Saturday, February 13, 2010

Selangor juara lahir anak luar nikah...apa sudah jadi?


Apa sudah jadi? Selangor menjadi juara kelahiran anak luar nikah. Berdasarkan statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh empat tahun bermula 1999-2003, Selangor mempunyai 12,836 bayi.

Wow! ramai tu. Tapi sayangnya tidak tahu siapa bapa sebenar bayi-bayi tersebut.

(Sebelah kiri, Noraini Hussein Pengerusi Bekawanis)

Selangor merupakan negeri termaju dan kaya jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Pusat pengajian tinggi (IPT) pun paling banyak di Selangor.

Perindustrian pun banyak di Selangor. Pusat hiburan begitu juga tempat-tempat peranginan tak kurang juga banyaknya di Selangor.

Siapa yang seharusnya dipersalahkan apabila ramai anak luar nikah dilahirkan. Bayi itu ke, ibu kepada bayi itu ke, kerajaan ke...nak salahkan lelaki yang mengandungkan si ibu tu tak tahu pula siapa lelaki tu...manalah tahu ada tiga atau lebih yang mengandungkan si ibu tu. Itu lagi parah...

Sebenarnya kita kena kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Jika umat Islam hari ini dibekalkan dengan ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, saya rasa tidak akan lahir anak luar nikah.

Siapa berani nak melahirkan anak luar nikah jika hukuman kepada pezina berpandukan al-Quran? Disebabkan egonya pimpinan kerajaan untuk tidak menggunakan hukuman Allah, maka lahirkan anak luar nikah.

Ikuti pandangan daripada Pengerusi Bekawanis:

Persatuan Kebajikan Wanita Selangor (Bakewanis) mengingatkan rakyat negeri Selangor supaya menolak kepimpinan Umno/BN dalam pilihan raya ke-13 kerana parti itu mendatangkan banyak penyakit sosial dalam masyarakat.

Menurut Pengerusinya, Noraini Hussein penolakan itu berikutan statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh empat tahun bermula 1999-2003 Selangor saja mempunyai 12,836 bayi.

Antara sebab mengundang kelahiran luar nikah katanya wujudnya pusat membeli belah serta pusat hiburan yang dijadikan tempat sesuai untuk para remaja berpeleseran.

Beliau berharap Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat perlu berusaha lebih tegas untuk mendekati golongan remaja dan belia ke arah pembangunan diri.

Menurut beliau, bukan setakat memberi kesedaran kepada remaja ibu bapa juga turut diberi motivasi supaya menjalankan peranan untuk mengawal anak-anak mereka supaya tidak telibat dengan gejala sosial.

Ekoran Selangor menjuarai kes anak luar nikah katanya, Bekawanis kerap mengunjungi remaja yang berada di rumah perlindungan wanita di Sabak Bernam kerana mereka tiada perhatian daripada ibu bapa.

"Bayangkan bagaimana remaja berumur 16 tahun sudah melahirkan anak, inilah akibat daripada pergaulan bebas," katanya.

Menurut beliau, Bekawanis bukan saja berperanan menyampaikan dakwah kepada semua lapisan masyarakat tetapi turut mengadakan program remaja di surau, masjid serta pusat membeli belah.

"Kami buat program kecantikan di pusat membeli belah dengan tujuan menarik remaja, Alhamdulillah ramai remaja yang datang dan mereka tidak sangka ada wanita bertudung boleh bersembang dengan mereka," katanya.

Bekawanis tambah beliau telah membuka ruang untuk terus mendekati remaja dan berkongsi masalah dengan mereka.

Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja katanya kerana tiada perhatian daripada ibu bapa sehingga mereka mengalami tekanan kehidupan.

Ekoran kenaikan harga barang menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja keras sehingga ada yang bekerja siang malam sehingga mereka melupakan tanggungjawab utama kepada keluarga.

No comments: