Thursday, February 11, 2010

Payah kalau wakil rakyat lebih tembolok daripada rakyat

Kita ingat wakil rakyat yang kita sokong dan undi boleh bawa kepada politik baru iaitu kearah pengagihan kekayaan negeri secara adil dan saksama.

Rakyat sudah beri kamu bertanding dan dipilih jadi wakil takkan semua mahu bolot. Habis apa yang rakyat dapat? Pasal itu saya suka sangat kalau kerajaan beri milik tanah kepada rakyat pasal dia pun mahu menikmati apa yang wakil rakyat dapat selepas mereka diberi kemenangan.

Wakil rakyat dapat elaun sedangkan sebelum kalah dia tidak dapat. Jadi adil sekiranya rakyat diberi tanah. Bagaimanapun ada setengahnya bila diberi jadi wakil rakyat makin betambah tamak dia. Ini yang gaduh sampai sekarang.

Malu kita tengok wakil rakyat Melayu kita yang tamak. Sudah diberi pengerusi syarikat lagi. Lepas tu ambil kesempatan jadi pengerusi mohon tender dengan syarikat RM2.Baca entri sebelum ini ada kaitan:

http://nanbinjai.blogspot.com/2010/01/syarikat-rm2-punya-pasal-zahrain.htmlBerikut laporan berkaitan daripada Malaysia Insider:

Guan Eng nafi Zahrain dipecat ketuai Island Golf Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang bulan lalu mengeluarkan kenyataan pedas terhadapnya masih merupakan Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

Pada masa yang sama, Lim Guan Eng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam mesyuaratnya kelmarin telah memutuskan untuk menganugerakan tender terbuka mengurus Bukit Jambul Golf & Country Resort (BJCC), bernilai RM40 juta, kepada sebuah syarikat lain untuk tempoh selama 10 tahun.

Tahun lalu ia membatalkan keputusan dibuat IGP untuk memberi kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat RM2.Butiran mengenainya akan dikeluarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kata Lim dalam satu kenyataan.

BJCC diuruskan oleh IGP, sebuah subsidiari dimiliki PDC.Dalam kenyataan itu, Lim berkata buat masa sekarang Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.Zahrain memegang jawatan pengerusi dan pengarah IGP sejak 9 Julai 2008.

“PDC ada memaklumkan saya bahawa tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau IGP kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan (dalam kedudukan IGP,” kata Lim.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mendakwa beliau telah dipecat dari mengetuai IGP, 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik Lim.

Kenyataan Zahrain itu, yang turut disokong seorang lagi Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang menyebabkan hubungan “dingin” PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.Zahrain dan rakan sejawatannya dari Nibong Tebal kini disiasat lembaga disiplin PKR.

No comments: