Demo Akta Mesin Cetak mesti jadi macam demo Bersih! (Kata Ahmad Lutfi Othman)
Posted on Monday, July 12 @ 11:17:07 PDT by alibukhari
Baru malam ini, terima panggilan telefon daripada Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman malam ini. Antara katanya, "Akta Mesin Cetak lebih gawat berbanding ISA.""Why? Pur que? Pur que? Kenapa?" saya bertanya lagi, galak sungguh bertanya dengan menggunakan bahasa Venezuela.
"ISA boleh cakap lagi, kalau salah cakap baru depa tangkap," tambah beliau. Dan banyak lagi yang dia khutbahkan tadi.
Kali terakhir saya bertemu beliau, 18kg sudah menyusut dari tubuhnya gara-gara tidak lalu makan sejurus selepas pembedahan pintasan jantung. Kini, dia baru boleh bercakap dengan agak stabil sedikit.
Antara lain, dia berkata, Paksi perlu diajak bersama untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu Akta Mesin Cetak ini.
"Mana boleh, dengan akta ini, menteri boleh tamatkan permit ikut suka hati dia saja, tanpa dia perlu memberikan alasan menutup akhbar itu.
"Harakah dan Suara Keadilan ni akhbar dua parti terbesar ni syeikh. Kita pun kenalah support Suara Keadilan ni," katanya lagi."Abih tu, enta rasa kita nak kena buat macam mana ni kalau rakyat masih tak sedar?" saya bertanya kebodoh-bodohan.
Mesti demo di jalanan seperti Bersih, GMP, GMJ, GMI
"Depa ni kena buat suatu jawatankuasa macam GMI, GMP, Bersih," katanya dengan agak mendidih semangatnya, "Lepas tu berdemo macam Bersih, GMP dok buat tu.
"Ya, betul juga. Saya pernah terdengar kekecewaan ALO kerana rakyat di negara ini belum lagi sampai ke tahap nak buat demonstrasi kalau akhbar pembangkang kena ganggu.
ALO kerap membuat kesimpulan kepada saya, bahawa beliau inginkan demonstrasi macam yang terjadi di Indonesia kalau ada akhbar, majalah digugat pemerintah!
"Enta tengok syeikh," katanya pada suatu malam ketika saya bertemu di rumahnya di Ampang. "Kalau Kompas, Tempo kena 'ban' di Indonesia dulu, rakyat terus berdemo.
"Soalnya sekarang, katanya, kalau di Indonesia mereka boleh aturkan aksi, kenapakah kita tidak boleh melaksanakan hal yang sama!?
Saya terdiam... sekali lagi, saya ingin bertanya kepada saudara-saudara, kenapakah kita masih boleh berdiam sedangkan Harakah dan Suara Keadilan adalah lidah rakyat dan lidah rasmi parti yang memperjuang hak-hak rakyat selama ini.
Kenapa rakyat tergamak berdiam diri? Kenapa? Why? Kalau tak faham bahasa Melayu kita boleh tanya dalam bahasa Venezuela; 'Pur Que'? (maksudnya, kenapa la juga...)
Tuesday, July 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment