Saturday, December 20, 2008

Untung orang kaya ditimpa musibah

Tragedi runtuhan tanah di Taman Mewah Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan meranapkan 14 banglo pada 6 Disember lalau telah mengejutkan rakyat seluruh negara tentang igauan ngeri tahun 1999.

Runtuhnya Higlands Towers yang mengorbankan 48 nyawa termasuk anak lelaki dan menantu Tun Musa Hitam telah mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara. Semua jentera kerajaan dalam dan luar negara berhempas pulas mencari mayat yang tertimbus bangunan dan batu bata.

Rentetan tarikh itu satu persatu banglo di lereng bukit runtuh. Ketika runtuhan berlaku pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan amaran terhadap pemaju perumahan supaya tidak membina projek perumahan di lereng bukit. Namun itu hanya seketika projek diteruskan hanya dihentikan untuk tiga empat bulan selepas itu projek tetap berjalan seperti biasa.

Apa yang menyedihkan ketika runtuhan berlaku di Taman Bukit Mewah dan sebelum ini di Ulu Yam di mana dua orang anak meninggal dunia kerana tertimbus tanah. Semua itu tidak meninggalkan rasa serik dikalangan pihak kerajaan dan juga syarikat perumahan. Apa yang penting bagi mereka wang...wang mesti masuk dan nyawa manusia itu tidak difikirkan.

Apabila sudah berlaku di Bukit Antarabangsa di mana sebahagian besar pemilik rumah di situ terdiri daripada golongan korporat, Dato', Datin dan ada hubungan rapat dengan pimpinan kerajaan maka, barulah pihak kerajaan mengambil langkah serius untuk menghentikan segala projek di lereng bukit.

Tragedi itu juga menjelaskan kepada rakyat tentang ketidakadilan kerajaan terhadap rakyat. Jika rakyat yang tinggal di flat, setinggan, rumah panjang ditimpa musibah tidak ada pula agensi keselamatan daripada kerajaan tertumpu di tempat kejadian.

Orang kaya tidak pernah berasa susah apabila ditimpa musibah bising dan tidak puashati dengan layanan yang diberi.

Silap sedikit pihak media yang dikejar. Ini berbeza dengan orang miskin atau rakyat biasa bawahan yang tinggal di flat dan rumah sederhana ketika dilanda kesusahan bertalu-talu memohon bantuan tetapi kerajaan tetap buat tidak tahu. Beginilah malangnya menjadi orang miskin.

No comments: