Monday, November 30, 2009

BTN-sukarnya membawa telur pikul balak

Syabas diucapkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat kerana berani dan bertegas menghalang pejawat kerajaan dan pelajar IPT milik negeri daripada mengikuti kursus BTN. Mengimbas kenangan lama, saya bekas pejawat BTN yang diamanahkan menjaga kem bina negara Meru, Klang.

Hari pertama saya berada di kem tersebut terasa takut kerana saya satu-satunya wanita yang bekerja di situ. Pekerja lain semua lelaki. Apabila ada kursus saya rasa terhibur kerana ramai penyelia-penyelia BTN akan berjumpa dengan saya, terutama waktu tengahari dan petang.

Sebelum saya bekerja, saya diarahkan mengikuti kursus BTN di kem...Langkawi. Saya bersama peserta Umno Selangor. (Tak ingat Bahagian mana). Ketika itu umur saya 24 tahun. Waktu itu saya menjadi ahli Abim tak berminat dengan PAS lagi.

Menyanyi lagu negaraku memang wajib, lagu anak kecil main api sudah pasti...program yang dianjurkan memang mencabar dan lasak.

Saya dimasukan dalam kumpulan ketua-ketua Umno Bahagian (lelaki tujuh orang perempuan tiga orang). Saya dipaksa memikul kayu balak yang panjang lebih kurang 10 meter, saya berada di belakang dan di depan lelaki. Memang berat. Kayu balak itu dipikul oleh dua orang saja dan dibawa sejauh lebih kurang 200 meter.

Kalau pikul kayu balak di jalan yang rata tak kisah, tapi terpaksa masuk hutan. Pikul kayu balak satu hal, disuruh bawa telur mentah pulak. Peserta akan didenda jika telur mentah yang dibawa itu pecah. Saya takut dan jaga telur itu macam saya jaga diri saya.

Setiap kali berjalan dan merentas hutan mendaki kayu dan mengelusur, saya mesti pegang telur yang dibungkus dengan tuala. Cukup takut kalau telur itu pecah.

Rupa-rupanya telur itu diibaratkan amanah. Bagaimana jika kita memegang amanah, apakah kita akan berusaha menjaganya. Bagus juga cara begitu.

Selepas berjaya melepasi hutan, peserta diarah supaya turun bukit batu dengan cara (komander). Badan kita diikat (saya lupa apa namanya) dengan tali dan kita turun menggunakan tali. Selepas itu badan saya ditolak dengan penyelia lelaki manakala seorang penyelia lelaki menunggu di bawah. Memang tak Islamik kursus BTN.

Ketika itu saya masih kabur dengan PAS. Dalam seminar memang penceramah menekankan supaya memberi sokongan padu terhadap pimpinan negara (Umno). Propaganda kurang dilontarkan, mungkin disebabkan peserta memang totok Umno. Jadi tak perlu mereka hendak membuang masa dan menghabiskan `air liur' untuk meracuni fikiran peserta.

Peserta memang sudah Umno kuat apa nak risau. Kebanyakan Ketua Bahagian dan cawangan. Cuma tiga orang saja pejawat baru dalam BTN Kuala Lumpur.

Saya bekerja di Kem Bina Negara Meru hanya bertahan selama lapan bulan saja. Sebab, saya tidak ada kawan perempuan di Kem itu. Saya juga tidak serasi bekerja dengan orang-orang kuat Umno. Walaupun ketika itu saya masih belum menjadi ahli PAS. Tapi jiwa saya tidak boleh ke arah Umno.

1 comment:

MAWAR PINK said...

BTN....pernah menghadirinya sewaktu di Maktab dulu..masa tu aku tak faham sangat ngan politik-politik ni redah je lah...Cume kadang-kadang ada terasa yang tak kena dalam ceramah politik depa tu...dengar jelah yang baik jadikan tauladan yang tak baik buang je... bab bawa telur tu memang ada kebenarannya. Jaga telur itu umpama menjaga amanah...

Pergaulan antara lelaki dan perempuan hmm...kalau diingat semula menjijikkan...