Wednesday, January 6, 2010

Sukar mencari sahabat dalam politik


Sahabat mempunyai erti kata yang cukup mendalam untuk ditafsirkan. Dalam dunia politik yang sentiasa bergolak, sahabat amat diperlukan untuk memberi pandangan, kritikan dan semangat. Bagaimanapun, sukar untuk mencari sahabat dalam dunia politik.

Gambar: (Ustaz Idris Ahmad, Shamsul Iskandar dihadapan Kompleks FRU, Cheras menunggu peserta demonstrasi ISA dibebaskan. Salahuddin Adnan (sebelah wartawan) antara peserta kecil yang turut ditahan) Apakah ini yang dinamakan sahabat.

Wartawan dan ahli politik sering memerlukan. Wartawan mengejar ahli politik untuk mendapatkan berita-berita terkini.

Manakala ahli politik mencari wartawan mahu `publisiti'. Jika ahli politik tidak mesra wartawan, sering menyalahkan wartawan dan `kedekut' senyuman serta kemesraan; bagaimana wartawan hendak rapat dengan ahli politik tersebut.

Seorang ahli politik yang ingin berjaya dalam dunia politik, mereka perlu mempunyai daya ketahanan, kesungguhan dan paling mustahak `mesra wartawan'. Menyantuni wartawan. Barulah wartawan dengan lapang dada dapat menjejaki segala aktiviti ahli politik untuk diketengahkan.

Jika wartawan dikhianati dimusuhi macam mana hendak berjaya dalam politik. Apa pun media amat penting dan berperanan menaikkan dan menjatuhkan seseorang ahli politik, pegawai kerajaan, pengurus besar dalam syarikat atau apa saja.

Bagi saya bukan saja ahli politik perlu `mesra wartawan' tetapi semua pihak. Tidak kira seseorang itu sebagai pengurus besar ke ahli perniagaan ke, kerani ke...atau apa saja jawatan; yang penting menghormati hak wartawan.

Kepada mereka yang berkedudukan dalam politik dan berjawatan dalam syarikat jangan asyik hendak mencari kesalahan wartawan tanpa muhasabah diri sendiri. Jangan hanya nampak kuman di seberang laut, tapi gajah di depan mata pura-pura tak nampak.

Jangan cari pasal dengan wartawan. Bukan hendak sombong dengan jawatan tersebut tetapi jika diri dikhianati wartawan pun ada hak untuk menggunakan kuasa menjatuhkan dan menaikkan seseorang, tak kira mereka itu ahli politik atau pegawai tinggi Jabatan dan syarikat.

Justeru, jangan kerana ada kuasa kita boleh menggunakan `kuasa veto' itu dengan memperlekeh orang lain. Kita suruh orang lain bermuhasabah tetapi kita sebagai pemimpin langsung tidak bersedia untuk bermuhasabah.

Sedar dan insaflah...dugaan Allah bukan saja ketika manusia itu berada dalam kesusahan, kemiskinan tetapi kakayaan, jawatan tinggi, dihormati dan disanjung itu juga merupakan dugaan Allah yang paling berat. Jangan fikir Allah bagi kita kesenangan dan penghormatan, kita sudah terlepas daripada dugaan Allah.

Fikir-fikirkan lah!

No comments: