Sunday, February 7, 2010

Mutiara Indah SPA-tanda khidmat Dr Lolo


KUALA LUMPUR: Menjadi wakil rakyat bukan satu tugas yang mudah kerana setiap masa dan saat dilingkari dengan masalah kehidupan masyarakat yang diwakilinya.

Mungkin mudah dan mewah bagi wakil rakyat Umno/BN tetapi ia tidak berlaku kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Wakil tunggal PAS yang memenangi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya 2008, Dr Lolo Dato' Mohd Ghazali mendapat gelaran `Yang Berhormat' bukan untuk kemegahan tetapi memikul tugas dan peranan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

Memandangkan Umno/BN masih mengamalkan politik lapuk iaitu menafikan hak peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat, Dr Lolo tidak menjadikan alasan itu sebagai halangan untuk mengenepikan rakyatnya.
Kebajikan rakyat tetap dijaga walaupun tanpa bantuan daripada kerajaan Persekutuan.

Berbekalkan wang sebanyak RM50,000 dengan kerjasama rakannya, Linda Ali, mereka telah membuka SPA bersebelahan Pusat Khidmat wakil rakyat Titiwangsa, di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru.

SPA yang diberi nama Mutiara Indah dibuka bukan bertujuan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi tetapi menawarkan perkhidmatan yang murah kepada masyarakat.

Katanya, menjadi ahli Parlimen Titiwangsa di Wilayah Persekutuan tiada bantuan daripada Adun dan ahli Majlis tidak seperti menjadi wakil rakyat di negeri.

Menurut beliau semua masalah atau kesulitan yang dihadapi masyarakatnya perlu ditangani walaupun kekurangan sumber kewangan.

Justeru beliau membuka SPA untuk mendatangkan sumber kewangan bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran pusat khidmat wakil rakyat serta bantuan dapat dihulurkan untuk rakyatnya.

SPA menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan mandian urutan buih Ulrtasonik untuk kecantikan luaran dan dalaman.

Mutiara Indah SPA turut menawarkan urutan refleksologi; pakej pelangsingan badan; mandian mutiara perkahwinan dan mutiara hawa.

Rawatan kesihatan itu boleh membantu menghilangkan tekanan dan kepenatan selepas bekerja; menyah toksik dan lebihan lemah; membersihkan dan melicinkan kulit; memanaskan badan; melancarkan peredaran darah; meningkatkan metabolisma dan membantu melangsingkan badan.

Menurut Lolo, SPA itu merupakan salah satu cara untuk memberi khidmat kepada orang ramai kerana bayaran mandian buih Ultrasonik hanya dikenakan sebanyak RM50 dan jika mengambil pakej tiga kali bayaran RM120.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan amat menggalakkan dan saya akan berusaha untuk kembangkan dengan mengadakan rawatan lain," katanya.

Mutiara SPA yang baru dirasmikan pada 4 disember tahun lalu amat eksekulsif dan sesuai bagi wanita yang mementingkan keselesaan tanpa ada gangguan daripada kaum lelaki.

Beliau bercita-cita mahu menjadikan SPA sebagai `one stop centra' bagi memudahkan wanita mendapatkan terapi kecantikan dan sebagainya.

Walaupun SPA itu miliknya namun beliau tidak mengamalkan perniagaan secara politik sesiapa saja boleh datang mendapatkan rawatan mandian Ultrasonik.

Di SPA itu juga beliau boleh menjalankan peranan sebagai doktor perubatan yang telah ditinggalkan sejak menjadi ahli Parlimen.

No comments: