Wednesday, January 27, 2010

Apa sudah jadi...kepala babi beserta duit di kawasan masjid


Pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada BOS saya, ada dua kepala babi ditemui di kawasan masjid di Jalan Klang Lama.

Sampai di masjid ramai pihak polis forensik dan para jemaah berada dalam kawasan masjid. Saya dapati dua kepala babi itu berada dalam plastik sampah hitam. Dua kepala babi itu berada bersebelahan dengan pondok keselamatan masjid (saya rasa).

Saya tidak boleh mengambil gambar secara dekat sebab pihak polis telah mengepung kawasan itu dengan tali berwarna kuning.

Bau kepala babi itu walaupun sudah dimasukkan dalam plastik sampah boleh tahan juga la hanyir...

Saya terus mencari imam satu masjid At-Tarmizi, Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. Beliau perasaan kepala babi setelah seorang jemaah memaklumkan kepadanya.

Sebelum itu seorang jemaah melihat dua bungkusan dengan surat khabar itu sudah berada di situ sebelum waktu subuh.

Jemaah tersebut menganggap bungkusan bayi yang dibuang. Beliau menggunakan kayu cuba menyelak bungkusan tersebut dan didapati ternampak muncung...rupa-rupanya kepala babi.

Beliau memaklumkan ada taburan duit RM10 dan RM1 berjumlah lebih kurang RM30.

Pihak polis telah membawa dua bungkusan kepala babi untuk disoal siasat. Siapakah orang yang tergamak meletakkan kepala babi itu?

Apa motif diletakkan di masjid, apakah mahu terus mencetuskan kemarahan umat Islam atau mahu menganggu gugat keamanan dan ketenangan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kita tunggu hasil siasatan polis. Untuk laporan lanjut ikuti Harakah print keluaran akan datang...

No comments: