Thursday, January 15, 2009

Mampukah rakyat Malaysia jatuhkan ekonomi Amerika Israel

Oleh SAIDAH HAIRAN

Mampukah rakyat Malaysia tidak mengunjungi premis Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald's selama sebulan, dua bulan atau selama-lamanya.

Dua jenis makanan yang mudah didapati di mana-mana itu mempunyai kaitan terus dengan syarikat Yahudi Israel dan Amerika yang menjadi dalang kekejaman dan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Pernahkan rakyat Malaysia khususnya umat Islam membayangkan keuntungan yang diperolehi oleh Israel dan Amerika hasil jualan KFC, Coca-cola, McDonald's.

Menurut bekas kakitangan KFC di bandar Batu Pahat, setiap hari 6000 ketul ayam digoreng dengan keuntungan yang diperolehi pada hari biasa sekitar RM5 hingga 6 ribu. Manakala hari minggu Sabtu, Ahad dan cuti umum keuntungan yang diperolehi melebihi RM10 ribu. Ini tidak termasuk premis KFC yang ada di pekan dalam daerah Batu Pahat.

Bagaimana dengan keuntungan yang diperolehi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Shah Alam dan Putrajaya yang mempunyai premis KFC di mana-mana sahaja.

Sejak serangan Yahudi Israel terhadap rakyat Palestin pada 28 Disember tahun lalu, PAS telah mengetuai demonstrasi dengan menghantar memorandum kepada kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak.

Setiap minggu selepas solat Jumaat perhimpunan dan perarakan mengutuk kekejaman zionis Israel dan Amerika diadakan di setiap negeri.

Laungan mengutuk kekejaman Israel dan Amerika bergema memecah kesibukan suasana jalan raya ketika itu.

Bagaimana pun apakah bantahan itu hanya dilaungkan dalam perhimpunan tersebut? Sedangkan dalam masa yang sama ada lagi rakyat Malaysia dan umat Islam yang melutut menyembah Yahudi Israel dan Amerika?

Bukan melutut berhadapan dengan wakil mereka tetapi menyumbat mulut anak isteri dan keluarga dengan menyumbang wang kepada premis KFC, McDonald's, Coca-cola. Selain masih setia menggunakan ubat gigi jenama Colgate masuk ke Starbuck, membeli barangan Nestle dan lebih malang masih menghisap rokok.

Mulut kita mengutuk kerana tidak puashati dengan sikap biadap Yahudi Israel dan Amerika tetapi daripada sudut ekonomi kita masih membantu mereka. Salah siapa?

Apakah umat Islam dan rakyat Malaysia masih mahu bersengkokol dengan Yahudi Israel dan Amerika untuk terus menghancurkan rakyat Palestin?

Keseriusan kerajaan dalam menggerakkan kempen boikot perlu diteruskan. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap stesyen tv swasta TV3, TV9 supaya tidak mengiklankan KFC, Coca-cola dan McDonald's.

Apa yang dikesalkan sejak kempen boikot dilancarkan TV3 sering menayangkan iklan KFC, Coca-cola dan McDonald's.

Sehubungan itu Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyeru umat Islam sedunia supaya bersungguh-sungguh untuk memboikot semua barang-barangan keluaran dua negara gergasi itu.

Beliau menegaskan Pertubuhan negara-negara Islam (OIC) mesti bertindak dengan cepat dan tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika.

Ini kerana katanya negara-negara umat Islam sepatutnya sekarang ini telah memikirkan mata wang yang lain iaitu Dinar Emas supaya umat Islam tidak bergantung kepada ekonomi Amerika yang menjadi dalang Yahudi Israel.

Bagi mengatasi Malaysia terus bernaung di bawah ekonomi Amerika beliau menyarankan supaya OIC mesti memberikan perhatian pada sektor pertanian.

"Kita lihat Thailand walaupun rakyatnya sentiasa berdemonstrasi dan seolah-olah negaranya tidak aman tetapi rakyat negara itu tidak kebulur kerana mereka tidak bergantung dengan ekonomi luar," tegasnya.

Selain itu beliau turut terkilan kerana ramai dikalangan rakyat dan umat Islam yang tidak sedar dengan taktik halus Yahudi Israel dan Amerika yang disalurkan melalui penjualan rokok.

Ini kerana tambah beliau, apabila seorang itu telah ketagih rokok ia memberi jalan mudah untuk menghisap dadah dan minuman keras.

Tanpa disedari Yahudi Israel dan Amerika telah berjaya memusnahkan akidah atau nilai-nilai murni umat Islam, itulah taktik halus yang digunakan oleh Yahudi dari dulu tetapi tidak disedari oleh umat Islam, tegasnya.

"Apabila umat Islam sudah lalai dengan minuman keras mereka tidak akan memikirkan untuk membina ekonomi sendiri, sebab itu negara kita bergantung penuh kepada ekonomi barat," ujar beliau.

Berhubung tindakan terhadap anti Israel, awal tahun 1997 Ketua Pemuda PAS ketika itu Mahfuz Omar dan Timbalannya, Salahuddin Ayub telah ditangkap polis kerana didakwa menggepalai demonstrasi menentang kehadiran pemain kriket dari Israel.

Polis telah melakukan tangkapan dengan mengepung kawasan masjid Universiti Malaya dari petang hingga malam semata-mata kerana bersengkokol dengan Yahudi Israel.

Selain dua pimpinan Pemuda, turut ditangkap aktivit parti dan seorang wartawan Harakah. Bagaimanapun mereka dilepaskan setelah bermalam di surau balai polis Bangsar.

Sejak itu boikot terhadap barang-barang keluaran Israel dan Amerika turut dilakukan tetapi hanya `hangat-hangat tahi ayam'. Boikot KFC sudah lama dilaungkan tetapi antara pengunjung KFC, McDonald's, Coca-cola, Strabuck dan menghisap rokok adalah ahli dan pimpinan PAS.

Seolah-olah boikot yang dilakukan mengikut musim. Musim umat Islam diganasi Israel masa itu laungan boikot barangan bergema selepas habis perang premis dan barangan Israel dan Amerika menjadi barangan utama rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Justeru, apakah boikot kita untuk melumpuhkan ekonomi dua negara gergasi itu akan berjaya?

Lebih menyayati hati apabila berita utama TV3 menyiarkan wajah ceria dan gembira sekumpulan bangsa Yahudi menaiki motosikal berkuasa tinggi menyaksikan bedilan peluru dan bom tentera Yahudi Israel di tanah Palestin.

Ketika ditemuramah mereka yakin tentera Israel akan beroleh kemenangan dalam peperangan tersebut.

Bagaimana dengan umat Islam yang konon mengaku bersaudara dan teramat simpati dengan nasib rakyat Palestin. Apakah kita sanggup lagi melutut kepada Yahudi Israel dan Amerika?

No comments: