Saturday, February 13, 2010

Masy Allah..inilah kebesaran Allah hanya orang yang ego sahaja menafikan


Keindahan mu yang sukar terucap. Mata melekat terpaku. Hati berdetap kelu. Wowww! indahnya hanya itu keluar daripada mulut. Masya Allah...

Sungai Nil yang menjadi legenda akhirnya berjaya dialirkan ke kawasan pergunungan Sinai atau Sant Catherine, tempat Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah.

Air Nil berjaya mengairi kawasan pergunungan batu yang tandus itu selepas projek pembuatan cawangan sungai dan terusan air Nil berjaya diampungkan.

Duta Besar Kesatuan Eropah di Mesir, Mark Franco, mengumumkan kejayaan menyelesaikan proses pembinaan projek pengaliran air sungai Nil ke bandar Sant Catherine yang terletak di kaki gunung Sinai (Jabal Thur atau Jabal Musa).

Dalam kunjungannya ke wilayah Sinai Selatan pada Khamis (10 Feb) lalu, Franco berkata, projek tersebut merupakan salah satu projek besar dan penting Kesatuan Eropah untuk membangunkan wilayah Sinai Selatan.

Kos projek pembuatan saluran air Nil menuju wilayah tersebut membelanjakan keseluruhan dana sebanyak 150 Juta Pound Mesir. Jumlah kos yang dianggarkan Kesatuan Eropah untuk membangunkan kawasan Sinai Selatan dianggarkan 64 bilion Euro.

Terletak sekitar 600 KM dari Kaherah (bandar yang dilalui sempadan Sungai Nil), kawasan Sinai Selatan terkenal sebagai kawasan penting. Di kawasan tersebut terdapat tempat suci dan bersejarah bagi tiga agama: Yahudi, Kristian, dan Islam.

Selain Gunung Thursina atau Jabal Musa, terdapat juga perkampungan Nabi Syuaib, Makam Nabi Harun, Kisah Lembu Samiri, dan juga Biara Kristian Sant Catherine yang berdiri di awal abad Masihi.

Selain meliputi tapak bersejarah dan suci, kawasan Sinai Selatan juga mempunyai banyak kawasan wisata alam antarabangsa lain, terutamanya di sepanjang persisiran Laut Merah, seperti pantai Sharm Sheikh, Dahab, Taba, dan lain-lain

No comments: