Friday, February 5, 2010

Betul ke ahli dan pimpinan PAS lebih mendepani isu dalaman?


Sejak akhir-akhir ini banyak isu politik yang boleh memberi `bonus' kepada PAS. Antaranya isu kehilangan dua enjin jet TUDM, kenaikan harga gula, royaliti minyak dan pelbagai isu mendatang.

Sayangnya kita lebih mendepani isu dalaman yang berlaku dalam parti. Saya tidak kata tiada kritikan terhadap isu-isu berkenaan, tetapi isu dalaman parti lebih dipanjangkan daripada isu yang menekan kehidupan rakyat.

Maklumat yang paling mudah dan cepat tersebar sekarang ini adalah blog. Jadi...berkira-kiralah jika mahu meluahkan rasa marah, tidak puashati kepada pihak berkenaan dalam blog.

Sebab apabila kita tekan `enter' satu dunia boleh tahu kritikan kita khususnya terhadap parti yang kita cintai. Saya rasa bukan tidak boleh mengkritik parti tetapi bukankah lebih cantik dan bagus jika menghentam dan mengkritik sesama kita dalam ruang yang tertutup.

Sudah terang lagi bersuluh...parti lawan menunggu kita bercakaran sesama sendiri. Jadi fikir-fikirkan la...impak yang akan kita perolehi hasil kritikan terbuka.

Macam mana kita hendak memperolehi kemenangan jika sesama kita masih belum ikhlas. Masih ada hasad dengki bersarang di hati kita.

Jika berterusan begini...mungkin lama lagi kot kita hendak duduk di Putrajaya. Saya sering ke Putrajaya tapi `makan angin'.

No comments: