Thursday, January 28, 2010

Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince, Haiti tidak runtuh


"Kami berehat sekejap, tidak lama kemudian kami terasa gegaran kuat. Semua orang menjerit dan mengucap syahadat serta keluar ke jalan raya. Segala puji bagi Allah, tidak ada yang mengerikan berlaku kepada masjid, ketika semua bangunan runtuh. Masjid berdiri kukuh dicelah runtuhan bangunan malah ketika itu masjid tidak bergoyang. Sekarang ia masih berdiri tegap tanpa senget," kata seorang jurucakap dan saksi terselamat dalam kejadian gempa di Haiti.

Cerita itu dilaporkan oleh pemimpin kumpulan muslim pada 26 Januari lalu. Mereka ini dari komuniti Islam di Karibia yang menghantar bantuan ke Port-au-Prince.

Menurut beliau, cerita itu diberitahu oleh seorang Muslim yang ditemui di Masjid at-Tawhid, pada pagi 20 Januari, sebaik selesai solat Subuh, bersama sekumpulan Muslim sedang berbaring di masjid itu.
Laporan tersebut ada kesamaan dengan bencana alam di seluruh dunia seperti tsunami di Aceh, Indonesia, dimana Masjid ar-Rahman masih berdiri tegap begitu juga yang berlaku gempa bumi di Haiti berukuran 7.3 pada skala Richter menunjukkan gegaran kuat sehingga meruntuh semua bangunan tetapi Masjid at-Tawhid tidak musnah.

Selain Masjid at-Tawhid, yang masih berdiri kukuh selepas gempa terdapat juga masjid lain yang selamat iaitu Masjid al-Fatihah juga di Port-au-Prince.

Pemimpin kumpulan dari komuniti Islam di Karibia itu menceritakan perjalanan mereka untuk tiba di Port-au-Prince dengan membawa bantuan, katanya: "Kami sampai ke Haiti dengan selamat.

Dan sekarang kami berada di Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince."Kami berada di jalan sepanjang malam.

Sekitar pukul dua pagi, kami menyeberangi sempadan ke Republik Dominika, sampai kami bertemu dengan saudara kami di Port-au-Prince.

“Sementara situasi masih berbahaya dan kami belum mengambil langkah apapun untuk melindungi mereka. Kami bergantung kepada Allah, Subhanallah. Kita tidak dapat berdiam diri ketika saudara kita tidak memiliki cukup makanan dan air."

Seluruh kota berada dalam kekacauan. Siang dan malam orang ramai mohon bantuan minyak tanah untuk memasak.Beliau turut menceritakan bagaimana sambutan orang muslim yang terselamat di Port-au-Prince menyambut kedatangan mereka:

"Saudara kita telah membantu kami memunggah barang dalam truk. Mereka, isteri mereka dan anak-anak mereka amat gembira melihat makanan dan minuman.

Melihat kami, mereka mengucapkan takbir ‘Allahu Akbar!’ Mereka menunggu kami. Setelah itu, kita melakukan shalat tahajjud berjamaah.

Semoga Allah membantu kita semua!”Ketika ini, Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince telah berubah menjadi tempat tumpangan sementara bagi umat Islam dan juga orang non-Islam.

Semasa kejadian gempa, orang yang didapati selamat mereka berlari ke masjid dan berkumpul di situ dalam keadaan menggigil dan menangis ketakutan.

Selepas gempa, kawasan persekitaran masjid didirikan kemah tempat perubatan dan bantuan makanan serta mereka yang tercedera.

1 comment:

nash said...

Subhanallah....Allah akn tnjuk kebesaranNya dalam berbagai cara...Allahuakhbar!!!!!