Wednesday, February 17, 2010

Berita fitnah...Adun Sekinchan saman portal pro Umno

Bagus tindakan yang akan diambil oleh Adun Sekinchan. Bagi amaran supaya jangan mudah membuat fitnah.

Pilihan rakyat perlu dihormati jangan main kotor pula. Kalau berani lawan secara `anak jantan' di medan pilihan raya yang bersih dan telus. Baru tahu siapa gagah siapa pengecut.

ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-Umno
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.

Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.

Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.

Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.

"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.

Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.

No comments: