Saturday, February 13, 2010

Hajah Aishah Awang dalam kenangan

Al-fatehah untuk Hajah Aishah Awang adik kepada Presiden PAS yang meninggal dunia di hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Saya mengenali beliau pada tahun 1997. Ketika itu saya tinggal di kampung Padang Balang dan berdekatan dengan rumah Al-marhumah.

Almarhumah bersama suami dan anaknya menyewa rumah berhampiran dengan rumah saya. Beliau seorang yang lemah lembut ketika bercakap dan sangat sabar.

Seingat saya, beliau sakit dan sering berulang alik ke hospital. Pada tahun 1988-1999 (saya tidak ingat) saya menziarahi beliau di hospital Sultanah Nur Zahirah. Kebetulan saya balik ke rumah mertua, saya bersama suami menziarahi beliau.

Alhamdulillah, walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi beliau masih mengenali saya dan suami. Cuma saya tidak ada gambar kenangan bersamanya.

Semoga roh Almarhumah berada dalam golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah SWT.

Petikan daripada Harakahdaily:

Adik Presiden PAS, Hajah Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 7.28 malam ini.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang-alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di sisi adindanya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah allahyarhamuha akan dibawa pulang ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi malam ini juga.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Rusila sekitar jam 9.00 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila.

Semasa hayat, allahyarhamuha pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

No comments: