Thursday, February 11, 2010

Pemain bola sujud syukur dihukum batil: Mufti Dubai



Apahal Mufti Dubai, Shaikh Dr. Ahmad Abdul Aziz al-Haddad, ada perasaan tidak suka kepada pemain bola ke sehingga berpendapat pemain bola bersujud syukur bagi menyatakan kesukuran kepada Allah SWT pun difatwa batil.



Ya Shaikh! Saya hormat pendapat Shaikh tetapi saya lebih suka pendapat Imam Shaukani yang berkata: ``Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.''"

Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa dalam Sujud Syukur harus bertakbir atau mengadap kiblat. Hanya dalam kitab Al-Bahr disebut, takbir dalam sujud syukur diperlukan,'' terang beliau.

Seperkara lagi tentang sujud syukur ialah ia tidak boleh dikerjakan dalam solat dan tiada bacaan khusus ketika sujud.

Saya rasa pendapat Imam Shaukani lebih mesra dengan pemain bola. Pemain bola sepak muslim Malaysia pun boleh buat agar kita sentiasa membawa budaya sentiasa ingat kepada Allah SWT bila terasa terlalu gembira atau ditimpa musibah sekalpun.

Beliau salah seorang ulama yang juga mufti emiriah Dubai, Emiriah Arab Bersatu, mengatakan bahawa perkara sujud syukur yang dilakukan oleh beberapa pemain bola dalam bentuknya sekarang ini adalah batil (tidak sah) hukumnya.

"Tindakan sujud yang dikatakan adalah sujud syukur yang dilakukan oleh pemain bola semasa menyatakan kesyukuran bagi menyambut kegembiraan ketika itu adalah salah hukumnya, tidak sah," kata al-Haddad pada 9 Feb.

Al-Haddad mengeluarkan fatwanya tidak lama selepas kemenangan pasukan bolasepak Mesir yang menjuarai Piala Afrika 2010 'beberapa hari lalu. Pasca menyumbat gol, pemain pasukan Mesir kerap melakukan "sujud syukur" berjemaah di arena gelanggang.

Atas hal inilah, pasukan bola Mesir juga digelar pasukan pesujud (Muntakhab as-sajidin).Dikatakan al-Haddad, sebaiknya pemain tidak usah melakukan tindakan "sujud syukur" di lapangan itu, kecuali jika mereka telah memenuhi syaratnya, iaitu suci, menutup aurat, dan menghadap kiblat.

"Sujud syukur adalah ibadah yang mempunyai syarat pelaksanaan, misalnya suci badan dan tempat, menutup aurat, dan menghadap kiblat," terang al-Haddad.

Sementara itu, lanjut al-Haddad, pemain bola itu tidak memenuhi syarat, iaitu tidak tertutup aurat mereka dan tidak menghadap kiblat ketika mereka melakukan sujud syukur.

"Jika memang hendak mensyukuri gol, cukuplah dengan mengucap hamdalah," kata al-Haddad.Reaksi ulama Mesir: "Hal begitu pun kecoh"Fatwa Mufti Dubai yang menyinggung masalah pasukan bola sepak Mesir itu mendapat perhatian secara langsung daripada para ulama Mesir, salah satunya Shaikh Dr. Umar Hashim yang juga mantan Rektor Universiti al-Azhar.



Hashim menjelaskan, secara syar'i, tindakan sujud syukur yang dilakukan pasukan bola Mesir sah hukumnya, tidak salah, sebagaimana yang dinyatakan Mufti Dubai.

"Tindakah tersebut merupakan bentuk ungkapan syukur dan kekhusyukan kepada Allah," jelas Hashim.Ditambah Hashim, benar bahawa sujud syukur dikehendaki untuk suci, menutup aurat, dan menghadap kiblat.

Namun jika niat pemain melakukan hal tersebut adalah untuk mendedahkan kesyukuran dan kekhusyukan kepada Allah, maka hal itu tidak salah.Berkaitan permasalahan aurat, kata Hashim, setiap mazhab fekah mempunyai pandangan dan piawaian masing-masing.

Madzhab Maliki memandang bahawa aurat lelaki adalah kemaluan dan duburnya.Tanggapan ulama Mesir atas fatwa ulama Dubai itu seakan hendak menegaskan kelakar 'wealah, gitu aja kok repot'

No comments: