Saturday, February 13, 2010

Umno sibuk menawan hati rakyat...PAS?


Sejak akhir-akhir ini banyak betul pendedahan yang berlaku dalam PAS. Saya tidak bertujuan mengulas perkara tersebut, cuma terfikir kenapa perkara itu berlaku?

Saya hanya mampu mendengar, meneliti dan memikir mungkin semua perkara itu ada hikmah yang kita tidak tahu. Hendak menegakkan daulah Islamiyah bukan satu perkara yang mudah.

Tentu kena melalui tapisan demi tapisan...baru memperolehi kemenangan. Begitu juga bagi para pejuang Islam sudah tentu orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sahaja yang akan merasai kenikmatan kemenangan dalam perjuangan Islam.

Pelbagai dugaan, cabaran dan cacian bukan saja daripada orang luar Umno tetapi paling sedih daripada kalangan ahli parti sendiri. Inilah dugaan paling kuat untuk ditempuh.

Membaca luahan Ustaz Mishbah terasa kesal kenapa lah ada pihak yang tergamak melontarkan tuduhan begitu kepada Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sedarkah... beliau merupakan Ulama yang dihormati dan diikhtiraf oleh gerakan Islam dunia. Amat malang jika kita tidak menyedari.

Ikuti penjelasan Ustaz Misbah yang dimuatkan dalam blognya.

JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam.

Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam.

Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain.

Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam. Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu.

Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai.

Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan. Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden.

Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program. Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain.

Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini.

Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden. Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai.

Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

Datuk Presiden berkecimpung dalam PAS sudah terlalu lalu lama, sudah bermacam ragam berdepan dengan ahli-ahli PAS, Presiden pernah menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS, dan sudah ramai ahli PAS yang diambil tindakan disiplin oleh Lembaga Tetertib PAS yang beliau sebagai pengerusinya termasuk dipecat bukan sahaja digantung.

Antara ahli PAS yang teramai dipecat ialah di Perak kerana isu Syiah dan isu di Pasir Salak. Namun Presiden sering turun ke Perak dalam program-program yang dianjurkan oleh PAS kawasan dan negeri termasuk dialog berhubung isu-isu berkenaan.

Para bloggers PAS meletakkan kredebiliti Presiden terlalu rendah rupanya, pemimpin yang bertaraf dunia dari sudut kepimpinan dalam gerakan Islam, diiktiraf ilmu dan kepimpinannya oleh gerakan Islam sedunia dan juga para ulama sedunia, tiba-tiba ada blogger ahli PAS meletakkan Presiden PAS sama taraf macam pemimpin UMNO yang tidak berani berdepan dengan masyarakat bila berlaku isu-isu seumpama itu.

Para blogger PAS yang memberi komen sedemikian kepada Presiden sebagai tanda sayang, seumpama seekor beruk yang sangat sayang pada tuannya yang sedang tidur tetapi diganggu oleh seekor lalat.

Bermacam cara digunakan untuk menghalau lalat, dek kerana geram kepada lalat yang sering terbang dan hinggap di badan tuannya, akhirnya dia mengambil batu yang besar untuk dihempap ke atas lalat yang sedang hinggap dihidung tuannya, apa jadi seterusnya,

lu para blogger PAS fikirlah sendiri.... itu beruk yang bangang, tak kan kita serendah beruk yang bangang itu.......

ttp://misabah.blogspot.com/2010/02/jangan-tuduh-presiden-pas-dengan-melulu.html

No comments: