Wednesday, December 31, 2008

Tahun 2008 merubah minda rakyat

Selamat tinggal tahun 2008. Kini menjelang sudah tahun 2009 yang dinanti dengan penuh kesabaran oleh rakyat seluruh dunia. Cerita yang menarik di sepanjang tahun 2008 sudah tentunya kegembiraan lima buah negeri yang berjaya dirampas oleh kerajaan Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan.

Jika selama 19 tahun Kelantan Darul Naim keseorangan kini empat buah negeri telah menemani. Kekuatan suara Pakatan Rakyat akan digeruni oleh kerajaan BN yang masih menguasai kerajaan Persekutuan.

Sudah tentu Mac 2008 tidak boleh dilupakan khususnya oleh pimpinan Umno-BN. Mungkin pimpinan BN tidak pernah menyangka kekalahan di empat buah negeri.

Keghairahan dan keceluparan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang yakin akan merampas Kelantan hanya impian kosong belaka. Sebaliknya, Umno tersungkur di bawah kesetiaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanya Terengganu saja yang masih gagal untuk dipertahankan kemenangan. Bagaimanapun, Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan memberi peluang kepada PAS untuk menebus kembali kekalahan dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen itu pada tahun 1999 ketika itu calon PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Apakah pilihan raya pada 17 Januari nanti PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen itu? Kekalahan di Terengganu sering kali disalahkan dengan kehadiran `Pengundi Hantu'. Persoalannya, apakah kemunculan `Pengundi Hantu' itu merupakan faktor utama menyebabkan PAS tidak boleh merampas kemenangan.

Apapun, penamaan calon pada 6 Januari nanti tidak boleh ditentukan sama ada PAS atau Umno yang akan menang. Ini kerana kesedaran dan keinsafan pengundi di Kuala Terengganu merupakan faktor utama untuk memberi kemenangan kepada calon PAS atau Umno.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments: