Sunday, January 17, 2010

Apakah PAS lupa isu bahasa Melayu?


Apakah tumpuan PAS dalam isu lain hingga lupa isu bahasa Melayu yang patut jadi agenda perjuangan?

Walaupun kerajaan memutuskan pengantar matematik dan sains akan ditukar kepada bahasa Melayu pada 1012 tetapi ia bukan isu yang patut kita lupa.

Sikap berdiam pihak PAS yang bertanggungjawab menangani isu tersebut menjadikan isu bahasa lesu tidak sebagaimana ia panas menjelang pilihan raya umum 2008.

Patutnya kita perlu jadi batu api supaya kita selalu dapat bakar Umno sebaliknya sikap kita mudah lupa terhadap isu dan perjuangan seseorang kita akhirnya mati kutu.

Berikut laporan berkaitan:

Gapena Dakwa Wujud Pemimpin Melayu Tidak Cintakan Bangsa Sendiri

KANGAR, 17 Jan (Bernama) -- Gabungan Penulis Nasional (Gapena) melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri.

Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri.

"Sebagai contoh, ada pemimpin Melayu yang bersikap anti sastera Melayu," katanya semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri di sini hari ini.

Selain itu, beliau berharap bangsa Melayu terus dimartabatkan sewajarnya dalam gagasan 1Malaysia.

Menurutnya Gapena telah mengadakan hubungan dengan hampir semua kelompok Melayu di seluruh dunia dan ini menunjukkan kaum Melayu begitu besar dan bangsa itu perlu dimartabatkan.
Seminar anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Gapena dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) itu dihadiri kira-kira 100 peserta daripada pelbagai pertubuhan budaya dan sastera di Perlis.
Layari nanbinjai.blogspot.com

No comments: