Sunday, December 21, 2008

Rakyat Malaysia pemalas?

Seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2009. Setiap kali menempuh tahun baru pastinya ramai orang yang akan bertanya apakah azam tahun lepas telah tercapai dan apa pula azam tahun baru.

Mengapa kita tidak membicarakan azam tahun lepas dan tahun mendatang untuk melipatgandakan amal ibadah kita? Kenapa kita tidak bermuhasabah diri masing-masing. Sebanyak mana solat sunat kita, tadarus kita, puasa sunat dan segala amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Celik mata sahaja kita sibuk dengan mencari duit. Celik mata sahaja kita terpaksa bekerja masa untuk mengelak kesesakan jalan raya. Kita kelam kabut solat subuh sehingga terlupa berdoa semata-mata mahu mengejar jalan supaya tidak terperangkap dengan kesesakan jalan raya.

Sampai di pejabat Punch card bukan terus buat kerja tetapi lepak di surau tidur dulu. Jam 9 atau 10 pagi bangun dan bukan terus buat kerja tetapi `ngeteh' dulu atau mencari maggi dan biskut kering untuk mengisi perut yang sudah lapar.

Boleh dikatakan inilah diantara rutin kakitangan kerajaan dan badan berkanun tak kurang juga yang bekerja di persatuan atau pertubuhan.

Jika orang seperti ini bekerja di syarikat swasta yang dimiliki orang Jepun dan China sudah pasti dipecat tanpa mengenal belas ikhsan.

Mana ada syarikat yang maju jika mempunyai pekerja yang suka curi tulang. Cuba tengok kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Pukul 10 pagi masih minum teh dan roti canai di gerai makan sambil berborak kosong.

Alamak kalau syarikat China atau Jepun nahas orang macam ini tapi nak buat macam mana kerajaan punya pejabat. Simpan je la orang macam ini. Patut pun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dulu banyak swastakan pejabat kerajaan. Sebab beliau tidak mahu melihat rakyat Malaysia menjadi pemalas dan tidak produktif.

No comments: