Sunday, April 11, 2010
Info http://mindakhalifah.blogspot.com/
Thursday, March 18, 2010
Harap dalam PAS tiada orang seperti ini

Jenis kawan makan kawan tak layak jadi pemimpin
Posted on Wednesday, March 17 @ 20:38:42 PDT by tokdalang
Oleh Penarik Beca
Tuesday, March 16, 2010
Bagaikan bermusim kes kanak-kanak hilang
Kedengaran pula suara-suara pak dan mak menteri mengingatkan para ibu bapa supaya berhati-hati dengan keselamatan anak-anak.
Rasa macam tak selamat nak duduk di tanah air sendiri. Ramai sangat penyamun, pencolek, perompak, perogol, pembunuh, pencuri, penipu dan segala kejahatan.
Anggota polis telah pun dinaikan gaji. Harap-harap dapatlah mereka menunaikan tanggungjawab yang jujur dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Semoga selepas ini tidak ada lagi kes kanak-kanak hilang.
Kanak-kanak 6 tahun hilang, tolong cari!
Sama-sama kita mendoakan keselamatan kanak-kanak ini dan saling membantu mencari dan mengambil tahu tentang kanak-kanak tersebut.
Kita cukup bimbang kalau kanak-kanak tersebut diculik. Hidup di kota Kuala Lumpur menyebabkan masa kita habis dengan bekerja. Malah untuk menyara hidup ibu dan bapa terpaksa bekerja.
Kalau orang dahulu ibu menjaga anak-anak di rumah maka keselamatan anak terjamin tetapi desakan hidup di Kuala Lumpur memerlukan suami dan isteri bekerja.
Berikut berita kehilangan anak tersebut:
Kanak-Kanak Enam Tahun Hilang Semasa Bermain Di Taman Permainan
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Seorang ibu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang baru berumur enam tahun di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini, Sabtu lepas.
Normayanti Abdul Manan, 30, berkata kali terakhir anaknya, Muhammad Adam Haikal dikesan ialah ketika dia pulang ke rumah neneknya di tingkat tiga di tingkat tiga pangsapuri pada kira-kira pukul 4.30 petang untuk mengambil gasing sebelum turun semula ke taman permainan itu.
Beliau berkata anak sulungnya itu kemudiannya tidak pulang ke rumah neneknya menyebabkan beliau dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Pudu kira-kira pukul 11 malam.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata Haikal ditinggalkan di rumah mentuanya setiap hari apabila beliau dan suami keluar bekerja memandangkan rumah mereka terletak berhampiran.
"Haikal sudah biasa dengan kawasan ini dan selalunya dia akan pulang ke rumah neneknya pada pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Normayanti berkata kehilangan Haikal itu memang pada mulanya tidak disedari sesiapa kerana semua anggota keluarga sedang sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan adik iparnya.
Katanya sebaik tiba di rumah mentuanya, beliau melihat penduduk setempat mula memeriksa dari rumah ke rumah, selain setiap kenderaan yang keluar masuk ke kawasan perumahan itu bagi mengesan anaknya.
Beliau seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Haikal supaya menghubunginya dengan menelefon 012-260 8660 atau 012-279 1044.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan katanya kes itu diambil alih oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).
Apa pandangan anda?...

Posted on Monday, March 15 @ 08:21:26 PDT by paktam
Oleh: Shirzad Lifeboat
Dalam mengimbangi kehendak khalayak pembaca (yang merupakan faktor penentuan edaran dan paling penting penyebaran pengaruh PAS di kalangan rakyat dan pengundi yang secara langsung menentukan prestasi PAS dalam pilihanraya umum akan datang atau pilihanraya umum terdahulu) dan fungsi Harakah sebagai organ parti, Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman nampaknya melahirkan sedikit kegusaran.
Hulurlah bantuan semampu yang ada...
Friday, March 12, 2010
Sapa pejuang ikhlas
Begini lah ada orang yang berpolitik. Susah nak cari orang yang berjuang iklas. Masuk berita ke tak masuk ke tak kisah. Nak siar berita pimpinan A ke pimpinan B ke mereka tidak kisah.
Lebih-lebih sekarang ini jawatan dalam parti amat diambil kira oleh orang yang berjuang. Sebab dengan adanya jawatan itu yang memberi ruang kepada mereka untuk mendapat tempat bertanding di kawasan yang selamat.
Sebab itu dalam mana-mana parti mesti ada perebutan jawatan. Bukan perebuatan amalan yang ikhlas. Tulisan ini tidak menyindir mana-mana pihak tetapi sapa makan cili tentu akan rasa pedas...
Mazlan...pejuang yang tidak mengejar glamour???

Tuesday, February 23, 2010
Jeng..jeng...esok ada berita baru untuk rakyat
"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Menurut Bernama, Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik itu esok. Peter Chin berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."
Mudah ke dapat reda Allah?

Macam-macam cerita orang politik
Dahulu kita sering mendengar ahli Umno, DAP, MCA, MIC dan Gerakan khususnya di peringkat akar umbi sentiasa tertekan dengan karenah pimpinan mereka.
Media terus rancak menyiarkan berita begitu. Memang pihak media suka berita-berita kontroversi ni.
Apa yang dialami oleh ahli akar umbi parti BN tidak mustahil turut dialami oleh akar umbi dalam parti gerakan Islam (PAS).
Ramai yang tertekan dengan sikap berkepentingan pimpinan terutama selepas PAS banyak mendapat kerusi di beberapa buah negeri.
Jika sebelum menjadi YB mereka boleh minum di gerai, bertepuk tampar, tidur di markas satu bantal tetapi selepas bergelar YB sahabat yang sebantal setilam ditinggal begitu saja.
Tapi perkara itu tidak berlaku kepada semua pimpinan PAS. Ramai lagi yang baik akhlak dan memelihara moral jemaah. Akur dengan kehendak kepimpinan dan tidak bersikap `menentang arus'.
Apapun PAS lebih baik daripada Umno, tetapi ahli PAS yang bagaimana ya?
Sunday, February 21, 2010
Kerajaan adil pihak asing tidak berani campur tangan
Pakatan Rakyat desak sidang Parlimen tergempar

Wednesday, February 17, 2010
Malu jadi pimpinan dan ahli Umno, Guan Eng lebih mahir hal Islam

Perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul kini menjadi isu politik. Sedangkan ia satu perbuatan yang tidak wajib. Tetapi ahli dan pimpinan Umno berhempas pulas mempertahankan perarakan tersebut.
Umno mendakwa Guan Eng cuba membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada Jumaat 26 februari ini dibatalkan. Setiap hari media arus perdana RTM dan TV3 menyiarkan berita pembatalan perarakan tersebut.
Rasanya Umno sudah tidak ada idea nak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Setiap negeri Pakatan Rakyat diserang dengan pelbagai bangkitan isu.
Sedangkan isu-isu yang dibangkitkan hanya setakat persoalan remeh temeh. Disebabkan kerakusan Umno nak merampas semula negeri- negeri Pakatan Rakyat, jadi terpaksalah mereka mencari apa saja isu yang boleh dipolitikan.
Ikut suka hati mu la Umno...janji rakyat tahu cerita sebenar.
Perarakan sempena menyambut tarikh kelahiran Nabi saw bukan ibadah. Ia hanya amalan atau perbuatan harus. Persoalan sekarang Umno telah menjadikan umat Islam bercelaru mempertahankan amalan yang tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah saw sehingga rakyat menganggap perarakan Maulidur Rasul sebagai ibadah.
Dalam soal berselawat lain dengan perarakan. Ia adalah dua amalan atau perbuatan yang berbeza. Berselawat memang ada hadis yang menyuruh umatnya berselawat ke atas Nabi saw sebagaimana Allah SWT berselawat keatas Rasulnya.
Jika sekiranya amalan perarakan itu ibadah yang boleh mendatangkan pahala sudah tentu amalan dan perbuatan tersebut telah diamal atau dilakukan sejak zaman Nabi saw lagi. Ia akan diikuti oleh para sahabat.
Maka ada nas atau hadis bagai membolehkan rakyat kemudian mengamalkan perbuatan itu dengan adanya dalil tersebut tetapi tiada seorang ulama pun menemui hadis perarakan Maulidur Rasul.
Ini bermakna sekiranya Umno tetap mahu buat perarakan, ia hanya amalan harus. Kes perbuatan harus seumpama ini tidak boleh kita bergaduh dan menegakkan pendapat aku yang betul. Malah Umno tidak boleh memaksa orang lain melakukan perarakan kerana ia tidak ada sandaran langsung.
Bertambah teruk lagi Umno telah mengelirukan umat Islam dan orang awam terutama orang Melayu sehingga ada yang sifatkan perarakan mesti dilakukan setiap kali sampai tarikh 12 Rabiul Awal. Kita bimbang iktikad seumpama ini batil dan sengaja mengada-adakan dalam agama.
Sambutan kelahiran Nabi saw tidak ada nas yang khusus kecuali riwayat Imam Muslim dan kaum muslimin bersepakat bahawa kelahiran Nabi Muhammad saw adalah pada hari Isnin di bulan Rabiul Awal.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayat Imam Muslim dari Abu Qatadah al Anshoriy bahawa Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Isnin maka beliau saw bersabda,”Hari itu aku dilahirkan dan di hari itulah diturunkan (al Qur’an).”
Ini cara orang Islam sambut kelahiran Nabi saw. Apa sandaran Umno sampai mahu bergaduh pasal perarakan. Tidak ada dalil langsung. Tak payah la bergaduh wahai Umno sampai menuduh Guan Eng benci Islam. Saya ingat Guan Eng lebih tahu Islam daripada Pak Lah atau pemimpin Umno lain kerana Guan Eng baca juga buku tentang Islam.
Kalau kita bergaduh dalam soal itu tidak molek sangat sebab kalangan ulama pun tidak bergaduh pasal menentukan tarikh yang tepat tentang kelahiran Nabi saw. Kebanyakkan kita ikut pendapat yang mereka juga menyebutkan bahawa inilah yang masyhur iaitu Ibnu Ishaq yang lebih memilih pendapat menyebut bahawa kelahiran Nabi saw adalah pada 12 Rabiul Awal di tahun gajah.
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan hal ini dari Jabir, ibnu Abbas dan yang lainnya.Sedangkan pendapat Syeikh Shafiyuurrahman al Mubarokhfury penulis kitab “ar Rahiq al Makhtum” yang memilih pendapat bahawa kelahiran Nabi saw adalah pada hari Isnin pada 9 Rabiul Awal pada permulaan tahun daripada peristiwa gajah yang bertepatan dengan 20 atau 22 April 571 M.
Buku yang ditulis al Mubarokhfiury ini adalah pemenang pertama dalam pertandingan penulisan “Siroh Nabawiyah” yang diselenggarakan oleh Robithoh al Alam al Islamiy yang berpusat di Mekah pada tahun 1399 H / 1978 M.Memang telah terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw.
Diantara mereka ada yang berdasarkan pendapat daripada riwayat yang sampai kepada mereka dan ada juga yang berdasarkan kepada perhitungan falak.
Pendapat al- Mubarokhfury berdasarkan kepada hasil penelitian seorang ulama terkenal yang bernama, Muhammad Sulaiman al-Manshurfury dan pengkaji astronomi, Muhammad Basya.
Berikut laporan berkaitan daripada Harakah:
Pemimpin Umno jahil fadilat hayati perjuangan Rasulullah
Salmah Mat Hussin & Hafiz Irwan
KOTA BHARU, 17 Feb: Apakah pemimpin Umno masih enggan mengakui mereka jahil agama apabila gagal membezakan fadhilat perarakan Maulidur Rasul dengan program menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w.
Menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. boleh dilakukan dengan pengkisahan kehidupan baginda melalui ceramah atau kuliah dari lahir sehingga wafat sedangkan perarakan Mualidur Rasul di atas jalan tidak mampu menghayati sirah perjuangan baginda dalam erti kata sebenar.
Namun hairannya, pemimpin Umno masih mempertahankan perbuatan tersebut yang dianggap sudah menjadi budaya dan tanpa mengira manfaatnya.
Tidak ramai sedar perarakan Mauludir Rasul sempena 12 Rabiul Awal kalendar hijrah tiada di Kelantan sejak 20 tahun lalu.Majlis Maulidur Rasul hanya disambut di masjid-masjid atau surau dengan ceramah agama iaitu sendat dengan pengisian majlis ilmu.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjelaskan perkara itu berkata, umat Islam jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa kadang-kadang tidak serupa dengan kehendak agama.
“Sebagai contoh Maulidur Nabi Muhammad s.a.w. yang disambut secara besar-besaran khususnya di negeri-negeri lain sebenarnya tidak ada sebarang fadhilat, tidak sebagaimana bulan Ramadan.
“Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya, tetapi bulan Maulud tidak ada apa,” ujarnya kepada pemberita di sini.
Ekoran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kompromi demi politik.
Menurutnya, tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara sebenarnya sudah dianggap maulud.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, upacara perarakan yang diadakan ketika menyambut Maulidur Rasul bukan perkara wajib bahkan sebaliknya boleh menjurus kepada perbuatan bidaah.
“Tuduhan pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti-Islam itu saya tidak tahu, apa yang menarik di sebalik haru-biru di Pulau Pinang dalam persoalan ini ialah Umno seolah-olah dilihat cuba mengutamakan perarakan.
“Besarnya sambutan hari Maulidur Rasul bukan pada perarakan. Nabi s.a.w. sendiri tidak pernah menuntut umatnya supaya berbuat begitu,” katanya.
Menurutnya tiada sebarang manfaat upacara perarakan melainkan penghayatan di sebalik sejarah Maulidur Rasul menjadi tuntutan Islam.
“Malangnya Umno hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan, ini menunjukkan betapa cetek fahaman Umno tentang ilmu agama,” katanya.
Presiden PAS yang ku kagumi
Terharu saya membaca berita Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi turun ke laut menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di pantai Rusila.(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)
Beliau tidak menjadikan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan gelaran `Dato' untuk tidak bersama dan mesra rakyat. Ternyata beliau seorang yang penyayang dan tidak mementingkan diri.
Dalam usia 63 tahun beliau mampu bersama-sama membantu anak-anak dan menantunya menyelamatkan mangsa lemas.
Inilah pemimpin negara yang perlu dijadikan contoh teladan dan disegani oleh seluruh rakyat. Malangnya ada juga insan-insan yang memperlekeh kewibawaan beliau.
Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas
Harakahdaily
MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.
"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.
Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.
Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.
Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.
"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.
"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.
Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.
"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.
Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.
Berita fitnah...Adun Sekinchan saman portal pro Umno
Pilihan rakyat perlu dihormati jangan main kotor pula. Kalau berani lawan secara `anak jantan' di medan pilihan raya yang bersih dan telus. Baru tahu siapa gagah siapa pengecut.
ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-Umno
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.
Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.
Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.
Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.
"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.
Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.
Pemimpin perlu akui kesilapan

Saturday, February 13, 2010
Hajah Aishah Awang dalam kenangan
Saya mengenali beliau pada tahun 1997. Ketika itu saya tinggal di kampung Padang Balang dan berdekatan dengan rumah Al-marhumah.
Almarhumah bersama suami dan anaknya menyewa rumah berhampiran dengan rumah saya. Beliau seorang yang lemah lembut ketika bercakap dan sangat sabar.
Seingat saya, beliau sakit dan sering berulang alik ke hospital. Pada tahun 1988-1999 (saya tidak ingat) saya menziarahi beliau di hospital Sultanah Nur Zahirah. Kebetulan saya balik ke rumah mertua, saya bersama suami menziarahi beliau.
Alhamdulillah, walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi beliau masih mengenali saya dan suami. Cuma saya tidak ada gambar kenangan bersamanya.
Semoga roh Almarhumah berada dalam golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah SWT.
Petikan daripada Harakahdaily:
Adik Presiden PAS, Hajah Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 7.28 malam ini.
Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang-alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di sisi adindanya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah allahyarhamuha akan dibawa pulang ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi malam ini juga.
Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Rusila sekitar jam 9.00 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila.
Semasa hayat, allahyarhamuha pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.
