Monday, January 25, 2010

Berapa ramai rakyat di bawah Umno terima tanah?


Masyarakat di Kuala Selangor sudah tentu tidak sia-sia memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahm menjadi Menteri Besar Selangor.

Khalid yang didakwa oleh pihak tertentu tidak pandai berpolitik hanya pandai dalam bidang ekonomi tidak benar sama sekali.

Ini kerana belum sampai dua tahun mentadbir Selangor, berapa ramai rakyat Selangor yang dapat mengecapi nikmat hasil kemewahan negeri yang termaju itu.

Mula-mula pemberian air percuma, skim warga emas, bantuan kepada anak-anak Selangor yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan terini Khalid mengumumkan seramai 5000 hingga 6000 keluarga di Kuala Selangor bakal menerima geran tanah daripada Kerajaan Selangor.

Pemberian geran itu akan dibuat secara berperingkat bermula akhir bulan ini hingga hujung tahun 2010 sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan itu selesai.

Beliau memaklumkan Kuala Selangor merupakan lokasi pertama bagi projek pemberian geran kepada penduduk yang telah lama mendiami seseuatu kawasan sebelum langkah sama diaplikasikan di seluruh Selangor.

Bercakap dalam majlis sumbangan Mesra Usia Emas di Sungai Buluh 23 Januari lalu, satu program besar-besaran akan diadakan untuk memberi tanah kepada mereka yang telah lama duduk antara 20 hingga 30 tahun di satu-satu kawasan.

Inilah hebatnya kepimpinan Pakatan Rakyat yang ikhlas mahu membela nasib rakyat. Mereka mentadbir Selangor bukan mahu mengaut keuntungan sebaliknya mereka berhempas pulas mahu memulangkan semula wang rakyat yang dahulu dinafikan haknya.

Syabas...Pakatan Rakyat

No comments: