`Hangat-hangat tahi ayam' inilah bidalan yang paling sesuai ditujukan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berada dalam arena perjuangan PAS. Kempen boikot sejak dulu dilancarkan. Bukan baru. Hentakan dan ledakan peluru berpandu daripada tentera Yahudi Israel terhadap umat Islam di bumi Palestin bukan baru setahun dua tetapi sudah bertahun-tahun.
Oleh itu tidak ada alasan untuk mengatakan kempen boikot baru dilakukan. Suatu ketika dulu kerajaan menyarankan semua barang-barangan dari Amerika perlu dibuang contoh Amway. Memang saya yang menggunakan barangan tersebut sehingga sekarang tidak lagi membeli. Walaupun barangan itu jika digunakan meninggalkan kesan yang cepat.
Tetapi disebabkan kesan umat Islam yang menderita itu lebih penting maka saya tinggalkan jenama Amway.
McD, KFC dan PizzaHut memang dah lama saya tak beli. Makan? saya pantang jumpa sebab itu antara makanan ringan yang paling saya sukai. Disebabkan nyawa umat Islam Palestin ibarat `telor di hujung tanduk' maka saya lenyapkan kesukaan saya itu.
Saya beli ayam dan tepung KFC goreng sendiri di rumah walaupun rasanya tidak menyamai ayam KFC dan McD.
Laungan boikot sering diluahkan tetapi mampukan umat Islam tidak membeli barangan itu. Saya pun hairan kerana yang duduk di restoren atau membimbit plastik McD Pizza Hut dan KFC itu kebanyakan ahli dan pimpinan PAS kawasan, negeri dan ada juga yang berada di peringkat Pusat.
Macam mana? Tak tahu la mungkin mereka boikot ikut musim kot. Macam dia berkhidmat untuk masyarakat mengikut musim. Musim pilihan raya boleh cari dan mudah jumpa di mana-mana sahaja. Habis pilihan raya aduh payahnya nak jumpa jauh sekali nak meluahkan masalah.
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment