Wednesday, January 20, 2010

Sah! BN takut kalah pilihan raya


Saya percaya dan yakin tahun ini akan ada lagi demonstrasi lebih 100,000 rakyat anjuran Bersih turun ke jalan raya. Jika dahulu Bersih menuntut SPR menjalankan pilihan raya secara telus tetapi kali ini lain pula ceritanya.

Bertuah betul jadi BN. Dengan senang boleh mendapat undi percuma daripada Jururawat, doktor dan wartawan.

Kalau ada pun wartawan arus perdana yang berpihak kepada PAS, DAP dan KeADILan sudah pasti mereka dicantas awal-awal.
Sampai bila pilihan raya akan dilaksanakan di padang yang sama rata? Susah berlawan dengan puak yang kemaruk harta, kekayaan dan kuasa...sapa lagi kalau bukan pimpinan Umno/BN. Daripada peringkat bahagian sampai tertinggi semuanya jenis kemaruk kuasa dan harta.

Jika SPR meluluskan hak doktor, jururawat dan wartawan mengundi pos jawabnya BN akan berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang lebih 100,000 turun ke jalan raya.

Tak percaya tunggu dan lihat. Kita akan melihat kelantangan dan keberanian Mohamad Sabu.
Lihat laporan UM di bawah:

SPR kaji perluaskan hak undi pos

PUTRAJAYA 19 Jan. – Doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.
“Kita sedang teliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

“Pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

‘‘Jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut cadangan berkaitan pengundian pos, Abd. Aziz berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan satu tempat pengundian yang sesuai kepada anggota tentera yang berkhidmat di perbatasan sekiranya jumlah yang terlibat ramai.

“Mengikut sistem pengundian pos sedia ada, pengundi kalangan anggota tentera dan polis ini boleh membawa pulang kertas undi itu ke rumah sebelum mengeposnya,” katanya.

Menurutnya, SPR juga sedang memikirkan untuk mengubah nama pengundi pos kepada pengundi awal.

“Mengikut perjalanan mengundi secara pos sekarang ini pun, mereka yang mengundi akan memasukkan kertas undi ke dalam sampul sebelum karungnya dibawa untuk penjumlahan undi.

‘‘Ini dilakukan semasa penjumlahan undi oleh pengundi berdaftar lain. Konsep pengundian pun kini bukan lagi secara pos, justeru eloklah diubah kepada pengundi awal,” katanya

No comments: