Sunday, January 3, 2010

Apakah kelantangan Pemuda PAS sudah tenggelam?


Seingat saya sejak lima buah negeri dikuasai Pakatan Rakyat belum ada lagi perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat. Sebaliknya, bantahan atau `demo' Pemuda PAS ketika di era kepimpinan Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ibarat `irama dengan lagu'.

Sikit-sikit demo...malam ini kerajaan BN mengumumkan kenaikan petrol, esok sudah ada kenyataan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan demo membantah tindakan tersebut. Begitu juga kenaikan harga barangan atau apa sahaja isu yang menyentuh kebajikan rakyat serta umat Islam.

Demo sudah bertukar tangan. Sejak Umno/BN banyak kalah di lima buah negeri, mereka menguasai demo. Sehingga ada yang sanggup menyamar sebagai ahli PAS (Bahagian) Gombak. Kelakar..nak tipu tak teliti PAS guna bahagian ke Kawasan.

Menyambut tahun 2010 rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Sebelum itu pemegang kad kredit dikenakan caj RM50. Kenaikan yuran makanan asrama daripada RM1 sehari pada RM3 sehari. Roti putih tiada subsidi lagi. Yuran tambahan sekolah dikenakan semula. Banyak la isu yang menekan kehidupan rakyat.

Belum menyentuh hal luar negara lagi. Tapi kenapa kelantangan suara Pemuda PAS yang suatu ketika dahulu pantang dicabar, seolah-olah senyap. Baguslah Ketuanya, Ustaz Nasharuddin Tantawi mengeluarkan kenyataan, tetapi sejauh mana kepekeaan Najib dan pimpinan Umno mahu mendengar desakan daripada kenyataan tersebut.

Sekarang ini pimpinan Umno sedang memujuk rakyat supaya kembali menyokong mereka. Sebab itu Najib berazam mahu bersama rakyat. Mahu melihat penderitaan rakyat, kesusahan rakyat. Kenapa Pemuda PAS tidak menggunakan peluang ini untuk menekan Najib dan kerajaan Umno/BN?

Suara rakyat adalah suara keramat. Jika bantahan dilakukan setiap minggu atau setiap bulan dan mendapat liputan media daripada luar negara, sudah tentu pimpinan Umno kecut perut. Apa erti `mahu bersama rakyat' jika barang-barang asas semua naik?

Apakah Pemuda PAS sudah tidak ada kelantangan atau keberanian untuk mengetuai bantahan? Mungkin cara pendekatan setiap Ketua berbeza. Betul...tetapi bukankah Pemuda itu mesti berjiwa berani, pantas, cekal, tangkas...

Dah lama ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat tidak merasai semburan gas pemedih mata, siraman air berkimia serta hentakan cota FRU.


No comments: