Saturday, February 13, 2010

Zaharin!apa yang kau hendak sebenarnya


Anwar kata Zahrain khianat. Saya rasa memang patut Anwar kata Zahrain khianat pasal rakyat pilih dia kerana dia orang PKR. Cuba dia calon Bebas bertanding masa pilihan raya umum 2008, Mac dahulu.

Boleh ke dia menang nak lawan BN? Malah mungkin tiga penjuru, mampu ke beliau lawan?Jadi dia kena faham, rakyat dia tak nak orang Bebas. Mereka nak PKR juga. Kalau tak percaya cuba letak jawatan ahli parlimen, tengok.

Berani ke Zahrain?Kita nasihatkan Zahrain sekali sekala pergilah menadah kitab. Itu kata-kata orang kampung, ada yang kata "pergi mengaji kitab" kerana ilmu tinggi dalam bidang lain tidak jamin membentuk jiwa kita selagi tidak ada ilmu yang membentuk diri kita bersifat amanah.

Kalau kita tahu orang beri Zahrain pegang amanah Allah secara tidak langsung bertangungjawab dengan rakyatnya maka Zahrain mungkin fikir dua kali nak jadi Bebas.

Ramai ustaz yang mengajar kat surau dan masjid. Pilih sahaja ustaz yang rasa sesuai (jangan ustaz Umno). Sekali sekala kita kena sufikan hati. Tasaufkan hati. Ihsankan hati kita. Jika tidak payah naluri kita nak lembut lawan kepada lembut ialah hati kita sentiasa keras dan gelap.

Bila sampai tahap ni payah kita nak menilai mana yang baik dan mana yang buruk.Berikut kata Anwar ulas Zahrain di Malaysiakini:

Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'Feb 12, 10 6:44pm

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu."Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang."Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.

No comments: