Thursday, January 28, 2010

Ada ke padang Mohd Sabu...?


Alangkah bertuahnya bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu kerana mempunyai padang Mat Sabu. Ahli dan pimpinan PAS yang pernah meringkuk di penjara sebagai tahanan ISA.

Siapa yang tidak kenal Mohamad Sabu. Orangnya sederhana tak perlu protokol. Mesra dan tidak pilih `bulu'.

Ketika menjadi Ahli Parlimen, Naib Presiden dan sekarang AJK PAS Pusat dan bukan ahli Parlimen ketrampilan beliau sama saja. Tiada beza dulu, kini dan berharap selama-lamanya.

Susah hendak dapat pemimpin yang seperti Mohamad Sabu. Mesra rakyat di mana-mana saja jumpa gerenti tersenyum dan gelak...

Bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu walaupun tiada title Tok Guru, Datuk atau apa-apa pangkat tetapi orang Seksyen 27, Shah Alam menghormati beliau malah padang di sini diberikan nama beliau.

Setiausaha Kerja Exco, Hussein Ahmad berkata kawasan rumah saya berhampiran padang di seksyen tersebut dijadikan lokasi ceramah besar-besaran semasa isu reformasi tengah hangat.

"Mat Sabu ceramah sama malam itu dengan orang ramai memenuhi ruang padang. Daripada penganjuran ceramah pada malam itu padang tersebut mendapat nama tidak rasmi iaitu Padang Mat Sabu.

Kalau datang ke seksyen 27, tanya orang mana padang Mat Sabu dia orang tahu malah kat Shah Alam dan Kuala Lumpur ni pun orang yang ikuti reformasi tahu Padang Mat Sabu.

"Hussein, setiausaha kepada exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari, sebenarnya orang lama dalam arena politik terutama dengan parti pembangkang iaitu PRM, Semangat 46, PAS dan PKR.

Semalam saya bertemu beliau di pejabatnya di Bangunan SUK Sultan Salahuddin, Shah Alam, bersama wartawan Harakah.

Interviu penuh mungkin anda boleh baca dalam Harakah print keluaran nanti.Saya disambut Hussein dan menjemput makan nasi kunyit, kata saya: "Hai baru kena tangkap sekali dah buat doa selamat makan nasi kunyit."

Dengan cara bergurau.Sambut beliau: "Buat doa selamat sikit." Bagaimanapun dalam masa saya menuju ke meja yang menyediakan makanan terdengar kawan pejabat Hussein mengucapakan selamat hari jadi.

Bagaimana pun saya tidak pasti malah pada hari itu saya tidak sempat bertanya banyak kerana beliau nampak kesibukan untuk bertemu Menteri Besar Selangor selepas itu.Namun begitu bertambah sahabat saya hari itu.
Kata para ulama sahabat itu orang yang sempat bertemu dan berbual dengan Muhammad saw walaupun alam hidupnya sekali.Jadi Hussein sudah dikira sahabat saya.

Bagaimanapun selepas ini mungkin beliau lupa saya sebab saya hanya seorang marhean namun begitu ia sudah dikira sahabat apa lagi mempunyai fikrah yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan rakyat.

No comments: