Sunday, January 10, 2010

Gula-gula...guna-guna...gula-gula

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa akan bagi gula-gula memujuk anak-anak mereka. Anak menangis ditawarkan gula-gula boleh senyap. Selepas itu hilang merajuk malah boleh bertenggek manja dekat atas peha ibu bapa. Anak bapak....

Namun ada juga anak yang cerdik. Dia tahu mak bapak dia rasuah untuk hilang rajuk dia maka dipulang paku buah keras kat mak bapak dia katanya: "Gula-gula tak bagus la mak... tidak baik untuk kesihatan... gigi rosak makan gula-gula."

Mak bapak yang nak perkena anak malu tersipu sama ada dia kurang cerdik atau nak cerdik daripada dia hingga tidak termakan rasuah.

Bagaimanapun ada orang kata makin tua jadi macam budak. Berbalik dengan kisah tadi budak pulak jadi cerdik daripada orang tua.

Ini kisah selingan kalau tidak faham mungkin mudah diguna-guna untuk digula-gulakan BN tengok berita dibawah:

Geran Bantuan Setengah Juta Tempatkan Semula Gereja - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bagi membolehkan pihak pengurusan gereja terbabit membangunkan tapak gereja yang lain agar dapat menjalankan urusan pentadbiran dan para penganut Kristian beribadat.

Menurutnya, peruntukan itu juga sebagai tanda simpati dan keikhlasan kerajaan untuk membantu pihak gereja berkenaan.

“Saya harap semua pihak akan bersikap tenang dan komited untuk menjaga keadaan harmoni dan hubungan baik antara kaum dan agama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Najib melawat gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini.

Awal pagi semalam, tiga buah gereja dibaling dengan bom buatan sendiri.

Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Najib berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden gereja dibakar tersebut.

“Perbuatan seperti membakar tempat beribadat orang lain yang beragama lain ialah perbuatan yang sangat terkutuk bukan saja di sisi undang-undang negara tetapi dari segi agama islam, kita dilarang lakukan perkara seperti ini.

“Dalam Al-Quran, Allah menegah perbuatan seperti ini, 'jangan kamu cerca benda-benda yang mereka sembah lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan'.

“Maksud ayat ini bahawa apa-apa tindakan seperti maki hamun, rosak apa benda berkaitan kepercayaan dan anutan agama lain adalah ditegah dan dilarang oleh agama kita,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak tidak lakukan perkara-perkara seperti membakar gereja.

Ditanya mengenai wujudnya tuduhan walaupun kerajaan belum melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes-kes tersebut, Najib berkata, pihak berkenaan suka menuding jari kerana mempunyai agenda politik.

“Saya kutuk cara seperti ini sebab kita tidak boleh mempolitikkan insiden-insiden atau perkara-perkara sedemikian.

“Kita mesti mengambil sikap tanggungjawab untuk menenangkan keadaaan dan mencari penyelesaian terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan menyediakan peruntukan lain, Najib berkata: “Inilah tempat yang paling berat sekali berlaku.”

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa apa yang berlaku adalah ekoran kes kalimah Allah dibincangkan secara terlalu terbuka , Najib berkata: “Tak apalah..itulah pendapat mana mana pihak, ada macam-macam pendapat.”

Sementara itu, ketua paderi gereja terbabit, Reverend Ong Sek Leang berkata, pihaknya dan seramai 1,700 para penganut Kristian di gereja itu menyambut baik peruntukan tersebut.

“Saya rasa ia amat menggalakkan, dan sangat membantu. Kami memerlukan pejabat baru, barangkali di tempat baru ekoran kemudahan di sini telah musnah sama sekali,” katanya.

Summary only...

No comments: