Sunday, January 3, 2010

Najib cakap tak serupa bikin...


Tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada pengunjung laman ini. Lazimnya, apabila tiba tahun baru semua orang memasang azam baru. Tak tau lah azam tahun lepas sudah terlaksana atau belum, yang pastinya setiap tahun baru mesti ada azam baru...itu lah adat manusia yang suka berazam.


PM yang mempunyai slogan `Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' juga mempunyai azam untuk dilaksanakan pada tahun 2010.


Azam tahun baru Najib untuk membantu rakyat, melaksanakan segala janji kepada rakyat, dan mahu turun ke bawah untuk melihat projek yang dibangunkan untuk rakyat. Najib mengakui sepatutnya pimpinan Umno/BN merasai kesusahan rakyat, harus meninjau kemudahan untuk rakyat dan sebagainya.


Aduhai Najib...tak sedarkah, detik 12 malam 1 Januari 2010 rakyat terbeban lagi dengan kenaikan gula pasir sebanyak 20 sen? Daripada harga RM1.45 menjadi RM1.65 sekilo. Apakah Najib tidak sedar...pengguna kad kredit dikenakan cukai sebanyak RM50? Apakah Najib pura-pura tidak mahu tahu roti putih tidak lagi mendapat subsidi daripada kerajaan? Apakah Najib juga enggan mengetahui yuran makanan di asrama daripada RM1 sehari dinaikkan RM3 sehari.


Azam tahun baru Najib adalah untuk bersama rakyat...melihat kesusahan kehidupan rakyat. Bagus kesusahan hidup rakyat adalah disebabkan sikap kejam dan rakus pimpinan Umno/BN. Sekarang tengok lah sendiri kesusahan rakyat.


Selama 52 tahun Umno/BN bertindak kejam dan zalim terhadap rakyat. Menaikkan harga barang tanpa berfikir dan menghalusi kesusahan yang bakal ditempuh oleh rakyat terutama golongan sederhana dan berpendapatan rendah.


Najib dan pak-pak menteri serta kroni mereka apa tau. Pernahkah mereka merasai kesengsaraan dan kesusahan hidup rakyat yang miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Yang mereka tahu menekan kehidupan rkayat, memijak-mijak kepala rakyat asalkan hidup mereka disaluti dengan kemewahan.


Tak perlulah Najib dan pimpinan Umno/BN hendak berlakon mendekati rakyat lagi. Rakyat sudah bijak dan cerdik untuk menilai siapa pimpinan yang jujur untuk membela nasib rakyat. Jangan kerana hendak mengaut sokongan daripada rakyat, Najib terpaksa mengeluarkan kenyataan berazam untuk bersama rakyat. Sudah la Najib rakyat dah kenal siapa diri mu...


Aku juga berazam pada tahun 2010 ini. Aku akan terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta menyedarkan rakyat Malaysia supaya menguburkan terus Umno/BN yang zalim dan rakus merompak harta rakyat.


Kalau tak percaya tunggu PRU13...


No comments: