Wednesday, December 31, 2008

Tahun 2008 merubah minda rakyat

Selamat tinggal tahun 2008. Kini menjelang sudah tahun 2009 yang dinanti dengan penuh kesabaran oleh rakyat seluruh dunia. Cerita yang menarik di sepanjang tahun 2008 sudah tentunya kegembiraan lima buah negeri yang berjaya dirampas oleh kerajaan Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan.

Jika selama 19 tahun Kelantan Darul Naim keseorangan kini empat buah negeri telah menemani. Kekuatan suara Pakatan Rakyat akan digeruni oleh kerajaan BN yang masih menguasai kerajaan Persekutuan.

Sudah tentu Mac 2008 tidak boleh dilupakan khususnya oleh pimpinan Umno-BN. Mungkin pimpinan BN tidak pernah menyangka kekalahan di empat buah negeri.

Keghairahan dan keceluparan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang yakin akan merampas Kelantan hanya impian kosong belaka. Sebaliknya, Umno tersungkur di bawah kesetiaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanya Terengganu saja yang masih gagal untuk dipertahankan kemenangan. Bagaimanapun, Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan memberi peluang kepada PAS untuk menebus kembali kekalahan dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen itu pada tahun 1999 ketika itu calon PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Apakah pilihan raya pada 17 Januari nanti PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen itu? Kekalahan di Terengganu sering kali disalahkan dengan kehadiran `Pengundi Hantu'. Persoalannya, apakah kemunculan `Pengundi Hantu' itu merupakan faktor utama menyebabkan PAS tidak boleh merampas kemenangan.

Apapun, penamaan calon pada 6 Januari nanti tidak boleh ditentukan sama ada PAS atau Umno yang akan menang. Ini kerana kesedaran dan keinsafan pengundi di Kuala Terengganu merupakan faktor utama untuk memberi kemenangan kepada calon PAS atau Umno.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Sunday, December 21, 2008

Rakyat Malaysia pemalas?

Seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2009. Setiap kali menempuh tahun baru pastinya ramai orang yang akan bertanya apakah azam tahun lepas telah tercapai dan apa pula azam tahun baru.

Mengapa kita tidak membicarakan azam tahun lepas dan tahun mendatang untuk melipatgandakan amal ibadah kita? Kenapa kita tidak bermuhasabah diri masing-masing. Sebanyak mana solat sunat kita, tadarus kita, puasa sunat dan segala amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Celik mata sahaja kita sibuk dengan mencari duit. Celik mata sahaja kita terpaksa bekerja masa untuk mengelak kesesakan jalan raya. Kita kelam kabut solat subuh sehingga terlupa berdoa semata-mata mahu mengejar jalan supaya tidak terperangkap dengan kesesakan jalan raya.

Sampai di pejabat Punch card bukan terus buat kerja tetapi lepak di surau tidur dulu. Jam 9 atau 10 pagi bangun dan bukan terus buat kerja tetapi `ngeteh' dulu atau mencari maggi dan biskut kering untuk mengisi perut yang sudah lapar.

Boleh dikatakan inilah diantara rutin kakitangan kerajaan dan badan berkanun tak kurang juga yang bekerja di persatuan atau pertubuhan.

Jika orang seperti ini bekerja di syarikat swasta yang dimiliki orang Jepun dan China sudah pasti dipecat tanpa mengenal belas ikhsan.

Mana ada syarikat yang maju jika mempunyai pekerja yang suka curi tulang. Cuba tengok kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Pukul 10 pagi masih minum teh dan roti canai di gerai makan sambil berborak kosong.

Alamak kalau syarikat China atau Jepun nahas orang macam ini tapi nak buat macam mana kerajaan punya pejabat. Simpan je la orang macam ini. Patut pun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dulu banyak swastakan pejabat kerajaan. Sebab beliau tidak mahu melihat rakyat Malaysia menjadi pemalas dan tidak produktif.

Halangan menunaikan solat Jumaat


Betapa siksanya untuk menunaikan solat fardhu jika bekerja di KFC. Bukan hendak menuduh kakitangan di KFC tidak menunaikan solat tetapi perkara itu berlaku kepada anak saudara saya. Sementara menunggu keputusan SPM beliau diterima bekerja di KFC di salah sebuah daerah di Johor.

Dengan gaji satu jam RM3 beliau menerimanya untuk mendapatkan pengalaman disamping mengumpul duit selama tiga bulan.

Apa yang menyiksa jiwa dan perasaaannya, beliau rasa terganggu untuk menunaikan solat fardhu zuhur dan azar kerana rakan-rakan kerjanya memperli beliau. Bagaimanapun beliau tetap meneruskan niat menunaikan solat walaupun rakan-rakan kerjanya memperli `susah la berkawan dengan budak alim'.

Ketika hari Jumaat pula anak saudara saya tidak dibenarkan keluar untuk menunaikan solat Jumaat. Disebabkan beliau tertekan dengan halangan untuk menunaikan solat beliau bertekad untuk berhenti walaupun tidak dibayar gaji.

Walaupun beliau bekerja selama seminggu namun disebabkan tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan ketika solat zuhur, asar, maghrib diperli kawan-kawan, maka beliau lebih rela tidak dibayar gaji daripada tidak menunaikan solat.

Inilah padahnya jika orang Melayu yang mengaku beragama Islam terlalu menurut kehendak Israel-Yahudi. Memang manusia memerlukan wang untuk memudahkan perjalanan kehidupan tetapi wang tidak boleh membeli kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sedar lah wahai orang Melayu Islam KFC McD itu semua produk USA yang diterajui Yahudi Israsil. SEbab itu saya tidak pelik dan hairan jika kakitangan yang bekerja di KFC dan McD tidak dibenarkan menunaikan solat fardhu dan Jumaat.

Ini kerana mana ada pihak krisitan atau kafir yang suka melihat orang Melayu yang beragama Islam menunaikan solat sekaligus alim.

Saturday, December 20, 2008

Untung orang kaya ditimpa musibah

Tragedi runtuhan tanah di Taman Mewah Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan meranapkan 14 banglo pada 6 Disember lalau telah mengejutkan rakyat seluruh negara tentang igauan ngeri tahun 1999.

Runtuhnya Higlands Towers yang mengorbankan 48 nyawa termasuk anak lelaki dan menantu Tun Musa Hitam telah mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara. Semua jentera kerajaan dalam dan luar negara berhempas pulas mencari mayat yang tertimbus bangunan dan batu bata.

Rentetan tarikh itu satu persatu banglo di lereng bukit runtuh. Ketika runtuhan berlaku pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan amaran terhadap pemaju perumahan supaya tidak membina projek perumahan di lereng bukit. Namun itu hanya seketika projek diteruskan hanya dihentikan untuk tiga empat bulan selepas itu projek tetap berjalan seperti biasa.

Apa yang menyedihkan ketika runtuhan berlaku di Taman Bukit Mewah dan sebelum ini di Ulu Yam di mana dua orang anak meninggal dunia kerana tertimbus tanah. Semua itu tidak meninggalkan rasa serik dikalangan pihak kerajaan dan juga syarikat perumahan. Apa yang penting bagi mereka wang...wang mesti masuk dan nyawa manusia itu tidak difikirkan.

Apabila sudah berlaku di Bukit Antarabangsa di mana sebahagian besar pemilik rumah di situ terdiri daripada golongan korporat, Dato', Datin dan ada hubungan rapat dengan pimpinan kerajaan maka, barulah pihak kerajaan mengambil langkah serius untuk menghentikan segala projek di lereng bukit.

Tragedi itu juga menjelaskan kepada rakyat tentang ketidakadilan kerajaan terhadap rakyat. Jika rakyat yang tinggal di flat, setinggan, rumah panjang ditimpa musibah tidak ada pula agensi keselamatan daripada kerajaan tertumpu di tempat kejadian.

Orang kaya tidak pernah berasa susah apabila ditimpa musibah bising dan tidak puashati dengan layanan yang diberi.

Silap sedikit pihak media yang dikejar. Ini berbeza dengan orang miskin atau rakyat biasa bawahan yang tinggal di flat dan rumah sederhana ketika dilanda kesusahan bertalu-talu memohon bantuan tetapi kerajaan tetap buat tidak tahu. Beginilah malangnya menjadi orang miskin.