Hebat... Dewan Muslimat PAS negeri Selangor mengajak rakyat seluruh Selangor supaya berdemonstrasi jika tuntutan menurunkan harga gula pada harga asal tidak dilayan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.
Barulah puas hati rakyat tengok pimpinan Muslimat PAS berani dan bersungguh-sungguh mahu membela dan menjaga kebajikan rakyat. Bukan setakat seronok menjadi pemimpin, selepas dipilih menjadi pemimpin tenggelam, buat hal sendiri. Mana boleh macam tu.
Ekoran harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen bermula malam 1 Januari lalu, Muslimat PAS Selangor diketuai Wan Hasrina Wan Hassan telah menghantar memorandum menuntut harga gula dikembalikan pada harga asal RM1.45, di pejabat Ismail Sabri, Putrajaya, petang Rabu lalu.
Ini yang tak seronok setiap kali PAS menghantar memorandum tak pernah dapat berjumpa dengan Menteri berkenaan. Seingat saya, ada beberapa kali saja PAS dapat menyerahkan sendiri memo kepada Menteri berkenaan.
Seperti Dato' Seri Nazri Abdul Aziz dan Dato' Seri Noh Omar. Muslimat PAS Selangor hanya berpeluang menyerahkan memo kepada Setiausaha Politiknya, Azizan Che Omar dengan mengadakan sesi perbincangan.
Dalam sesi perbincangan itu, Azizan berjanji akan menyerahkan memo tersebut kepada Ismail Sabri dan akan membuat kajian semula berpandukan tuntutan Muslimat PAS Selangor.
Dalam perbincangan tersebut, berkali-kali Azizan menegaskan kerajaan menaikkan harga gula untuk mengawal penyakit diabetis yang kritikal dihadapi rakyat. Saya mengajukan soalan kepada Azizan, apa rasionalnya diabetis dengan kenaikkan harga gula.
Gula bukan hanya dibancuh dalam air tetapi gula juga dibubuh dalam semua jenis masakan terutama bagi mereka yang tidak gemar menggunakan perasa makanan. Alasan saya itu dipersetujui oleh Azizan melalui anggukan kepalanya dan beliau berkata..`ya la...'
Mungkin kerajaan tidak nampak kesan akibat kenaikan harga gula tetapi yang paling terkesan adalah rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Kita tengok tahap mana kesungguhan dan keprihatinan kerajaan BN yang mengagungkan `Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'....
No comments:
Post a Comment