Friday, January 22, 2010

Aduhai!anak nak jadi si tanggang ke?

>> Jumaat, Januari 22, 2010

Tanggungjawab seorang pemerintah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama seumpama seorang ibu betapa kasih kepada anak sehingga sanggup terbang mencari walaupun tidak tahu alamat lengkap.

Ibu, Tumi Wongsorujo walaupun tidak dihormati anak sebagai haknya seorang ibu tetapi beliau tetap patuh terhadap haknya sebagai seorang ibu kepada seorang anak.

Najib.... Apakah kamu patuh dan menghormati hak rakyat Kelantan mahu royalti minyak sedangkan rakyat Kelantan sentiasa patuh membayar cukai persekutuan.

Ini maknanya hak yang tidak dihormati dan tidak ada keseimbangan. Ibu tadi tidak seimbang kerana tidak dapat kasih sayang anak. Najib tidak seimbang kerana tidak beri royalti minyak.

Namun jangan jadi macam ibu sebagai dalang seludup minyak. Apa yang pelik seludup minyak macam kuman kerajaan boleh nampak tetapi seludup pasir macam gajah kerajaan tak nampak.

Buat kerja seludup minyak baru dua tiga bulan sudah kena cekup tetapi seludup pasir hampir nak sama umur dengan Umno kerajaan tidak nampak. keh...keh...keh

Tengok berita berkaitan oleh Kosmo:

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

'Mak cik' jadi dalang - Wanita separuh umur guna 20 trak pikap seludup minyak

PENGKALAN KUBOR - Siasatan pihak berkuasa terhadap kegiatan menyeludup minyak ke negara jiran menggunakan laluan Zon Bebas Cukai di sini menemui petunjuk baru yang mengejutkan apabila ia didakwa didalangi seorang wanita asing separuh umur yang dipanggil 'mak cik'.

Dia dikatakan menyediakan 20 buah trak pikap nombor pendaftaran asing dengan tangki minyak telah diubah suai untuk komplot menyeludup minyak.

Setiap kenderaan itu pula akan memasuki Malaysia sebanyak tiga kali sehari untuk berhenti mengisi minyak sebanyak RM20 di setiap stesen dan kembali ke Thailand apabila tangki penuh.

Modus operandi kegiatan itu didedahkan oleh seorang pemandu salah sebuah trak pikap itu selepas dia ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supritenden Tan Cheng San berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengakui setiap trak hanya akan keluar dari sempadan Malaysia selepas muatan tangki 300 liter penuh.

No comments: