Saturday, January 2, 2010

Menteri auta orang miskin dah lama kurangkan gula




Orang miskin guna gula supaya ada rasa manis sikit. Mereka tidak melimpah gula pun. Kalau banyak sangat gula tidak sedap juga jadi kueh. Orang pun seranah kat kueh kerana manis sangat.

Orang miskin bukan sahaja guna gula buat makan minum mereka malah untuk buat kueh. Jadi buat kueh guna gula kena padan patut. Kalau tidak kueh tu nanti tak laku diseranah kat pengguna.

Kerajaan jangan buat alasan bodoh. Soal mahu rakyat kurangkan gula itu hal lain. Buat kempen kurangkan gula atau penyakit kencing manis. Jangan marah nyamuk bakar kelambu. Itu sudah tidak betul kerana yang tertekan orang miskin. Orang yang ada anak ramai. Orang macam menteri dia tidak kisah.

Kita bagi contoh bagaimana menteri yang tidak pernah terasa bagaimana kepayahan hidup orang miskin tetapi bila dia sudah tidak jadi menteri baru dia tahu bertapa susah hidup orang bawah.

Misalnya bekas Menteri Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid melahirkan betapa mahalnya tol selepas beliau tidak menjadi menteri dan bila beliau sendiri kena bayar tol.Jangan jadi sampai macam tu baru nak sedar rakyat bawah. Prihatin dan dengar rintahan rakyat atau tukar kerajaan BN.

No comments: