebih tembolok daripada rakyat

Kita ingat wakil rakyat yang kita sokong dan undi boleh bawa kepada politik baru iaitu kearah pengagihan kekayaan negeri secara adil dan saksama.

Rakyat sudah beri kamu bertanding dan dipilih jadi wakil takkan semua mahu bolot. Habis apa yang rakyat dapat? Pasal itu saya suka sangat kalau kerajaan beri milik tanah kepada rakyat pasal dia pun mahu menikmati apa yang wakil rakyat dapat selepas mereka diberi kemenangan.

Wakil rakyat dapat elaun sedangkan sebelum kalah dia tidak dapat. Jadi adil sekiranya rakyat diberi tanah. Bagaimanapun ada setengahnya bila diberi jadi wakil rakyat makin betambah tamak dia. Ini yang gaduh sampai sekarang.

Malu kita tengok wakil rakyat Melayu kita yang tamak. Sudah diberi pengerusi syarikat lagi. Lepas tu ambil kesempatan jadi pengerusi mohon tender dengan syarikat RM2.Baca entri sebelum ini ada kaitan:

http://nanbinjai.blogspot.com/2010/01/syarikat-rm2-punya-pasal-zahrain.htmlBerikut laporan berkaitan daripada Malaysia Insider:

Guan Eng nafi Zahrain dipecat ketuai Island Golf Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang bulan lalu mengeluarkan kenyataan pedas terhadapnya masih merupakan Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

Pada masa yang sama, Lim Guan Eng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam mesyuaratnya kelmarin telah memutuskan untuk menganugerakan tender terbuka mengurus Bukit Jambul Golf & Country Resort (BJCC), bernilai RM40 juta, kepada sebuah syarikat lain untuk tempoh selama 10 tahun.

Tahun lalu ia membatalkan keputusan dibuat IGP untuk memberi kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat RM2.Butiran mengenainya akan dikeluarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kata Lim dalam satu kenyataan.

BJCC diuruskan oleh IGP, sebuah subsidiari dimiliki PDC.Dalam kenyataan itu, Lim berkata buat masa sekarang Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.Zahrain memegang jawatan pengerusi dan pengarah IGP sejak 9 Julai 2008.

“PDC ada memaklumkan saya bahawa tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau IGP kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan (dalam kedudukan IGP,” kata Lim.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mendakwa beliau telah dipecat dari mengetuai IGP, 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik Lim.

Kenyataan Zahrain itu, yang turut disokong seorang lagi Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang menyebabkan hubungan “dingin” PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.Zahrain dan rakan sejawatannya dari Nibong Tebal kini disiasat lembaga disiplin PKR.

Wow!Pengerusi YBK belanja RM500,000 16 hari


Di kalangan ADUN Barisan Nasional di Selangor yang didakwa menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sahaja sebelum pilihanraya 2008, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sakom mungkin muncul sebagai juara.

Dokumen perbelanjaan Zainal sebagai ADUN Batang Kali sebelum pilihan raya itu menunjukkan beliau mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan peruntukan itu, menurut laman sesawang tawanmalaysia.com.

Malah bekas ADUN BN itu berbelanja sebanyak RM513,000, melebihi bajet yang telah diperuntukkan kerajaan negeri, menurut tawanmalaysia.

Laman sesawang itu juga mempertikaikan perbelanjaan yang digunakan oleh Zainal yang juga Pengerusi YBK.

Menurut laman itu, lebih RM415,000 atau 83 peratus bajet DUN Batang Kali dihabiskan ke atas perbelanjaan yang dipercayai berkaitan dengan kepentingan Umno.

Contohnya lebih RM150,000 dibayar kepada sebuah syarikat manakala lebih 20 bayaran antara RM8,000 hingga RM9,000 setiap satu dibuat untuk tujuan "persediaan bilik gerakan", program "mesra rakyat", "pertubuhan NGO" dan pergerakan wanita".

Ketika dihubungi, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (SELCAT) telah menjalankan siasatan ke atas kesemua 54 ADUN BN semasa pentadbiran Datuk Seri Khir Toyo.

"Kini terpulang kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengambil tindakan sekiranya mendapati sebarang elemen rasuah dan penyelewengan perbelanjaan oleh Adun-adun BN berkenaan.

"Berasaskan keterangan pegawai-pegawai daerah yang bertanggungjawab meluluskan semua permohonan perbelanjaan, kita lihat ada kemungkinan wujud rasuah dan penyelewengan dana," kata Teng.Zainal Abidin dan YBK kini bersengketa dengan kerajaan negeri Selangor berhubung cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sumber daripada TV Selangor

Pemain bola sujud syukur dihukum batil: Mufti Dubai



Apahal Mufti Dubai, Shaikh Dr. Ahmad Abdul Aziz al-Haddad, ada perasaan tidak suka kepada pemain bola ke sehingga berpendapat pemain bola bersujud syukur bagi menyatakan kesukuran kepada Allah SWT pun difatwa batil.



Ya Shaikh! Saya hormat pendapat Shaikh tetapi saya lebih suka pendapat Imam Shaukani yang berkata: ``Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.''"

Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa dalam Sujud Syukur harus bertakbir atau mengadap kiblat. Hanya dalam kitab Al-Bahr disebut, takbir dalam sujud syukur diperlukan,'' terang beliau.

Seperkara lagi tentang sujud syukur ialah ia tidak boleh dikerjakan dalam solat dan tiada bacaan khusus ketika sujud.

Saya rasa pendapat Imam Shaukani lebih mesra dengan pemain bola. Pemain bola sepak muslim Malaysia pun boleh buat agar kita sentiasa membawa budaya sentiasa ingat kepada Allah SWT bila terasa terlalu gembira atau ditimpa musibah sekalpun.

Beliau salah seorang ulama yang juga mufti emiriah Dubai, Emiriah Arab Bersatu, mengatakan bahawa perkara sujud syukur yang dilakukan oleh beberapa pemain bola dalam bentuknya sekarang ini adalah batil (tidak sah) hukumnya.

"Tindakan sujud yang dikatakan adalah sujud syukur yang dilakukan oleh pemain bola semasa menyatakan kesyukuran bagi menyambut kegembiraan ketika itu adalah salah hukumnya, tidak sah," kata al-Haddad pada 9 Feb.

Al-Haddad mengeluarkan fatwanya tidak lama selepas kemenangan pasukan bolasepak Mesir yang menjuarai Piala Afrika 2010 'beberapa hari lalu. Pasca menyumbat gol, pemain pasukan Mesir kerap melakukan "sujud syukur" berjemaah di arena gelanggang.

Atas hal inilah, pasukan bola Mesir juga digelar pasukan pesujud (Muntakhab as-sajidin).Dikatakan al-Haddad, sebaiknya pemain tidak usah melakukan tindakan "sujud syukur" di lapangan itu, kecuali jika mereka telah memenuhi syaratnya, iaitu suci, menutup aurat, dan menghadap kiblat.

"Sujud syukur adalah ibadah yang mempunyai syarat pelaksanaan, misalnya suci badan dan tempat, menutup aurat, dan menghadap kiblat," terang al-Haddad.

Sementara itu, lanjut al-Haddad, pemain bola itu tidak memenuhi syarat, iaitu tidak tertutup aurat mereka dan tidak menghadap kiblat ketika mereka melakukan sujud syukur.

"Jika memang hendak mensyukuri gol, cukuplah dengan mengucap hamdalah," kata al-Haddad.Reaksi ulama Mesir: "Hal begitu pun kecoh"Fatwa Mufti Dubai yang menyinggung masalah pasukan bola sepak Mesir itu mendapat perhatian secara langsung daripada para ulama Mesir, salah satunya Shaikh Dr. Umar Hashim yang juga mantan Rektor Universiti al-Azhar.



Hashim menjelaskan, secara syar'i, tindakan sujud syukur yang dilakukan pasukan bola Mesir sah hukumnya, tidak salah, sebagaimana yang dinyatakan Mufti Dubai.

"Tindakah tersebut merupakan bentuk ungkapan syukur dan kekhusyukan kepada Allah," jelas Hashim.Ditambah Hashim, benar bahawa sujud syukur dikehendaki untuk suci, menutup aurat, dan menghadap kiblat.

Namun jika niat pemain melakukan hal tersebut adalah untuk mendedahkan kesyukuran dan kekhusyukan kepada Allah, maka hal itu tidak salah.Berkaitan permasalahan aurat, kata Hashim, setiap mazhab fekah mempunyai pandangan dan piawaian masing-masing.

Madzhab Maliki memandang bahawa aurat lelaki adalah kemaluan dan duburnya.Tanggapan ulama Mesir atas fatwa ulama Dubai itu seakan hendak menegaskan kelakar 'wealah, gitu aja kok repot'

Tuesday, February 9, 2010

Akibat Islam tidak kuat


Banduan No. 650Posted on Monday, February 08 @ 16:00:00

Oleh: blalang

"Dr Aafia Siddiqui, rakyat Pakistan yang mempunyai 144 Ijazah dalam Neurology dari pelbagai Universiti di dunia. Beliau satu-satunya Pakar Neurologi dalam dunia yang mempunyai PHD dalam bidang Neurologi dari Universiti Harvard.

Dr Aafia Siddiqui adalah seorang yang alim dan hafal Al-Quran. Tiada seorang pun rakyat Amerika yang mampu menandingi kelulusan beliau. Malangnya , dia telah diculik bersama 3 orang anaknya oleh FBI di Karachi yang membantu Pakistan memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Sekarang dia berada di penjara USA. Telah hilang ingatan kerana penderaan fizikal, psikologi dan penderaan seksual. Yang sedihnya lagi dia dipenjarakan bersama banduan lelaki.

Inilah akibatnya apabila Islam dan lemah. Sanggup bersekongkol dengan pihak kafir menyeksa saudara sesama agama.Post Asal: http://www.isuhangat.net/

Monday, February 8, 2010

Orang politik ikut cara orang filem rupanya...


Tergelak saya membaca pandangan Nanbinjai dalam blognya. Orang filem boleh tahan malam, tak tahan pagi.

Betul pandangan tu saya sokong seratus peratus. Orang politik yang kaki ceramah memang la kerja malam tapi siang tidur. Apabila wartawan hubungi waktu siang, memang susah nak dapat. Ada yang tutup telefon bimbit, ada yang tak angkat.

Kalau ada yang angkap pun dengar suara macam baru bangun tidur. Tapi tak apa lah dia nak angkat juga.

Bagaimana pula bagi wartawan yang terpaksa mendengar ceramah orang politik sampai pukul 12 malam. Sudah tentu wartawan tersebut pun terpaksa berjaga sampai malam. Habis ceramah balik rumah pun bukan boleh terus tidur.

Paling cepat tidur pukul 2 pagi. Pagi pukul 5 kena bangun. Mana yang ada anak tentu nak siapkan sarapan, pakaian anak. Begitu juga mana yang ada suami tentu bergegas untuk menyiapkan pakaian dan makanan suami.

Jadi adil ke kalau wartawan yang bekerja sampai tengah malam, pagi-pagi sudah boleh berada di pejabat. Selepas itu kena buat story yang didengar malam tu. Lagi teruk kot kerja wartawan daripada penceramah tersebut.

Tapi apa nak buat ahli politik ada kuasa. Wartawan dah memang kerja dia mencari berita dan kalau telefon ahli politik pagi-pagi tak angkat terpaksa sabar je la...

Terpaksa mencari ahli politik lain yang tidak gemar tidur pagi. Almaklum je la bukan baik sangat tidur pagi ini.

Ikuti pandangan Nanbinjai di bawah ini:


Nak tergelak bila penerbit filem, David Teo berkata: "Orang filem boleh tahan malam... tak boleh tahan pagi." Ini kerana saya teringat orang politik jadi dua kali lima je.David berkata demikian apabila beliau dihubungi pengacara sebuah tv swasta siaran sebelah pagi tadi.

Pengacara tersebut bertanyakan apakah beliau mengikuti perbincangan filem Melayu sama ada mendapat sambutan atau tidak, kata David: "Saya baru ikuti... orang filem boleh tahan malam tapi tak boleh tahan pagi..."

Nampak nak tergelak panel dengan pengacara tersebut. Sama la tu David... orang politik pun dia dah ubah kebiasaan hidup berceramah sampai tengah malam lepas tu berborak sampai pagi.

Pasal tu bila wartawan hubungi sebelah pagi mahu buat komen telefon selular dia tidak terangkat.Kawan kita nak siapkan story cepat tetapi dia boleh lena tidur sambug tidur sebelah pagi. Bila jumpa dilain masa bertanyakan kenapa tak angkat phone.

Mudah je jawabnya: "Sibuk." Biasalah ucapan popular orang politik lindungi ketidak senonoh.Maka tidak hairan sangat orang politik sentiasa gopoh berkejar ke parlimen kalau ada sidang Dewan Rakyat.

Ya la bukan senang nak ubah kebiasaan tidur pagi tiba-tiba ubah macam orang kerja pejabat. Nak kata ikut waktu orang pejabat pun tidak juga sebab orang politik masuk pukul 10 pagi sedangkan orang pejabat ada yang pukul 7 pagi.

Bila musim tidak ada sidang, jadual itu automatik terubah balik boleh terus tidur. Lagipun program orang politik pada sebelah siang cuma hujung minggu.

Hari orang tidak kerja. Kalau buat program hari kerja siapa yang nak datang.Persoalannya orang ini dia boleh mengubah corak kehidupan orang lain terutama wartawan dan blogger politik.

Sebab itu wartawan terpaksa ikut stail orang politik kerana nak bahan daripada dia orang yang tahan malam tetapi tidak tahan pagi.

Tak pasal-pasal pulak wartawan kena kutuk dengan sahabat bahagian pembaca pruf atau layout kerana hantar bahan tengah malam.

Bagi akhbar yang lapor program kerajaan dia tidak kisah sangat pasal kerajaan ikut punch card

Muhyiddin dan Umno tidak layak pertikai tindakan Khalid


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Umno tidak layak bercakap berkenaan `ihsan' dalam isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana parti itu tidak pernah ikhlas dalam membantu masalah kehidupan rakyat.

Jika Umno benar-benar mengambil berat kebajikan rakyat PAS negeri Selangor mendesak Muhyiddin selesaikan isu royalti minyak di Kelantan dengan segera.
Demikian menurut Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman ketika mengulas dakwaan Muhyiddin terhadap tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila menolak tunggakan pembayaran cukai tanah (YBK) daripada Yayasan Melaka.
Dalam isu YBK beliau menegaskan, PAS Selangor berdiri teguh bersama kerajaan Pakatan Rakyat serta keputusan yang diambil oleh Menteri Besar Selangor.
Dalam isu YBK ini sesiapa saja berhak menyaman kerajaan tetapi tidak bermakna mereka akan menang dalam kes tersebut," katanya.

Beliau yang juga seorang peguam mempersoalkan jika YBK mempunyai kes yang kuat mengapa perlu bantuan dan campurtangan daripada Yayasan Melaka.

Katanya, Muhyiddin serta Umno perlu mengetahui bahawa Khalid telah bertindak dalam lingkungan bidang kuasa sebagai seorang Menteri Besar Selangor.

"Kita juga tahu YBK telah melanggari peruntukan Kanun Tanah Negara," tegas beliau.

Menurut beliau, Kanun Tanah yang sama juga yang mencadangkan agar tanah dirampas jika gagal menjelaskan cukai tanah apalagi setelah tertunggak selama 13 tahun.

"Perkara ini bukan idea Khalid Ibrahim atau para exco tetapi itu merupakan peruntukan undang-undang," tegas beliau.

Beliau menegaskan, peruntukan adalah jelas yang mengatakan urusan tanah di Selangor adalah di bawah bidangkuasa kerajaan Selangor.

Yayasan Melaka katanya tidak ada kena mengena dengan tanah di Selangor kerana hak mutlak tanah itu adalah milik kerajaan Selangor.

"Kita yakin, kerajaan akan dapat menggunakan tanah tersebut bagi kepentingan rakyat Selangor di mana YBK telah gagal melaksanakanya selama 13 tahun," tegas beliau.

Rumah urut Selangor telah disalahguna sejak Umno/BN memerintah


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bahawa Selangor sejak ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat rumah-rumah urut bertambah sedangkan tempat tersebut telah disalahgunakan sehingga menjadi pusat pelacuran sejak Umno/BN memerintah 51 tahun.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, ketika Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo premis judi haram di kawasan DUN beliau (Sungai Panjang) pernah diserbu oleh polis Bukit Aman.

Katanya, premis judi haram itu diserbu disebabkan beroperasi sekian lama dengan lesen pusat hiburan yang diluluskan oleh pihak ahli Majlis Tempatan (PBT).

Beliau yang juga ahli PBT Subang Jaya yakin dan percaya ahli PBT PAS tidak akan bersengkokol untuk meluluskan lesen rumah-rumah urut yang banyak tanpa kawalan.

Lebih tepat lagi katanya, pusat-pusat kesihatan itu terdapat banyak kategori seperti urut kaki berbentuk refleksologi hingga rawatan tradisional, bekam dan urut untuk wanita.

Menurut beliau, di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak Pakatan Rakyat memerintah lesen untuk urut badan telah dibekukan.

"Masalahnya lesen-lesen tersebut disalah-gunakan jika menurut peraturan boleh dibatalkan begitu juga terhadap pusat-pusat yang beroperasi tanpa lesen," tegasnya.

Disebabkan kelemahan penguatkuasaan yang mempunyai jumlah yang kecil kata beliau kerjasama daripada pihak polis amat diperlukan supaya kesannya lebih efektif.

Walaupun tambahnya dengan kekuatan penguatkuasaan yang kecil sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, operasi penguatkuasaan meningkat dan ia lebih berjaya jika mendapat kerjasama daripada pihak polis.

"Sebagai umat Islam kita perlu prihatin dan berusaha untuk mengekang peluang maksiat dikalangan umat Islam khasnya sebagai sebahagian kerja amar makruf nahi mungkar," tegasnya.

Beliau menjelaskan, pada 1 Januari lalu di kawasan MPSJ walaupun hanya tiga PBT PAS dua peraturan baru telah diperkenalkan kepada pengusaha rumah-rumah urut dan kelab-kelab malam yang dilesenkan.

Menurut beliau, bagi rumah-rumah urut berkuatkuasa 1 Januari jika pemegang lesen menjalankan urut unseks iaitu melibatkan lelaki urut wanita atau sebaliknya, maka ia tidak dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam bekerja (dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor).

Sekiranya didapat melanggar syarat tersebut katanya lesen yang diberikan boleh dibatalkan.

Beliau memaklumkan lelaki Islam memang dilarang mengunjungi rumah urut uniseks dan peraturan itu telah ada sejak kerajaan yang Umno/BN.

Manakala katanya, bagi kelab-kelab malam yang menghidangkan atau menjual arak, pemegang lesen juga tidak
dibenarkan mengambil pekerja Islam bekerja kerana bertentangan dengan Enakmen yang sama.

"Ini merupakan satu langkah yang proaktif dan positif yang tidak pernah pun diambil inisiatif oleh Umno/BN walaupun mereka lebih mendominasi PBT-PBT seluruh Selangor dahulu," tegasnya.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak menganggap kerajaan Pakatan Rakyat tidak mempedulikan kerja amar makruf nahi mungkar.

"Jangan cetuskan persepsi seolah PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat hanya sebagai `sleeping partner', tegasnya.

Beliau menegaskan, PAS lebih suka membawa perubahan dan memperkenalkan pembaharuan tanpa menjaja “political mileage” kononnya juara rakyat.

Hakikatnya tambah beliau semasa Umno/BN berkuasa dahulu dengan majoriti mutlak, kerja-kerja seumpama ini langsung tidak menjadi keutamaan.

Sunday, February 7, 2010

Mutiara Indah SPA-tanda khidmat Dr Lolo


KUALA LUMPUR: Menjadi wakil rakyat bukan satu tugas yang mudah kerana setiap masa dan saat dilingkari dengan masalah kehidupan masyarakat yang diwakilinya.

Mungkin mudah dan mewah bagi wakil rakyat Umno/BN tetapi ia tidak berlaku kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Wakil tunggal PAS yang memenangi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya 2008, Dr Lolo Dato' Mohd Ghazali mendapat gelaran `Yang Berhormat' bukan untuk kemegahan tetapi memikul tugas dan peranan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

Memandangkan Umno/BN masih mengamalkan politik lapuk iaitu menafikan hak peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat, Dr Lolo tidak menjadikan alasan itu sebagai halangan untuk mengenepikan rakyatnya.
Kebajikan rakyat tetap dijaga walaupun tanpa bantuan daripada kerajaan Persekutuan.

Berbekalkan wang sebanyak RM50,000 dengan kerjasama rakannya, Linda Ali, mereka telah membuka SPA bersebelahan Pusat Khidmat wakil rakyat Titiwangsa, di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru.

SPA yang diberi nama Mutiara Indah dibuka bukan bertujuan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi tetapi menawarkan perkhidmatan yang murah kepada masyarakat.

Katanya, menjadi ahli Parlimen Titiwangsa di Wilayah Persekutuan tiada bantuan daripada Adun dan ahli Majlis tidak seperti menjadi wakil rakyat di negeri.

Menurut beliau semua masalah atau kesulitan yang dihadapi masyarakatnya perlu ditangani walaupun kekurangan sumber kewangan.

Justeru beliau membuka SPA untuk mendatangkan sumber kewangan bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran pusat khidmat wakil rakyat serta bantuan dapat dihulurkan untuk rakyatnya.

SPA menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan mandian urutan buih Ulrtasonik untuk kecantikan luaran dan dalaman.

Mutiara Indah SPA turut menawarkan urutan refleksologi; pakej pelangsingan badan; mandian mutiara perkahwinan dan mutiara hawa.

Rawatan kesihatan itu boleh membantu menghilangkan tekanan dan kepenatan selepas bekerja; menyah toksik dan lebihan lemah; membersihkan dan melicinkan kulit; memanaskan badan; melancarkan peredaran darah; meningkatkan metabolisma dan membantu melangsingkan badan.

Menurut Lolo, SPA itu merupakan salah satu cara untuk memberi khidmat kepada orang ramai kerana bayaran mandian buih Ultrasonik hanya dikenakan sebanyak RM50 dan jika mengambil pakej tiga kali bayaran RM120.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan amat menggalakkan dan saya akan berusaha untuk kembangkan dengan mengadakan rawatan lain," katanya.

Mutiara SPA yang baru dirasmikan pada 4 disember tahun lalu amat eksekulsif dan sesuai bagi wanita yang mementingkan keselesaan tanpa ada gangguan daripada kaum lelaki.

Beliau bercita-cita mahu menjadikan SPA sebagai `one stop centra' bagi memudahkan wanita mendapatkan terapi kecantikan dan sebagainya.

Walaupun SPA itu miliknya namun beliau tidak mengamalkan perniagaan secara politik sesiapa saja boleh datang mendapatkan rawatan mandian Ultrasonik.

Di SPA itu juga beliau boleh menjalankan peranan sebagai doktor perubatan yang telah ditinggalkan sejak menjadi ahli Parlimen.

Friday, February 5, 2010

Betul ke ahli dan pimpinan PAS lebih mendepani isu dalaman?


Sejak akhir-akhir ini banyak isu politik yang boleh memberi `bonus' kepada PAS. Antaranya isu kehilangan dua enjin jet TUDM, kenaikan harga gula, royaliti minyak dan pelbagai isu mendatang.

Sayangnya kita lebih mendepani isu dalaman yang berlaku dalam parti. Saya tidak kata tiada kritikan terhadap isu-isu berkenaan, tetapi isu dalaman parti lebih dipanjangkan daripada isu yang menekan kehidupan rakyat.

Maklumat yang paling mudah dan cepat tersebar sekarang ini adalah blog. Jadi...berkira-kiralah jika mahu meluahkan rasa marah, tidak puashati kepada pihak berkenaan dalam blog.

Sebab apabila kita tekan `enter' satu dunia boleh tahu kritikan kita khususnya terhadap parti yang kita cintai. Saya rasa bukan tidak boleh mengkritik parti tetapi bukankah lebih cantik dan bagus jika menghentam dan mengkritik sesama kita dalam ruang yang tertutup.

Sudah terang lagi bersuluh...parti lawan menunggu kita bercakaran sesama sendiri. Jadi fikir-fikirkan la...impak yang akan kita perolehi hasil kritikan terbuka.

Macam mana kita hendak memperolehi kemenangan jika sesama kita masih belum ikhlas. Masih ada hasad dengki bersarang di hati kita.

Jika berterusan begini...mungkin lama lagi kot kita hendak duduk di Putrajaya. Saya sering ke Putrajaya tapi `makan angin'.

Thursday, February 4, 2010

Nak tau tak...kawan Izrael (malaikat maut) beri peringatan terakhir


Oscar, kucing yang berpelesiran di hospital Steere House di Rhode Island, Amerika Syarikat memiliki keupayaan menghidu kematian.

BAGI mereka yang meminati kucing, setiap kali binatang peliharaan itu datang menghampiri mereka sambil dengan mengiau dan menggeselkan badan dengan penuh manja,hati yang gundah pasti cair dan akan terbit perasaan teruja, gembira dan rasa sayang.

Namun, berlainan pula dengan seekor kucing bernama Oscar yang berpelesiran di hospital Steere House di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Kedatangannya di tepi katil pesakit amat digeruni oleh setiap orang.

Ini kerana kehadiran kucing berwarna coklat bertompok kelabu di belakang badan dan putih di bahagian perutnya itu menandakan si pesakit bakal menemui ajal dalam masa terdekat.

Semua kakitangan dan doktor hospital itu mengetahui kelebihan kucing yang mempunyai kelebihan luar biasa ini.

Kehadiran Oscar 'digeruni' kerana ia menandakan ajal seseorang pesakit telah sampai.

Mereka tahu sudah sampai masanya untuk memberitahu ahli-ahli keluarga apabila Oscar 'melawat' si pesakit tertentu.

Jika diasingkan di luar bilik pesakit itu, kucing itu akan mencakar pintu dan dinding sebagai tanda ia ingin masuk ke bilik tersebut.

Malah sesetengah ahli keluarga memuji kucing itu kerana mereka percaya Oscar telah datang untuk memberikan sokongan moral atas kematian saudara-mara atau rakan.

Pelbagai teori dan andaian dibuat berhubung dengan kelebihan Oscar.

Ada yang berpendapat kucing tertentu memiliki keupayaan menghidu sel-sel pesakit yang sudah mati dan bakal menemui ajal tidak lama lagi.

Oscar dipercayai termasuk dalam golongan kucing istimewa yang memiliki keupayaan tersebut.

Posted by Adnan Ibrahim al-Binjai at 12:17:00 PM , Links to this post , 0 comments

Bilamana Umno tidak menyerang PAS


Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa.

Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah.

Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bila mana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti.

Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya.

Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bila mana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markas PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapan saya.

Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum dan berbual.

Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya menghubunginya di luar negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bila mana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan.

Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.”

Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan, tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya.

Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah.

Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya. Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang.

Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikut kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan.

Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama.

Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum.

Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak.

Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat negeri Pahang.

Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau. Sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau ke luar negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan.

Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tidak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman.
Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosedur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara.

Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti.

Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS.
Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil.

Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu.

Tetapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh.
Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti.

Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan eputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.Wassalam.

Posted by Adnan Ibrahim al-Binjai at 12:46:00 AM , Links to this post , 0 comments

Wednesday, February 3, 2010

Mana suara Muslimat PAS bela Norizan?


Mana suara Muslimat PAS untuk sama-sama dengan NGO membela ibu tunggal Norizan yang ditembak polis. Sepatutnya Muslimat PAS menjuarai isu ini sebab ia merupakan isu wanita.

Muslimat PAS yang patut mengepalai demo dan menghantar memo kepada Ketua Polis Negara. Mungkin juga ada dikalangan Muslimat PAS yang tidak tahu isu tersebut.

Mungkin juga Muslimat PAS sentiasa sibuk berpolitik sehingga tak sedar ada kaumnya yang teraniya. Apa yang saya perhatikan Muslimat memang banyak tertinggal isu, bukan saja isu Norizan itu gula naik, roti putih naik dan berbagai isu. Semuanya diam membisu.

Tunggu diketuk baru keluar kenyataan. Apa nak jadi dengan Muslimat PAS. Bercita-cita hendak menang dalam pilihan raya ke-13, tapi isu wanita tidak dapat ditangani. Macam mana wanita seluruh negara hendak menyokong PAS?

Isu-isu begini patutnya Muslimat yang kedepan. Bantu bagi semangat kepada Norizan. Tengok berapa banyak kos rawatan yang dikenakan.

Beliau ibu tunggal belum dapat kerja. Tentu Muslimat boleh fikir-fikirkan jalan untuk membantu beliau.

Orang ramai boleh turun beramai-ramai esk menyatakan sokongan kepada Norizan Salleh yang dianiaya pihak polis menembak beliau tanpa sebab sehingga mendatangkan kecederaan dan sebanyak RM20 ribu dibelanja bagi rawatan tersebut.

Polis melaporkan kepada pihak hospital dimana Norizan menerima rawatan kononnya Norizan mangsa kemalangan. Pihak hospital kemudiannya mengenakan caj rawatan kepada beliau.

Laporan Malaysiakini:

Salah tembak wanita, NGO berdemoParti pembangkang dan kumpulan NGO akan berdemonstasi di depan ibu pejabat polis di Bukit Aman esok susulan pendedahan seorang perempuan malang yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.

Perempuan tersebut, Norizan Salleh dijadual turut hadir bersama peguammnya N Surendran bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

"Kita mahu KPN ambil tindakan segera dengan menggantung dan menahan pegawai polis yang terbabit (menembak Norizan)."Tindakan polis itu menyebabkan Norizan hampir kehilangan nyawa," kata Surendran yang menyifatkannya satu "cubaan membunuh".

Minggu lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR minggu lalu, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Masih traumaBeliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, demonstrasi pada jam 11 pagi esok disokong, antaranya oleh PKR dan DAP dan NGO pemantau polis, Jawatankuasa Hak Asasi dan Pemantau Polis.

"Kita beri polis beberapa hari untuk ambil tindakan. Selepas itu, jika tiada sebarang tindakan diambil, kita akan saman polis dan kerajaan Malaysia."Kita sedang menyiapkan persiapan untuk itu," katanya.

Menurut Surendran, Norizan telah membuat laporan polis pada 6 November tahun lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Diminta mengjelaskan keadaan kesihatan Norizan, Surendran berkata: "Sudah tentu beliau masih trauma.

"Merdeka review pernah melaporkan:Wanita ditembak polis tanpa sebab...Ong Vic Kee Jan 29, 2010 04:42:38 pm

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.

Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain.

Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuanMenurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan.

Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja.

Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.Kemalangan jalan raya, kata polisWanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis.

Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara.

Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang samaNorizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA.

Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan aduan Norizan adalah IO yang menyiasat Norizan atas tuduhan "cubaan membunuh"pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya.

Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalahLatheefa Koya menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis.

Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat.

Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depanSurendran pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.